Hari Jumaat ini telah dicemari dengan ratusan gambar-gambar pelacur putih melepak bersama seorang mirip Anwar Ibrahim. Apa sudah jadi dengan Malaysia? Sudah tiada kah lagi rasa malu kita yang menengoknya? Aku tidak kisahlah jika itu Anwar atau tidak tapi pernahkah kita merasa bersalah mengaibkan (jika ia benar) atau memfitnah (jika ianya salah) keluarga Dato' Seri Anwar Ibrahim?
Aku bukan ahli PKR tetapi amat kasihan pada Datin Seri Wan Azizah dan anak-anak. Kasihan juga pada Dato' Seri Anwar (jika video itu palsu).
Tidak bolehkah kita menjadi manusia berotak (jika tidak mahu memaparkan peribadi muslim?). Mengapakah Dato' Seri Anwar diperang habis-habisan? Mengapa pula TV3 tidak menyiar video Dato' Seri Chua Soi lek suatu ketika dahulu? Bias? Double-standard? Takut?
Jika selepas ini, team Dato' Seri Anwar menyerang kembali dengan peluru keaiban pemimpin BN, aku mahu tengok reaksi TV3. Aku percaya Pakatan akan menyerang dan melawan. Kerana apa? Kerana itu cara Anwar. Lawan tetap lawan.
Kalau aku ditanya adakah itu cara Anwar menentang balik? Aku menjawab 'Itu memang Anwar Ibrahim. CONFIRMED!".
nota kaki: aku memilih tidak menayangkan satu gambar pun kerana aku takut api neraka. Salam Jumaat!
Perhhh..aku ingat memang ada bukti..rupanya aku yng terpedaya...
ReplyDeleteapa la ko ni..video chua soi lek tu pun tv3 pernah mendapat liputan tv3 la!..tapi video tu tak clear..but chua soi lek cepat ngaku untuk tidak memperpanjangkan kes ni... anwar yg ko kesian sangat tu apehal dok asyik dragging issue panjang panjang?mengaku sajalh dan letak jawatan..kalau peimpin umno yg dibuka aib tanpa bukti, keluar lah segala fatwa pemimpin dibolehkan dibuka aib mereka..bila kena tang batang hidung mereka??? mana fatwa tu semua disembunyikan??ingat islam ni bapak mereka yg punya ka?suka hati nak gunakan islam untuk kepentingan mereka! dari ko kesian kt keluarga puaka yg penting diri tu,lebih baik ko suruh mereka berundur dan berambus dari arena politik malaysia..aman sikit malaysia.
ReplyDeletekeluarga ni banyak membuka aib orang lain dengan tuduhan tuduhan tanpa bukti..Allah tidak akan melindungi orang-orang yang suka membuka aib orang.ni lah akibat yg anwar terima kerana suka buka aib orang dulu kononnya dia sorang sahaja yang bersih.
aku pun takut mahu menontonnya, kerana Allah melarang....
ReplyDeleteBetul tu Pak Belang.
ReplyDeleteAgak-agak la. Ni bukan masalah sapa buat & ngaku dia buat, ya. Kalau ngaku mcm CSL tu, korang baru boleh terima, ya? Oh camtu? Patut la BN makin dibenci@dipinggirkan.
Ni pasal, macam Pak Belang tulis la, soal moral@akhlak kita mana sampai nak tayang aib orang begitu rupa. Kalau 'dihalalkan' cara politik begini, ada yang perang saudara pasni. A tayang anu B, B lawan tayang anu A. Ni cara kotor la, takkan tu pun otak tak boleh pikir? Malu la weh! Otak letak kat anu ker?
video chua soi lek tu memang dia,dia mengaku la... video ni bukan dsai,dsai nak mengaku buat ape??... yg heran tu,yg dah konfem macam chua soi lek tu tetap juga dipilih jadi presiden parti sekutu umco... umco kata apa???
ReplyDeleteAllah tak suruh kita lawan dengan cara membuka aib orang lain.
ReplyDeletekalau bukan dia buat kenapa nak mengaku?
ReplyDeleteyang paling bodo skali tu ketua AMK depa....yang dok p bawa pengikut p tunjuk perasaan pasaipa... pi mampuih la dia nk sumpah, sumpah pi la..yang dok bawak geng p buat publisiti pasai apa..tak cerdik politik tp nk jadi orang politik... kalau dia tk pi bising2... Siam nakharam tue sumpah kuaq tv3 4 second ja..
ReplyDeletehahaha... ader gak orang yang sakit hati ngan nurkilan nie... kesiannyer mereka...
ReplyDeleteBetul bro..bro lu punya blog aku suka baca..tapi background kaler merah..sakit mata la bila baca lama2..
ReplyDeleteBro..aku sokong..tapi biasa la skang nih politik agak kotor sket..
ReplyDeleteSuka baca blog nih..tapi background merah nih buat mata aku sakit la bila tengok lama2..
kalau betol tak buat sumpah lah ngaku tak buat takot kena sambor petir kat pelir kot?
ReplyDeleteAl-Quran dan As-Sunnah telah ditinggal untuk menjadi panduan...APa-susaha-susah...Kalau bertekak dengan UMNO ni memang tak sudah ...Nak pakai akai depa...
ReplyDeletenak dedahkan aib org kononn...pemimpin umno tu sorang pun tak der aku percaya....kalau tak main isu ni dah lama umno dok padang pasir..bis nak buat mcm mana masih ada yg tak reti befikir lagi...
ReplyDeleteSalam Hormat Wahai Penulis Blog...
ReplyDeleteTerlebih dahulu.. saya mesti declare bahawa saya bukan ahli umno..
Pendapat awak berkenaan "membuka aib sesama Islam" memang ada betulnya..
walaubagaimanapun, saya kurang bersetuju.. Perlu di beza di antara membuka aib dengan pendedahan kebenaran..
sekiranya pelakunya hanyalah orang macam awak atau saya.. maka perkara tersebut menjadi sesuatu yang peribadi dan sekiranya org lain tahu berkenaan moraliti saya yg negatif.. tiada sesiapa yg berhak memdedahkan kepada umum.. habis kuta pun boleh lapor pada pihak yg berkuasa sahaja..
TETAPI.. jika seseorang umat Islam yg mempunyai bukti berkenaan salah laku mana PEMIMPIN Islam.. maka saya berpendapat bahawa ianya menjadi kewajipan untuk didedahkan kepada masyarakat.. kerana.. seorang Muslim hanya perlu menjaga maruah diri dan keluarga TETAPI seorang pemimpin Islam bertanggungjawab untuk menjaga maruah agaman, bangsa & negara.. sama juga dgn kes wan azizah.. sekiranya azizah tu hanyalah seorang isteri dan ibu sahaja.. maka dia hanya bertanggungjawab utk jaga maruah dirinya dan keluarganya sahaja.. barang tetapi.. sebagai PEMIMPIN UMAT ISLAM.. TANGGUNGJAWAB AZIZAH YG LEBIH BESAR IALAH MENJAGA MARUAH UMAT ISLAM, BANGSA & NEGARA YG DIPIMPINNYA.. tanggungjawab ini melebihi daripada yg lain2.. seharusnya & sebaiknya.. sebagai seorang PEMIMPIN ISLAM.. lebih wajar dan azizah seharusnya mengambil pendirian yg lebih berkecuali dan membenarkan siasatan rapi dilakukan kerana maruah yg dipertaruhkan ialah maruah agama, bangsa & negara.. kerana SEKIRANYA TERBUKTI anwar adalah pelakunya.. maka yg malu bukan hanya azizah dan keluarga.. malah umat Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia bakal menanggung malu yg lebih besar kerana melindungi pemimpin yg nyata mungkar dan dipimpin oleh org yg fasiq dan munafik.. sekiranya terbukti anwar salah maka dia perlu di HUKUM dgn hukuman yg paling dasyat.. TAPI SEKIRANYA TERBUKTI anwar TAK BERSALAH.. maka maruahnya dan keluarga terus bakal pulih serta merta dan kita HUKUMLAH si penyebar FITNAH dengan hukumam yg paling dasyat..
Contoh mudah.. sekiranya kita bersahabat karib dan saya adalah Imam Masjid dan awak mempunyai bukti bahawa saya berakhlak buruk (arak & zina)di belakang jemaah.. maka bukankah menjadi wajib bagi awak utk memastikan saya berhenti menjadi Imam di masjid tersebut selagi saya tidak bertaubat nasuha.. dan sekiranya saya berdegil.. bukankah wajib bg kamu nasihatkan para jemaah utk tidak lagi solat berImamkan saya.. dan andainya jemaah masih berdegil.. bukankah jatuh hukum wajib bagi kamu mendedahkan bukti berkenaan akhlak buruk saya kepada para jemaah saya..
balik kpd perkara pokok.. dalam hal pendedahan pulak.. awak mungkin mempersoalkan bahawa bagaimana sekiranya pendedahan itu tidak benar.. jawapnya.. setiap pendedahan MESTI di siasat.. BARANG TETAPI.. mesti kamu ingat.. sekiranya tiada sebarang pendedahan maka tiada lah sebarang siasatan dapat dijalankan.. maka segala kemungkaran akan terus berlaku dan org yg tidak berakhlak akan terus jadi pemimpin umat Islam..
Lihat sahaja bentuk hukuman yg telah ditetapkan oleh Allah s.w.t keatas pesalah seks di bawah hukum hudud.. hukuman ZINA org belum kahwin - rotan 100 kali di KHALAYAK RAMAI.. hukuman ZINA org sudah berkahwin - direjam dengan batu di KHALAYAK RAMAI.. dan lain2 hukuman semua kesalahan seks mestilah dilakukan di KHALAYAK RAMAI.. CUBALAH AWAK RENUNGKAN KENAPA ISLAM MEWAJIBKAN SEMUA HUKUMAN KESALAHAN SEKS DI KHALAYAK RAMAI.. antara sebabnya.. AGAR MENJADI TELADAN DAN SEMPADAN KEPADA MASYARAKAT..
RENUNG-RENUNGKAN LAH..
laa...
ReplyDeletesolat hajat dah buat....bukti dah jelas...tak mau terima lagi ke ? anwar kena tunjuk kembar siam dia yang lagi satu kalau dia kata bukan dia..sebab dah clear muka dia..
aku lebih simpati pada rakyat malaysia yang di tipu dari kesiankan dekat jijah..
Kepada mereka yang pernah mempertahankan kebatilan,
ReplyDeleteSaya kadang-kadang merasa sedih dan kecewa melihat mereka yang berilmu pengetahuan agama yang tinggi terus menerus mempertahankan kebatilan. Apa yang anda mahu sebenarnya. Saya tahu bahawa anda amat tahu dunia ini hanyalah sementara, dunia ini adalah medan ujian yang maha hebat. Anda kecil diuji dengan lapar, dahaga dan sakit, ilmuan diuji dengan ilmunya, sikaya diuji dengan kekayaan, siabid diuji dengan keramah dan maunahnya. Segala yang diperkata akan dipertanggungjawabkan, sebesar zarah tidak ketinggalan. Di atas inilah maka kita sebagai manusia dilantik menjadi kalifah. Bahkan semulia-mulia malaikat diuji melalui kejadian Adam hanya dari tanah kering yang busuk. Akhirnya yang ingkar menempah binasa, walaupun ilmunya adalah yang tertinggi, ibadatnya adalah yang terabid dan dia adalah yang terbaik dari segala malaikat. Akhirnya nur pada wajahnya ditarik dan dia menjadi sehina-hina makhluk.
Anda ahli agama tentu telah melihat semasa kemelut mencari kebenaran, sebenarnya kebenaran telah diperlihat olih Allah. Bagaimana nur / seri wajah pada seseorang itu telah ditarik olih Allah. Tetapi kesalnya saya kerana mendapati anda masih berterusan mempertahankannya seakan hati anda telah buta. Mengapa anda tidak menasihatkan agar orang itu berhenti sahaja dari megejar mimpinya, walaupun perberhentian dia mengejar mimpi keputrajaya juga membantutkan mimpi anda menawan tempat yang sama. Putrajaya itu hanya lah sebuah dunia yang terlalu kecil nilainya di sisi Allah, walaupun anda dapat menawannya belum tentu anda dapat memilikinya. Dalam mengejar mimpi anda, anda telah mengeji seorang manusia kerdil yang teraniaya dan terkhilaf kerana mempercayai seorang manusia yang dianggapnya agung.
Anda fitnah dia dengan menyatakan penipu pun sanggup bersumpah, dan anda hurai surah an-nur ayat 6-10 tanpa keterangan yang adil. Anda puji orang yang tidak mahu bersumpah dan anda hina orang yang mempertaruhkan dunia dan akhiratnya dengan sumpah laknat. Hanya dengan beberapa perkataan manusia yang bersumpah itu telah menyerahkan dunia dan akhiratnya untuk dilaknat olih Allah. Anda ahli agama tidak fahamkan akan kesan sumpah laknat itu. Aduhai oh aduhai amat malang kiranya anda tidak faham akan natijah, kesan dan akibat sumpah laknat itu. Saiful dan yang lainnya bersumpah laknat bukan dihadapan hakim manusia yang akan menjatuhkan hukuman tertentu, tetapi hukuman dari sumpah laknat itu adalah dari Maha Hakim, sehingga pada zaman Nabi apabila diajukan sumpah laknat ini kepada penganut agama Nasrani dalam mempertahankan akidah, mereka menjadi gentar dan takut.
ReplyDeleteIlmu anda tinggi amal anda banyak tetapi cinta kepada dunia mengaburkan hati anda kepada hakikat kebenaran, makanya anda tidak menasihatkan kepada orang yang telah ditarik rahmat dan rahimnya itu olih Allah dengan nasihat yang benar. Nasihat yang mudah, “sahabat telah saya lihat nur/seri wajah anda hilang. Alangkah bimbangnya saya sekiranya saya mempertahankan anda makanya manusia akan melihat saya bersekongkol dengan kebatilan. Dan saya lebih takut sekiranya Allah melihat dengan pandangan yang sama sebagaimana manusia itu melihat kepada saya. Makanya saya nasihatkan anda hentikanlah sandiwara ini dan saya berlepas bebas dari anda.” Alangkah mudahnya nasihat itu, tetapi impaknya putrajaya bertukar menjadi putragagal. Mungkin itu yang anda takutkan? Saya tidak tahu hanya anda dan Allahlah yang mengetahuinya.
Anda berdoa – Ya Allah, musnahkanlah puak sana yang batil demi menegakan hukumanMu, ya anda berdoa dimerata tempat dengan doa yang sama, dan anda seakan melihat puak sana seakan menjadi lemah dan anda menjadi kuat, dan anda pun menjadi yakin bahawa anda dipihak yang benar. Tetapi anda terlupa bahawa bersama anda ada kebatilan yang anda pertahankan. Saya yakin anda amat tahu – kisah nabi musa yang mana pasukannya telah ditimpa wabak penyakit kerana di dalam pasukannya ada panglima yang berzina. Nabi Musa mengarahkan Panglima tersebut dibunuh maka barulah terangkat wabak penyakit itu dari pasukan Nabi Musa. Lihatlah bahawa kebatilannya telah memusnahkan kebenaran apabila kebenaran bercampur dengan kebatilan, sehingga dimusnahkan kebatilan. Ya anda terus mempertahankan kebatilan itu, natijahnya hanyalah kerana putrajaya menjadi idaman. Walaupun anda dapati kumpulan rakan anda telah menjadi semakin rapuh dan reput dan hilang kekuatan, namun anda terus mempertahankan kebatilan.
ReplyDeleteApabila di akhirat nanti sahabat anda yang batil itu, yang anda pertahankan dengan segala hujah agama datang berjumpa anda dan meminta anda menjadi peguam bela di hadapan Allah sanggupkah anda menjadi peguamnya, sedangkan pada masa itu hanya setiap orang hanya mengharapkan amal masing-masing datang dengan wajah berseri-seri menjadi peguam bela setiap masing-masing. Tentu anda amat tahu – kisah sahabat nabi amrul al ass yang masuk ke surga dengan hanya merangkak. Sahabat nabi yang amat dermawan hanya merangkak – siapakah kita ini, renung-renung dan fikir-fikirkanlah.
Rumusannya – kebenaran yang anda minta telah dipertunjukan, hukuman yang anda harapkan telah dilaksanakan. Anda akan terus melihat sedikit demi sedikit hukuman itu, bayangkanlah kalau ada diantara rakyat Malaysia ini mengamalkan yasin 40, maka bertambah cepatlah hukuman yang anda pinta. Itu baru di dunia. Bagaiman di akhirat nanti dan janji Allah adalah maha benar – firmannya “Lihatlah inilah kebenaran yang kamu minta. Rasailah ini hukuman yang kamu telah nanti-nantikan. Sesungguhnya siksa Kami amatlah pedih.” Anda masih belum percaya? Pergilah ambil wuduk, solat hajat, baca yasin dan berdoa – ya allah ya tuhanku sekiranya anwar berada dipihak yang benar bagi kes anwar dan saiful, anwar dan umi hafilda, anwar dan ds najib dan anwar dan d eskay maka engkau rahmatilah dia dan hukuman penfitnah itu dengan seberat-berat hukuman dan sekiranya anwar memang sebagaimana didakwa olih mereka maka engaku hukumanlah anwar dengan hukuman yang tiada tara pedihnya.
ReplyDeleteAyuh rakan dan taulan dan diri saya sendiri marilah bertaubat kepada Allah sesungguhnya dosa kita banyak dan kita tambah dan tambah lagi dengan umpat, keji dan fitnah. Kembalilah kepada Allah dengan bertaubat sesungguhnya dia amat pengasih dan penyayang.