salinan 100% dari blog Pyanhabib
- tayar sudah ditembak, kereta sudah terbabas. polis tidak puas hati lagi? bagaimana aminulrashid seusia 15 tahun boleh ditemui mati ditembak polis? semoga pembunuhnya dilaknati allah!
- sebelum ini, seorang wanita juga alami hal yang sama, wanita itu cedera parah akibat lima kali ditembak tetapi tidak mati!
-kasih sayang ajal maut kuasa tuhan, ya.
(gua tidak pertikai kuasa tuhan, gua pertikai polis salah guna `kad kuasa')
-jika seseorang itu disyaki penjenayah sekali pun, kenapa ditembak mati? apakah kerana `disyaki' maka polis berhak tembak mati sesiapa sahaja?
-jahat atau tidak, budak bawah umur harus dilindungi polis. itu perlembagaan!
-lebih 20 tahun yang lalu, rakan adik gua juga mati ditembak polis hanya kerana `disyaki'.
*nota: aminulrashid adalah cucu saudara emak mentua gua. ditembak mati polis isnin malam, selepas pulang bersama rakan dari menonton perlawanan bola sepak.
komen Harimau Menaip: akan ku anjingkan pembunuh arwah jika benar arwah ini tidak bersalah. Aku yakin arwah tidak bersalah sebagai penyamun atau penjenayah. Takkan hukuman memandu laju adalah BUNUH atau TEMBAK MATI?
Aku mulai takut kerana nyawa manusia sudah tiada nilai.
Negara ini sudah tiada tamadun kah? Wallahualam.
Al Fatihah buat arwah.
That's why kita panggil Polis Raja Di Malaysia, arguably.. at times...Polis boleh bertindak luar batasan kemanusiaan & kod etika kerja atas 1001 alasan atau cukup 1 alasan saja - "Demi Tugas"...Syak saja walau tanpa bukti pendakwaan, justifikasinya ok buat apa patut (ikut otak dia), nak tembak pun tembaklah? Patutlah ISA masih diperlukan..hmmm.
ReplyDeleteNi juga bukti jelas untuk sesiapa (rakyat) yg masih setia mem-babi-buta kpd polis. Polis trafik selalu buat perangai gitu...dll. Salah sangatkah budak tu 'speeding' saja, atau, lari road-block? Suspek atau disyaki, boleh tembak? License to kill? Ganas sungguh.. Emosi jugak anggota kita ni? Sedangkan byk lagi cara berhemah berhikmah lain nak selesai masalah. Aku syak 90% anggota kena selalu perlu pergi sesi kaunseling dgn psikologis, periksa mental depa.
Moga dicelikkan mata hati semua kita rakyat menilai yg salah tetap salah, mestilah ngakuinya (fakta). Cuma tinggal lagi cara masing-2 menzahirkan bantahan & kebencian kezaliman polis atau lain-2 kesalahan tata tertib anggota keselamatan yg kita sayang & sanjung tinggi.
Innalillahi wainnailaihirajiun buat Allahyarham Amirulrashid...RIP! Sayang sorang Melayu mati dibunuh belum dibela oleh UMNO, PAS, PKR, Perkasa dll yg kononnya juara membela bangsa Melayu, agama Islam & negara.