6.1.10

Anjing Politik : Suatu Definasi

Jika gelaran "Anjing Politik" itu telah mengelirukan dan membuat teman-teman marah, maka percayalah ia tidak semestinya dituju kepada kalian.

Bagi penulis blog ini, "Anjing Politik" adalah mereka-mereka yang mengeluarkan sesuatu pendapat diatas kepentingan politik SEMATA-MATA dan tidak berlandaskan perasaan kasih dan sayang pada Agama Islam yang suci.

Jika kebijaksanaan kalian tidak sependapat dengan Harimau dalam isu Herald Tribune, itu terpulang namun JANGANLAH ia berlandaskan atas kepentingan politik SEMATA-MATA.

Orang yang berpolitik tak kena masa apatahlagi "menggadai" maruah Agama Islam dengan nawaitu yang serong adalah layak digelar "Anjing Politik".

Mengapa nama binatang "Anjing" yang dipilih? Kerana ia adalah binatang yang patuh pada Tuannya (terkadang patuh yang membuta-tuli) dan menyalak sesuka hati.

Akhir qalam, tiada isu meminta maaf di sini. Dan, terima kasih kepada blogawan ISA kerana tidak mempromosikan blog miskin ini dalam komentar beliau tentang gelaran "Anjing Politik".

Di saat ini, kita tiada ruang atau masa untuk berkelahi sesama Islam.

8 comments:

  1. owh .. saudara ISA tu agak pedas tulisannya ... wa dah lama follow ...

    ReplyDelete
  2. alam Bro:

    Dua-dua isunya menarik. Terima kasih Harimau Menaip dan terima kasih juga ISA.

    kita semua membincangkan tentang Allah. kedua-duanya mencapai kemenangan demi untuk Tuhan yg Agung. Allahuakbar

    ReplyDelete
  3. Salaam ziarah. Salaam silatulrahim.

    Kelu lidah, terkedu jari jemari saya. Hebat titipan saudara sejak kebelakangan ini..... Tahniah Tok Harimau blogger 'neutral?'!!!

    Salaam Takzim

    ReplyDelete
  4. BHAI! wa dah cakap dah lu fakap! lu fakap! la . lu bodoh, tapi cuba nak berlagak pandai, seolah2 lu hebat , apa itu neraka? woi! lu jangan la tunjukkan diri lu bodoh kalau lu bodoh sangat, semua orang tengok lu bhai! , malu dowh! hahaha.... selamat beranjingan!

    ReplyDelete
  5. Anjing bermanfaat kepada manusia di dunia. Anjing digunakan untuk tugas-tugas mengawal dan menjejak. Ada juga anjing yang membantu dalam proses terapi.

    Nota : Ada juga anjing yang masuk syurga.

    ReplyDelete
  6. huh.. ada orang meroyan kat sini..

    - parti jahat -

    ReplyDelete
  7. Seekor anjing mengawal pemuda-pemuda Al Kahfi. Anjing itu terus setia mengawal tanpa menyedari pemuda-pemuda itu ditidurkan oleh Allah untuk satu tempoh masa yang panjang. Apabila pemuda-pemuda itu bangun dari tidur, mereka mendapati anjing mereka telah mati. Mereka tidak pasti berapa lama mereka telah tertidur. Namun mereka yakin mereka telah tertidur untuk suatu tempoh yang lama.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kerana komentar yang membina.

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.