24.1.10
Aduka Teruna: Simpati
Harimau menerima SMS yang bertanya "Kau tak kesian ke pada AT bro?"
Harimau akui, Harimau tidak pernah mengenali Aduka Teruna namun bersimpati dengan keterlanjuran yang telah beliau lakukan. Keterlanjuran...itu amat biasa bagi kita yang bernama manusia.
Oleh itu, Harimau mencadangkan agar permohonan maaf itu wajar lebih bersifat peribadi dengan memohon kemaafan dari Sultan Johor sendiri. Maaf di blog tidak cukup bagi kesalahan dan keterlanjuran sebesar itu. Ini perihal adab orang Islam dan Raja Melayu. Khuatir jika perkara ini diambil terlalu ringan, ramai pula yang akan mengikut jejak.
Usahlah digunakan ISA untuk menakutkan Aduka Teruna. Berilah masa buat beliau memperbetulkan salah dan silapnya. Masa...itu yang beliau perlukan.
Dan, hal ini jika diamati betul-betul, tiada kaitan dengan politik atau parti politik yang dianutnya. Usahlah kita membelenggu diri dengan perkara politik semata-mata. Sudah terlalu lama benar politik "membutakan" mata hati kita semua.
Akhir qalam, semoga kita semua dihindarkan dari keterlanjuran-keterlanjuran yang memudaratkan Agama Islam, Diri Sendiri dan Negara.
Wallahualam.
Pencaci yg menghina akan membenihkan rasa teruja kpd Dap,Pkr & Pas dlm menuju cita2 mereka menghapuskan institusi raja.
ReplyDeleteApakah dgn sekelumit maaf itu memadai utk mengkaburkan penglihatan kita terhadap hasrat mereka?
Apakah bentuk jaminannya buat hati yg terluka ini tak akan berdarah kembali?
Jika inilah terakhirnya iktibar..biarlah melayu sekali lagi menahan sabar lantaran dicabar..!
Salam Bro,
ReplyDeleteGua pun tak bleh nak kata apa dah... macam lu jugak.. tumpang simpati jelah...
Gua sokong cadangan lu...
Anak dan isteri sihat ke..?
Budak yahudi ni patut diajar etika menulis blog......padan muka nko berbuih mulut aku bebel budak yahudi ni...tapi dia tetap dengan ego bodohnya.....ini akibat tidak menhormati ulamak...kat dunia dapat cash.
ReplyDeletekalau dah banyak kali buat giler camtu bukan lagi kertelanjuran bro..
ReplyDeleteBuat Awang Sengkawang & Jumayatara....marah betul lu berdua kat blogger AT yaa...masa UMNO T'ganu (penyokong bekas MB Derih Jusoh) buat demo bantah perlantikan MB pilihan IStana T'ganu dengan kain rentang "Kami Nak Idris, Natang"(Kami nak Idris, binatang)...bukankah perkataan 'binatang' tu ditujukan kepada Istana T'ganu? Sultan T'ganu yang pilih MB sekarang...tapi bila puak UMNO maki-hamun sultan/raja tak pulak lu orang marah sampai tahap ni?? Cuba kalau yang cakap "natang" tu penyokong PR...dan tentu kena tangkap lama dah...lagi satu...Mufti Perak kata konsert Jom Heboh haram...apasal MB BN Zambry buat jugak konsert tu kat pengkalan TLDM Lumut tahun lepas...kenapa tak nak ikut cakap ulamak...betul ke UMNO hormat ulamak??? Sampai bila lu rang nak diperalatkan?? Fikir baik2 bro..sapa yang hina raja/sultan dan hina ulamak...? Baca sejarah balik...
ReplyDeletewa rasa mamat ni pon gelakkan orang2 yg simpati dgnnya.. sebab yg simpati tu mungkin genetik melayu stupid... hehehe wa pinjam ayat yg biasa digunaknnya... sori ek..
ReplyDeleteAnonymous 9:44;
ReplyDeleteGua dulu simpati dengan prefect sekolah gua, tapi gua terajang dia sampai gua kena buang sekolah.
Lu baca simpati gua betul-betul.
Gua simpati sebab dia terlanjur. Gua pancing dia pi jumpa Sultan Johor. Nanti, tahu la nasib dia.
Stupid jugak ko ni.
Anon 8:59 AM,
Lu terlalu dungu sebab tak perasan bahawa gua terajang semua yang lu cakap tu dalam blog gua. Lu nak memekak, pi tempat lain. Jangan jadi macam Pierre Lim.
Aduka Teruna bodoh... tiada etika menulis.. kalau tak puas hati pun, ayat biarlah beradab.
ReplyDelete