21.5.10

Lesen Judi Piala Dunia: Malaysia Masih Negara Islam?

Kata mereka, negara akan rugi jika duit judi sempena Piala Dunia terbang ke tangan-tangan haram. Lebih baik ia "dihalalkan" dan dapat diguna untuk memajukan negara.

Aku keliru. Kita diam kerana kita tak kisah disuapkan dengan hasil duit haram atau kita takut menentang kerajaan?

Atau kita lupa bahawa Agama kita adalah Islam dan dalam Islam judi itu HARAM?

Bersediakah kita untuk hancur diazab oleh Allah?

Bangsatlah kita jika kita redha dengan penghalalan Judi Piala Dunia dan celakalah kita jika kita tidak menentang keputusan itu.

Selagi keputusan itu berterusan, keputusan KERAJAAN MUTAKHIR AKAN DITENTANG OLEH BLOG INI ATAS NAMA ISLAM.

Malang sungguh kerana ia dicadang oleh orang Islam di sebuah negara Islam yang ditadbir oleh orang-orang Islam. Masih Islamkah mereka ini?

11 comments:

  1. saya sokong. jika Allah turunkan bala, rakyat yang merana! lebih baik kita tentang bukan kerana anti kerajaan tapi tegakkan islam!

    ReplyDelete
  2. buat demo bantah 20thn nik aziz renew lesen judi & arak di kelantan.

    ReplyDelete
  3. Salam bro,

    Judi sememangnya haram buat orang Islam. Hukum tak memang tidak boleh diubah!!!

    Semua orang tahu,dengan hasil cukai kedai arak di Kelantan, Kelantan masih dipanggil dengan panggilan "Serambi Mekah".

    Bro kita kena berlaku adil bila menghukum...

    Bak kata TG Nik Aziz, politik ni seperti perperangan, ia adalah tipu-muslihat.

    Jadi jangan cepat tertipu! Jangan rendahkan intelektual anda...

    ReplyDelete
  4. Aku rasa kalau Malaysia ditimpa bala macam Kota Sodom, negara kaum Nabi Luth tu adalah sebab jika rakyat Malaysia angkat peliwat jadi Perdana Menteri.

    Other questions

    ReplyDelete
  5. Aku sokong Pak Harimau dalam hal bangkang 1 lagi lesen judi diberi oleh kerajaan umat Islam kita. Apatah lagi ia dicadangkan & disokong (dibiarkan) oleh pemimpin kerajaan yg beragama Islam. Ah! malunya.

    Biar kita menentang kerajaan dalam hal ni daripada menentang Allah.

    ReplyDelete
  6. Kira Pak Long sekali... hadoii... lenguh mulut la camni...

    ReplyDelete
  7. Salam.

    ISAC,

    Saya tak tengok ia dari segi politik tapi dari sudut Islam.

    Semua judi kita tentang tapi ini yang terbaru dan depan mata saya (dalam TV) Awang Adek mengusulkannya di Dewan Negara.

    Tup-tup dah lulus. Gila punya kerja.

    ReplyDelete
  8. wa ..alim alim belaka pengomen pengomen, nih..kalau tahu haram jangan lah berjudi,tapi kalau di beri wang hasil kena nombor ,aku garenti pengomen pengomen ni berebut rebut mintak...

    ReplyDelete
  9. kat penang macam mana ?selangor macam mana? tak nak berdemo ke?org pas kan sahabat baik DAP ngapa tak suruh itu cina gua eng tutup kedai toto,4 d,kedai arak,mana pendirian ulamak pas yang tersohor tu?tak haram ke berkerjasama dgn guang eng,khalid brahim?apa sebenar nye pendirian pas sekarang nih...nak jadi menteri ke ,maka sokong dap tuh..aku rasa kalau org pas jadi menteri ..lagi kecoh malaysia nih...tak da taring..pengecut...

    ReplyDelete
  10. huh,

    anak babi mano pulak masok sini bagi komen ni tok ghimau?

    - parti jahat -

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.