7.2.10

Celaka Ahli UMNO.

Mereka yang berdemo ini, bukan Melayu pun, ini adalah barua2 UMNO kerana mereka bodoh dan mereka adalah ahli UMNO. Sememangnya ahli2 UMNO suka membodohkan diri mereka dan dilatih menyebar fitnah. Salah seorang "kawan" saya dalam Facebook bernama Armand YB PJU. Pada mulanya mamat ni bercakap terlampau baik dan lembut. Kononnya mahu PAS dan UMNO bekerja sama seperti saudara dalam Islam. { Perisik Rakyat }


Celakalah UMNO jika benar bagai yang diperkatakan oleh penulis blog di atas. Dengan membiarkan diri menjadi kuda tunggangan Dato' Ibrahim Ali, kesalahan ahli-ahli UMNO yang berdemo adalah lebih bangsat dari seorang peliwat. Kenapa ianya dikatakan bangsat?
  • kerana sengaja menetaskan api kemarahan dan mendorong kucar-kacir berlaku di dalam Malaysia.
  • kerana sewenang-wenangnya membiarkan diri dihambakan oleh politikus-politikus yang mempunyai agenda dan kepentingan seandainya negara huru-hara.
  • kerana berbohong pada rakyat dan membiarkan kebenaran terperuk didalam kantung sendiri.
  • kerana melakukan tindakan yang tidak bermaruah; menjual harga diri demi duit (rujuk entri Perisik Rakyat).
  • kerana merosakkan imej Parti Melayu sehingga dipandang buruk malah lebih buruk dari anjing kurap.
Sudah-sudahlah kerosakan dilakukan oleh Ketua UMNO Pulau Pinang dahulu. Usahlah ditambah nanah pada luka yang sentiasa berdarah.

10 comments:

  1. Ikutlah peredaran zaman wahai umno. Biar orang tengok bangsa kita orang yang bijaksana.

    ReplyDelete
  2. alahai tuan,silap tu.bukan kah berdemonstrasi diasaskan oleh DAPig,hamPas dan PKRjubor.UMNO cuma nak menyelamatkan anda dan keseluruhan melayu islam di malaysia.Anda rasa tak tenteramke bila org2 melayu berdemo? salah siapa? tanya lah ahli jubor tu.

    ReplyDelete
  3. Rahman;

    PR berdemo, kita kecam. UMNO berdemo pun wajar kita kecam. Kalau taknak kecam, HALALkan demonstrasi jalanan.

    Mudah kan?

    ReplyDelete
  4. adil tu tuntutan Islam agama kita...maka saranan Pak Harimau tu amat tepat lagi adil. Aku setuju walau sapa tak adil & silap, harus kita kecam,walau ahli/fan mana-2 parti/NGO/etc., baru adil & tegas.

    ReplyDelete
  5. salam Bro;

    Ko takan tak tahu, Raja Katak tu nak cari tapak populariti. Lahni dia bebas menyokong mana2 tapi lenih kpada UMNO. PRU13 kan dah nak dekat, nanti sapa pulak yg nak calonkannya?? Kalau dia bebas lagi, pengundi PAS PASIR MAS dah takmahu TERTIPU 5 kali..

    ReplyDelete
  6. kerana mereka sedar nyawa mereka semakin hampir..sudi link blog hamba..tq

    ReplyDelete
  7. ibrahim katak sepatut berdemo mintak duit royalti minyak utk rakyat kelantan negerinya sendiri.
    Bukan utk dua tiga kerat peniaga melayu kat P.Pinang. Tgk muka org umno kat sana meloyakan. melayu umno tulin takde ke??

    Umno la ni penuh dgn mamak tak sedar diri!

    ReplyDelete
  8. rimau,

    iyele celaka jika benar apa yg perisik rakyat@tulang besi ni tulis, tapi klu dibaca apa yg TB ni tulis bagi aku memang mengarut sgt.
    demo memang tak elok tapi kadang2 suara kita ni org buat tak tau klu tak dikeraskan dgn cara demo.

    Lg pun skrg ni susah nak tau yg mana betul yg mana salah.PR BN dua bg fakta tapi entah sapa yg bg fakta benar dan sapa yg bg fakta palsu.
    Ada mata, ada otak kita tengok dan nilai sendiri.

    ReplyDelete
  9. berdemolah
    takde salahnya
    berdemolah jangan merosak harta benda
    berdemo jika kamu rasa kamu berhak

    1946 umno pernah turun dijalanan
    1998 kami yang muda turun di jalanan berdemo .

    * aku berdemo ketika itu. bukan kerana anwar tapi aku berdemo kerana haya itu jalan utuk memberitahu yang aku tak suka dengan apa yang berlaku

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.