29.8.11

Selamat Hari Raya

Maaf Zahir Batin. Tanpa keampunan kalian, aku khuatir Syurga diharamkan padaku. Nauzubillah.

2 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidifitri, Maaf Zahir Batin wahai anak cyberku, insyaAllah swt jika diizinkan Allah swt mungkin satu hari kita akan bersua juga..


    Dan InsyaAllah swt juga, kamu serta keluarga dijauhkan dari neraka dunia dan akhirat, Amin!

    Memang tak dinafikan langsung tentang isu Bidaah ini. Tidak langsung. Kita semua CUBA SEDAYA UPAYA agar hidup kita sekarang sebolehnya seperti Sunnah Rasulullah saw dulu.

    Jika kita kaji sejarah datangnya Islam ke Nusantara dan bagaimana ia berkembang sedikit demi sedikit, orang Melayu yang mulanya animist, hindu dan buddist sebelum menjadi Islam maka kita faham bagaimana pengaruh sebegini macam sudah sebati dalam jiwa dan adab kehidupan mereka.

    Kita juga kagum bagaimana pendakwah pendakwah dulu dulu amat bijak dan teliti sekali dalam penyebaran Islam itu sendiri. Mereka peka akan hal ini tetapi mereka juga cerdik. Mereka tahu jika dipaksa sekali gus agar orang mereka tinggalkan sahaja ajaran nenek moyang mereka maka tidaklah langsung mereka akan menerima Islam itu.

    Contohnya wali songo di Pulau Jawa sendiri, bacalah bagaimana mereka menerapkan Islam di situ. Namum itu tidak bermakna mereka membiarkan sahaja adat menebal jawa kuno. Sedikit demi sedikit, perlahan lahan nilai nilai Islam diajar dan diterapkan pada nilai nilai kehidupan menggantikan yang lama dan kebanyakkannya sesat itu.

    Begitu juga di tanah air kita sendiri. Begitu banyak ritual ritual lama yang telah ditinggalkan sama sekali seperti mandi safar, meyemah pantai dll. Ada juga yang mengatakan bersanding juga haram. Tapi buat masa kini, telah semua maklum bersanding tidak lagi dikaitkan dengan agama hindu. Tidak sama sekali.

    Malah pelamin adalah sebagai tempat 'ambil gambar' sahaja. Di mana pasangan diraikan, dikenalkan sebagai suami isteri. Titik tanda bertukarnya status mereka dan kehidupan yang baru.

    Ianya terus menjadi kontroversi. Bagi Mak Cik bersanding dan pelamin adalah lebih bagi orang perempuan. Sekali seumur hidup meraikan hari yang amat penting dalam hidup mereka. Asalkan tidak terlalu melampau dan boros, ikut kemampuan masing masing. Berbanding orang lelaki bila bila pun boleh kahwin..Tapi tidak perlulah lagi upacara merenjis mempelai tu dengan bertih dsb. Untuk mendoakan mereka kita berdoa sahaja.

    WaAllahuAlam. Isu ini perlu pada kajian yang lebih mendalam dan patut dibentangkan oleh mereka yang pakar bukan sahaja dalam Agama tetapi dalam adat istiadat kebudayaan Melayu itu sendiri.

    Semoga kita semua terus tergolong dikalangan mereka yang mendapat Taufik dan Hidayah Illahi..Amin!

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam w.b.t Ibu.

    Taqaballahu Minna Wa Minkum(kalau tak silap, saya ada terbaca sahabat Rasullullah SAW mengucapkan Taqaballahu Minna Wa Minkum di Hari Raya)..

    Ibu, semoga kita semua dilindungi dari kesesatan dan penipuan dajjal.

    Terima ksih kerana banyak menasihati saya.

    Bab lelaki kawin banyak kali tu, bukan semua macam SY bu...hehehe..

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.