10.7.11

Patriot: Contoh Terbaik Melayu Dibodohkan

Aku taknak cerita bab BERSIH 2.0 sebab korang boleh baca cerita tu kat akhbar esok. Aku nak cerita bab Patriot.

Zaman Mahathir menjadi PM, aku masih ingat kesedihan beliau tentang Melayu yang bermentaliti tongkat. Melayu hanya harap subsidi dan tidak pandai berusaha bagi mencapai matlamat.

Jika kita perhatikan isu BERSIH 2.0, kita akan lihat pelbagai saringan, ujian dan halangan dilakukan oleh pihak sekeliling mereka. Usaha itu adalah untuk menakut-nakutkan rakyat dan bertujuan menggagalkan suatu perhimpunan yang pada hemat mereka akan memberi indikasi terhadap keputusan PRU13. Penyokong- penyokong BERSIH 2.0 menyertai perarakan dengan penuh risiko, dengan mengeluarkan duit poket sendiri dan diugut dengan pelbagai ugutan memualkan (terutama pekerja kerajaan). hinggakan baju BERSIH pun perlu dibeli sendiri (rujuk sini). Itu hal BERSIH 2.0.

Golongan Patriot pula mempunyai cerita yang vice versa. Mereka dikhabarkan menerima duit poket RM 500 seorang, masuk "gelanggang" diatas 4 X 4 dan yang paling menarik...BAJU PATRIOT PERCUMA!!! tak percaya? Tonton sahajalah video dibawah.




Duit siapa yang mereka guna? Mereka bukannya satu pertubuhan..mereka cuma program ad hoc sahaja. Dari mana duit mereka dapat? Macamanalah rakyat tak menyampah!

Bukankah semua yang terlibat itu adalah MELAYU? Bukankah ini suatu tindakan yang MEMBODOHKAN, MELEMAHKAN, MEMBUDAYAKAN MENTALITI TONGKAT DAN MENJIJIKKAN?

Perhimpunan sudah Haram, kasi up dengan mentedarah duit Haram pulak?

Ketua-ketua program Patriot pun tak nampak macam Melayu pun. Patriot adalah Program Pemuda UMNO dan Putera 1Malaysia. Apa objektif Putera 1Malaysia? Dari laman web mereka:

The target groups for Putera 1Malaysia are those aged 18 to 35 years. We are especially interested in attracting the services of young professionals, such as doctors, lawyers, teachers, engineers, computer specialists, pilots, accountants, etc., who we hope will act as mentors to the younger members and help them to realise their dreams. (sini)

Dengan membawa mereka ke jalanraya, agaknya inikah impian Belia yang ingin UMNO beri dan realisasikan? Rasanya, tak nampak pun muka golongan profesional di perhimpunan Patriot? Muka mat rempit dan budak sekolah tak habis banyaklah aku nampak.

Nak aku cerita bab Patriot ni lagi ke? Kang pedih ulu hati kang!

No comments:

Post a Comment

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.