Sungguh malang nasib UMNO apabila memiliki Ketua Pemuda paling gagal dalam sejarah Pergerakan Pemuda UMNO. Ia adalah kecelakaan kedua setelah memiliki Presiden paling gagal sebelum ini. Yang ironinya, mereka mempunyai hubungan kekeluargaan.
Khairy ada menyebut didalam video di atas bahawa berhimpun secara aman adalah hak setiap warganegara yang termaktub di dalam Perlembagaan. Khairy juga menjadi "kapla" perarakan Patriot yang akan diadakan pada jam 10 pagi di Jalan Bukit Bintang dan menghala ke Stadium Merdeka.
Yang kita tidak nampak, APAKAH OBJEKTIF PERARAKAN PATRIOT INI? Khairy menyebut, ia diadakan untuk menunjukkan bantahan terhadap KAEDAH yang dipilih oleh BERSIH 2.0 bagi menyampaikan memorandum 8 perkara berkaitan Pilihanraya yang bersih dan adil. Adakah KAEDAH bagi menentang suatu perhimpunan haram adalah dengan mengadakan satu lagi perhimpunan haram? Adakah cara menghalang anak kita makan tahi adalah dengan kita makan tahi itu juga?
Paling kelakar, korang tengok mamat belakang KJ ampu perut dia kat belakang kerusi KJ. Ini macam mau jalan dari Bukit Bintang sampai Stadium Merdeka? Lawak gila.
BERSIH dipolitikkan? Oleh siapa? Sepanjang yang aku ikuti, TV3 dan RTM yang politikkan perhimpunan BERSIH 2.0 ni. Masalah BERSIH 2.0, adalah latar belakang "mastermind" dan kaedah yang dipilih. Bukan kerana ia bersifat partisan. Rakyat tidak nampak ia begitu. Pasukan RISIK UMNO tak buat kerja betul-betul la ni. Itu yang salah terjemah tu.
Rakyat Malaysia akan terus meluat dan menyampah apabila:
- BAJU KUNING KENA RAMPAS TAPI BAJU MERAH TAK.
- PERHIMPUNAN BERSIH BERSTATUS HARAM TAPI PATRIOT TIDAK.
- PEMIMPIN PRO BERSIH DIANGGAP MENCABAR UNDANG-UNDANG JIKA BUAT PERHIMPUNAN TAPI GENG PATRIOT TIDAK DIKENAKAN APA--APA TINDAKAN WALAUPUN DENGAN BONGKAKNYA BUAT PRESS CONFERENCE UNTUK MELANGGAR LARANGAN POLIS.
Patriot tak sepatutnya ikut serta...
ReplyDeleteBukankah SEMUA mereka BERSIH TAK BERSIH dilarang membuat apa-apa?
ReplyDelete