"Saya nak keluar parti dan saya nak minta sedikit token" kata MP berkenaan. Saya pula yang tanya "berapa you nak,cakap terus terang depan Datuk". "I nak minta RM 10 juta,banyak nak kena cover". Sekarang giliran muka Datuk berkenaan pula yang merah padam, saya lihat cermin mata beliau menggolosor turun. {dipetik dari http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/ }
Betulkah? Benarkah? Fiksyen atau Kenyataan? Cereka atau Kebenaran? Fitnah atau Betul-betul? Menurut SPRM, antara kesalahan rasuah adalah:
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan. { Laman Web SPRM}
Jika benar seperti yang ditulis oleh RBF, maka suatu siasatan sehingga ke akar umbi perlulah dilakukan agar kebenaran dapat ditegakkan. Antara persoalan yang dapat dijawab oleh SPRM adalah:
- Siapa MP PKR tersebut.
- Benarkah dakwaan blogger tersebut.
- Dari sumber manakah MP PKR tersebut mendapat inspirasi untuk meminta 10 juta tersebut; samada pernah berlaku kes seumpamanya atau tidak.
- Menghentikan fitnah dan tuduhan yang berleluasa di blog sfera tanpa perbicaraan mengikut lunas perundangan.
No comments:
Post a Comment
Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.