6.1.10

Jangan Jadi Anjing Politik

Ramai blogger yang menyokong keputusan mahkamah tentang penggunaan kalimah "Allah" oleh Herald Laknatullah adalah terdiri daripada blogawan Pro-Pakatan Rakyat. Mereka mungkin terdesak meraih sokongan bukan Bumi dan bukan Islam kerana Pilihanraya adalah kiblat mereka dalam berbicara, menulis malah mungkin lebih dasyat dari itu.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Harimau cukup sedih kerana rakan-rakan ini sanggup menjadi Anjing Politik bagi poltikus-politikus yang tidak pernah mahu ambil pusing perihal mereka.

Mereka mempunyai potensi untuk menjadi penganalisis politik dan barangkali menjadi politikus tetapi memilih untuk menjadi Anjing Politik.

Yang paling mengecewakan, apabila kata-kata Dr. Haron Din juga dipertikai hanya kerana pandangan Haron Din tidak menyebelahi mereka.

Sekarang, Harimau sudah keliru. Mereka ini masih kekal berstatus "Anjing Politik" atau sudah mula memasuki kategori "Laknatullah"?

Nauzubillah dan kita doa yang baik-baik saja buat mereka.

Harimau: blog ini kekal neutral. Cuma untuk isu ini, ia berpihak.

14 comments:

  1. dalam politik mana ada neutral2.

    dalam berpolitik mesti kena berpihak.

    kalau tuan guru suruh makan taik nak tak nak ahli2 kena makan juga.

    ReplyDelete
  2. Salam Tn. Harimau,

    Saya juga amat kecewa dengan tindakan segolongan umat yg sebegini.. inilah akibatnya apabila terlalu fanatik berpolitik.. Saya memohon doa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan segala hal bagi mengatasi kekeliruan ini..

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  3. SLM BANG RIMAU..BAK ORG KATA POLITIK, POLITIK JUGAK..TP BILA DH TERBABAS KE SATU TAHAP MENYENTUH SENSITIVITI AGAMA TU KENALAH TEKAN BREK EMERGENSI SEBELUM TERHUMBAN

    ReplyDelete
  4. Kalau pandangan politik lain cita bro.
    Kalau pandangan berdalil al quran pon anjing juga kah?

    Takde sapa setuju bab herald tuh.Tapi bab boleh tak boleh guna tuh kne balik pd al quran.

    Boleh teruskan padangan "ikut suka aku" bro tuh.Tapi sila nafikan nama bapa nabi abdullah juga sbb dia juga bukan org islam.Dia cuma ahli fitrah.

    biler berbalah kita balik pd al quran lah bro.

    ReplyDelete
  5. bro...keh2 keh...

    lama aku tak bukak blog bro...sampaikan nak sign in pun dah lupe cam ne...

    aku dah bleh agak bende nih akan berlaku gak suatu ari nanti...so skang dah jadi pun...

    tp...yg kat atas tu tetap lene lg...yg pentingnya siapa ketua agama islam??? nape tiada sebarang komen dr mereka??? dan yg lg pentingnya...cukup islamikkah mereka utk mempertahankan islam...

    bro harus ingat...umat islam pd suatu ketika nanti tdk ubah seperti buih2 dilautan...banyak namun tiada kesan...

    kalau yg kita harapkan utk mempertahankan islam pun takleh harap...nikan pula kita...ye memang boleh...tp kesannya kurang menyengat...

    apapun aku sokong kuat bro...yg betul jek lah...keh keh

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum anakku,

    Mak Cik pun hairan macam kamu juga.

    Dunia, dunia..

    Bagaimanapun kita doakan yang terbaik buat semua, Amin!!

    ReplyDelete
  7. lahanat mereka semua tu. semuanya peliwat agama

    ReplyDelete
  8. Salam

    Tidak mengapa kalau nak tuduh apapun, saya bersyukur, apa yang anjing ini nyatakan adalah dari pakta akidah bukan dari pakta sensitif dan perasaan

    ReplyDelete
  9. salam tuan rimau..

    ni yg aku marah ni..aku cukup pantang dgn komen dr Anwar dan pkr yg menyokong perkara tersebut...

    walaupun aku pro pakatan..
    tp aku tidak memihak mereka dlm hal ni...

    aku memihak kpd pandangan dr harun din...apa kata ulama..kita ikut selagi tidak menyesatkan...

    dr.asri yg menyanggah dr. harun din.. aku rasa asri ni gila publisti...adakah patut die bg statement berdakwah di disco...??

    akai tak da ka...?asri xbleh pakai...

    ReplyDelete
  10. Celaka!celaka!celaka!..opss sori sy belajar dr Nik Aziz tok guru dr kelantan serambi mekah kota bharu bandaraya islam.Dulu dia ajar saya sebut barua!barua!..apo nok jadi pak lebai politik ni.

    ReplyDelete
  11. Ada golongan yang dulunya sibuk menarik balik bantuan dan menutup sekolah agama rakyat tetapi sekarang menjadi sangat sensitif dengan isu nama Allah. Mereka dulu berharap agar nama Islam diharamkan dari diguna oleh persatuan dan pertubuhan. Mereka juga melarang kopiah dan serban dari dipakai dimajlis-majlis rasmi. Cuma kita hendak tanya bilakah mereka ingin melaksanakan pendidikan komprehensif subjek akidah, fekah, tasauf, hafazan, tafsir, hadis, mantik dan sebagainya di kalangan pelajar-pelajar beragama Islam di SK dan SMK jika benar mereka ikhlas tentang isu penggunaan nama Allah?

    ReplyDelete
  12. Atas permintaan ISA saya tarik balik kalimah anjing tu walaupn tuduhan itu baik untuk harimau buat tuduhan mudah-mudahan Allah menilai akhlak kita

    ReplyDelete
  13. Salam pak karamu;

    Terpulang pada Pak karamu. Percayalah, ia sedikitpun tidak mengurangkan rasa hormat saya pada Tuan.

    ReplyDelete
  14. bro rimau, pandnagan saya jgn la d anggap anjing kpd mrk yg tok rimau xsetuju...

    saya org islam dan kini menetap d sabah... org2 non muslim d sini dah lama guna perkataan "ALLAH" ni. dalam kitab2 agama mereka dari dulu lagi mmg dah menggunakan perkataan ALLAH. Dan kami Umat Islam d Sabah sudah sedia maklum.

    kenapa perlu takut dgn perkataan Allah ini? takut byk org islam keluar agama? hakikatnya bedasarkan kajian, lebih banyak org non muslim terutamanya kristian masuk islam dari org islam yg keluar islam.

    saya x nak menggelar saudara tok rimau dgn apa2 gelaran hanya krn saya berbeza pandangan dgn tuan.

    saya amat bersetuju berkenaan dgn pendirian PAS yg menyatakan tidak ada maslah kpd org bukan islam menggunkan perkataan "ALLAH", tetapi ianya tidak seharusnya d pelihara dan x d salahgunakan.

    berbeza dgn UMNO, d semenanjung x boleh guna, d Sabah srwk boleh pula d guna. maknanya, kalao org non muslim dr Sabah dan Srwk, sebaik shj melintasi sempadan dan masuk kwa negeri semenajung , tak boleh sebut Allah ini. nanti masuk sbh srwk balik baru boleh.. kelakar sungguh bunyi nya...

    Saya percaya Allah itu satu. Allah itu lah yg maha kuasa mencipta diri saya dan tuan rimau. Allah itulah jua yg mencipta c ah cong,c ramasamy dan c david . Allah yg itu jugalah yg memberikan rezeki kpd saya, tuan rimau,c ah chong, ramasamay, dan c david. yg membezekan kita adalah kepercayaan dan penyembahan. saya tidak mahu pertikaikan dan mempersolakan ttg kepercayaan dan pengabdian c ah chong , ramasamy dan c david kpd Allah yg telah menciptakan mereka. yg perlu kita lakukan adalah dakwah , berbuat baik , rajin dan hormat menghormati. tindakan2 inilah yg akan menyebabkan mereka spt c Ah chong, ramasamy dan c david tertarik dan memilih utk menyembah "ALLAH" spt mana yg kita sembah...

    salam hormat kpd tuan rimau . terima kasih krn sedia berkongsi pandangan. sekian...wslm.

    -ken

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.