KJ cakap mengalahkan Imam Mahdi?

Khairy: “Jika tiada perubahan (daripada) demontrasi di Masjid Negara (mahupun) di Kedutaan Amerika Syarikat, kita akan bangun dan terus ke Gaza untuk tewaskan Israel,” katanya. – Malaysiakini

Ada member aku kata KJ cakap macam ce**ka, ada pulak yang straight forward cakap KJ macam Ke**la B***h!

Tapi, takkan mereka tak paham bahawa memang KJ adalah begitu orangnya. Kalau betul dia nak ke Israel, biarlah dia pergi. Kalau KJ dapat menundukkan Israel, maka layaklah dia menjadi Perdana Menteri. Aku orang pertama akan menjadi penyokong KJ nanti.

Musuh kita bukan KJ, musuh kita Israel laknatullah. Usah letakkan sempadan politik dalam isu penentangan terhadap Israel. Jika tidak, apa bezanya kita dengan kes "Hamas Vs Fatah"?

Pesanan buat KJ:

YB dah cakap, YB kena buat. Walk the talk. Gunakan kemahiran yang ditimba di Wataniah untuk menentang Israel. Aku tunggu dalam masa 60 hari. Kalau YB tak dapat mengotakan apa yang YB cakap, YB boleh pergi melingkup! Buktikan keberanian YB bukannya olok-olok dan ianya setuntas keberanian Imam Mahdi.