Rasa hormat aku pada penulis Mat Saman Kati (MSK- blogger) adalah melebihi rasa hormat aku pada Rosmah Mansur (Datin Seri). Di saat awal aku menulis blog, blog MSK lah yang selalu aku jenguk. Sayangnya, MSK terlalu percaya bahawa PKR adalah parti bersih malah lebih suci dari UMNO. Percayalah, jika pimpinan tertinggi PKR itu bergurukan UMNO, maka politik ala-UMNO lah yang akan dibawa dan diamalkan.
Aku membaca tulisan Edyesdotcom yang bertajuk "Pendedahan MSK Yang Membunuh Erti Perubahan Dalam Keadilan !!" dan aku hanya mampu tertawa kecil. Mengapa agaknya harapan dari golongan bawahan terlalu tinggi menggunung ingin melihat ketelusan dan keadilan di dalam PKR. Bukankah mereka sedar dan tahu bahawa majoriti yang menjadi tangan kanan dan memegang kuasa di barisan hadapan PKR adalah mereka- mereka yang gagal berkuasa dalam UMNO. Dalam bahasa mudah, mereka adalah "rejected product" parti UMNO.
Aku juga kelakar bila India-india dan Cina-cina PKR memikirkan bahawa mereka akan diangkat menjadi "orang penting" dalam PKR. Selagi sisa-sisa "karat UMNO" itu tebal dalam tatacara berpolitik Anwar, Azmin dan lain-lain, maka apek-apek dan macha-macha PKR hanya menjadi patung wayang kulit yang akan angguk bila disuruh dan menggeleng bila diarahkan. Itu yang terjadi pada Samy Vellu, Koh Tsu Koon dan pemimpin parti komponen yang lain. Mereka akan dapat habuan seperti pangkat dan kedudukan dalam kerajaan kalau UMNO me"kun faya kun" kan permintaan mereka dan jangan sesekali membantah dengan keputusan UMNO. Hari ini mereka bantah, esok mereka akan "keluar baris". Itu yang dipanggil 1BN? Getik aku nak sebut. Tapi itulah formula terbaik bagi melihat Malaysia aman damai dan diterajui oleh Tuan Tanah Melayu.
Kasihan aku pada blogger-blogger yang ikhlas dan bermatian menegakkan kebenaran dalam berpolitik. Akhirnya mereka hanya menyalak bukit dan "mungkin" mereka baru akan sedar yang pemimpin-pemimpin Agong PKR tetap percaya terhadap politik sial dan menyialkan. Rasuah, tikam belakang dan bunuh karier politik tetap menjadi senjata akhir bagi mereka yang gila kuasa.
Apa yang mereka harus lakukan? Mudah.
Jangan mengharap kepada pimpinan yang sedia ada. Ciptalah pemimpin dikalangan kamu (blogger). Yang kamu tahu dia adalah bersih, suci dan menyucikan. Angkat dan julang sehingga kamu tahu dia adalah "kotak suara" golongan bawahan. Persetan sama pemimpin atasan. Mereka cuma mahu berkuasa dan menggunakan orang bawahan untuk mencapai matlamat.
Selagi tidak dibuktikan "tidak bersalah" oleh Mahkamah, mungkin benar kemaluan Anwar telah menjajah lubang mencirit Saiful Bukhari. Itu jangan sesekali kita menidakkannya. Jika Mahkamah terkhilaf atau tidak adil, kita buktikan dan bawa ke pengadilan lebih tinggi. Itu perkara lain dan itu masalah Anwar. Biar dia yang pening.
Sehingga sekarang pun, UMNO tidak lagi bersih bagai dikata. Di mana-mana, masih hebat cerita "mengkayakan kroni", "rasuah politik" dan macam-macam lagi. Itu adalah penyakit UMNO dan satu cara sahaja untuk menyelamatkan generasi akan datang dari penyakit kronik itu. Apa dia?
UMNO perlu bunuh diri dan UMNO baru perlu dibentuk. Mula dari sifar dan pemilihan pemimpin dipantau oleh suatu badan bebas. Namun, itu tidak mungkin terjadi. maka, biarlah UMNO dengan sifat-sifat UMNOnya.
Jika PKR pun sama dengan UMNO, maka PKR perlu bunuh diri. Tiada siapa pun yang rugi melainkan Anwar, Azmin dan konco-konconya. Percayalah.
Mereka tidak boleh menjadi pemimpin tanpa orang-orang seperti kita. Nah! Siapa pula yang memerlukan siapa?
Fikir-fikirkanlah.
Siapakah guru kepada UMNO?
ReplyDeleteorg kita ni susah, mengaku muslim tp jahil, nak manusia jd malaikat, klu salah bukan nak dinasihat tp diumpat, mmg melayu begitu, ;)
ReplyDeleteAnon,
ReplyDeleteGuru UMNO? Inggeris.