26.3.10

Cahaya

Hal Duniawi cukup memenatkan, hal akhirat pula kadang-kadang sering terlepas. Kisah buang, dera dan abai anak; cukup membuatkan Harimau menghargai amanah Allah.


Di atas adalah anak perempuan penulis blog ini (anak aku le tu). Dialah penyeri dan cahaya hidup, malah dialah punca kerja-keras dilipat-gandakan. Dia juga yang membuatkan Abahnya ini semakin sibuk, dengan niat untuk menyempurnakan hidupnya. Inilah cahaya yang Allah anugerahkan setelah 5 tahun melayari bahtera perkahwinan. Allah Maha Besar.

Perihal ini ditulis gara-gara tersentuh dengan tulisan ISA.

Nasihat Harimau pada diri dan teman-teman, didiklah anak kita sebaik mungkin. Tentanglah sebarang risiko dan ancaman terhadap keimanan anak-anak kita. Atas dasar ini, Harimau menentang penggunaan kalimah Allah oleh Herald Tribune bagi mendefinasikan Jesus/ Tuhan di dalam Bahasa Melayu. Dari mata Harimau, ia cukup merbahaya dan mengelirukan.

Teringat Harimau pesanan Luqman Hakim yang diberi pada anaknya. Semoga kita juga tidak lupa berpesan kepada anak-anak kita:

1." Hai anakku, jadikanlah takwa kepada Allah Ta’ala sebagai perdaganganmu, engkau pun mendapat untung tanpa barang dagangan".

2."Hai anakku, hadirilah jenazah-jenazah dan jangan menghadiri pesta kerana jenazah mengingatkanmu kepada akhirat sedangkan pesta menyebabkanmu menyenangi dunia"

3."Hai anakku, janganlah engkau lebih lemah daripada ayam jantan yang berteriak di waktu pagi hari sedang engkau tidur di atas tempat tidurmu".

4."Hai anakku, janganlah menangguhkan taubat. Kerana maut itu datang secara tiba-tiba".

5."Hai anakku, jangan engkau mencintai orang bodoh, sehingga ia beranggapan engkau menyukai perbuatannya".

6."Hai anakku, jauhilah kejahatan, nescaya kejahatan akan menjauhimu. Kerana kejahatan itu berjangkit".

7."Hai anakku, hendaklah engkau bergaul dengan para ulama dan dengarlah pendapat para hukama (orang-orang bijaksana ). Kerana Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah, sebagaimana menghidupkan tanah dengan hujan yang lebat. Jauhkanlah dirimu dari dusta dan akhlak yang buruk. Kerana orang yang berdusta hilanglah air mukanya ( rasa malunya ), dan orang yang buruk akhlaknya banyak kesedihannya. Memindahkan batu besar dari tempatnya lebih mudah daripada memahamkan orang yang tidak mengerti".

8. "Hai anakku, sesungguhnya dunia itu laut yang dalam. Banyak orang hanyut di dalamnya. Jadikanlah takwa kepada Allah sebagai kapalmu di dalamnya, dan peralatannya iman kepada-Nya serta layarnya tawakkal kepada Allah supaya engkau selamat".

9.."Hai anakku, apabila engkau ingin bersaudara dengan seseorang, buatlah dia marah sebelumnya. Jika dia berlaku bijaksana di waktu marah, teruskanlah. Kalau tidak, jauhilah dia ".

10."Hai anakku, sejak engkau datang ke dunia, engkau meninggalkannya dan menghampiri akhirat. Tempat yang engkau tuju lebih dekat daripada tempat yang engkau tinggalkan ".

11."Hai anakku, biasakanlah lidahmu mengucapkan "Ya Allah, ampunilah aku ", kerana Allah mempunyai saat-saat ketika doa tidak ditolak ".

12."Hai anakku, janganlah engkau berhutang. Kerana berhutang adalah kerendahan di siang hari dan kesusahan di malam hari ".

Semoga kita semua semakin menyayangi anugerah Allah dan bersyukur.

3 comments:

  1. Amin! Amin! Amin!

    Assalamualaikum ayah si comel,

    Akhirnya Mak Cik dapat juga menatap wajah si comel cahaya mata kamu berdua. Sungguh bertuah dia dilahirkan dalam suasana dan dari kedua ibu bapa yang BerIman.

    Memang benar segala saranan kamu, kita gerun lihat segala kemungkaran dan maksiat disekeliling kita namun kita juga bersyukur ramai juga yang masih berIman dan banyak juga kebaikan disekeliling kita.

    Pandai-pandailah kita mencorak hidup kita dan keluarga semasa masih diizinkan Allah swt. Hidup memang ada pasang surut. Perlu banyak kesabaran dalam segalanya. InsyaAllah Allah swt akan kabulkan segala doa kamu.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Ibu. Terima kasih. Saya doa yang baik-baik buat Ibu dan keluarga dan doa yang sama buat saya sekeluarga. Amin.

    ReplyDelete
  3. Salam bro,

    Thanks... atas ucapan tadi, itulah yang bungsu... banyak hal banyak songeh...

    Puteri lu pun... apa kurangnya... cute.. dan bersemangat.. geram pulak gua.. nak bikin lagi, tapi kilang di arahkan stop... ha..ha..ha...

    Sama2lah kita mendoakan mereka semoga menjadi anak yang solehah "Cahaya" di dunia dan akhirat.

    Amin.

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.