Jika Sang Garuda tidak bisa terbang, mungkin mereka pulang dengan mengupah tekong- tekong haram yang membawa pendatang haram masuk ke Malaysia. Siapa tahu bukan?
Sudah lama benar tidak melihat "kemenangan yang penuh kejantanan" seperti malam tadi. Setelah terkulai di celah kangkang Garuda pada pusingan awal Piala Suzuki, nyata, Sang Harimau sudah tidak mampu menghirup bau hapak daki celah kangkang itu.
Jika Harimau Malaya mahukan rakyat berasa yakin dan stadium penuh ketika mereka beraksi, tumpaskan Sang Garuda di tanah mereka sendiri.Ulangi kehebatan Hang Tuah. Kita Sang Harimau. Kehijauan hutan adalah mainan kita. Begitu juga dengan kehijauan padang.
BUKTIKAN BAHAWA "KETUANAN HARIMAU" MASIH RELEVAN DI PERSADA BOLASEPAK ASIA.
Kejutkan Korea Selatan, Jepun, Iran, China, Korea Utara dan Australia. Hantar mesej bahawa nyawa bolasepak mereka berada di hujung tanduk kerana SUDAH TIBA MASA HARIMAU MENCARI MANGSA!!
Tahniah Skuad Harimau Malaya.
nota kaki: lupa sumber gambar. Siapa tahu gerangan tuan punya gambar, sila beritahu saya.
Samalam masa game berlangsung, penyokong Indonesia kata penyokong kita tembak pakai laser hijau...tapi rasanya dia orang yang bakar mercun...!!!
ReplyDeleteTapi apa pun dah menang...Waspada di sana pulak..
Bro.,
ReplyDeleteTapi bangga bila tengok stadium penuh...formula jual tiket nyata menjadi. Ingatkan Mat Indon akan penuh...
Melayu CinDia,
ReplyDeleteSalam persahabatan. Sudah dilakukan apa yang Tuan pohonkan. Terima kasih.