5.6.10

KJ cakap mengalahkan Imam Mahdi?

Khairy: “Jika tiada perubahan (daripada) demontrasi di Masjid Negara (mahupun) di Kedutaan Amerika Syarikat, kita akan bangun dan terus ke Gaza untuk tewaskan Israel,” katanya. – Malaysiakini

Ada member aku kata KJ cakap macam ce**ka, ada pulak yang straight forward cakap KJ macam Ke**la B***h!

Tapi, takkan mereka tak paham bahawa memang KJ adalah begitu orangnya. Kalau betul dia nak ke Israel, biarlah dia pergi. Kalau KJ dapat menundukkan Israel, maka layaklah dia menjadi Perdana Menteri. Aku orang pertama akan menjadi penyokong KJ nanti.

Musuh kita bukan KJ, musuh kita Israel laknatullah. Usah letakkan sempadan politik dalam isu penentangan terhadap Israel. Jika tidak, apa bezanya kita dengan kes "Hamas Vs Fatah"?

Pesanan buat KJ:

YB dah cakap, YB kena buat. Walk the talk. Gunakan kemahiran yang ditimba di Wataniah untuk menentang Israel. Aku tunggu dalam masa 60 hari. Kalau YB tak dapat mengotakan apa yang YB cakap, YB boleh pergi melingkup! Buktikan keberanian YB bukannya olok-olok dan ianya setuntas keberanian Imam Mahdi.

5 comments:

  1. aku dapat bayangkan mcm mana kj terkencing kalau dia baca entri kau ni...

    ReplyDelete
  2. Cucumatlela;

    Mungkin dia tak baca tapi kalau dia dengan berani berkata begitu, kita jangan perlekehkan dia. Kita sokong.

    Kalau dia kencing/bongak, kita pakat condemn dia ramai-ramai. Sebab apa? Sebab kita tak suka pemimpin Munafik.

    ReplyDelete
  3. sebonarnyo kj nak bagi tau tok jib yang dio tak ado pokong kek dado,apolah buto bonar tok jib tak lantik dio jadi montoghi.satu peringatan bagi tok jib kj sanggup kegaza nak tibai sang laknat yahudi,apo ado hal ngan tok jib.den sunggoh tabik kek kau kj,tonpi nek wan nak bagi tau,apolah nak poie jauh bonar,tu umno/apco berkawan dopan mato ekau tibailah dulu cucu ghombau oi!!baru jantan namonyo.

    ReplyDelete
  4. Gerenti munafik!!... dia san pencacainya dibawah pun kaki munafik ... di Merbok sanggup bersumpah di dpn orang ramai tak kenai kj tup..tup jadi setiausaha kerja PUM ... perangai macam ... (tak yah sebut da..)

    ReplyDelete
  5. Yang jahat zionis bukan Israel.Israel tu negara dan bangsa dia yahudi. Israel dan yahudi tak jahat jangan silap sebab yang jahat ialah "puak zionis".Di negara Israel ada juga penduduk arab dan yahudi yang beragama Islam. Musuh kita ialah Zionis. Mesti tahu siapa musuh sebenar Islam jangan main "terjah" saja

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.