Wacana Sinar Harian yang di'moderate"kan oleh Prof. Dr. Asri sebenarnya mengetuk benak hati saya yang paling dasar; Dimana PKR? Mengapa PKR tiada ulama? Mengapa PKR hanya menumpang ulama PAS?
Tidak saya nafikan bahawa saya agak tidak bersetuju jika Ulama Islam di asingkan mengikut parti politik. Ulama Islam yang bagus adalah walaupun mereka cenderung berpartian namun tetap tegas dalam menasihati dan menegakkan hukum Allah. Maka, janganlah kita mendosakan diri kita dengan menghina Ulama dalam parti UMNO ataupun PAS ataupun Ulama yang tidak berparti sekalipun.
Justeru itu, saya tidak condong kepada mana-mana parti dalam mengangkat pendapat ulama-ulama. Contoh jelas, saya sayang dan setuju dengan mana-mana ulama/ ahli ugama jika mereka berbicara hal kebenaran dan menyampaikan ilmu-ilmu Allah seperti Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus, Al-Fadhil Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz, Al-Fadhil Ustaz Fathul Bari, Prof. Dr. Asri, Tuan Guru Nik Aziz dan lain-lain. Saya upload ceramah mereka walaupun "banjingan politik" yang tidak sealiran dengan mereka tidak suka dan tidak setuju. Pada saya, jika mereka di pentas politik, maka fahamilah itu adalah kecenderungan politik mereka. Mereka juga ada hak untuk menyokong parti politik yang mereka sukai. Ia tidak salah selagi mereka jujur dan amanah dalam mengasingkan kebenaran dari kepalsuan dan yang haq dari yang bathil. Secara peribadi, saya agak kecewa apabila terbaca bahawa ada insan yang bergembira tatkala mendengar berita kegeringan Al-Fadhil Ustaz Kazim Hj Elias Al-Hafiz kerana kekurangan tidur sejak 50 hari yang lalu (Semoga beliau lekas sembuh). Jelas sungguh pemahaman rakyat beragama Islam tentang agama dan politik sudah parah . Apa sahaja perkara yang berlaku, pasti akan ada unsur politik untuk merosakkannya. MasyaAllah.
Berbalik kepada isu asas, perasankah kita bahawa tiada Ulama di dalam parti PKR? Mengapa? PKR tidak mahu pendapat Islamik akan menggangu pendapat pluralisma mereka?Ulama-ulama Islam akan menenggelamkan karisma Ketua Umum PKR?
Ada yang menempelak 40 Ulama masuk UMNO namun jika kita amati secara dalam-dalam, sememangnya UMNO perlukan nasihat ulama. Celakalah UMNO jika ulama-ulama itu hanya dijadikan propaganda meraih undi. Yang wajar kita lakukan (walaupun saya agak 50-50 hal ini), berdoa atas kebaikan UMNO dan bersangka baik.
Sebaliknya, PKR tidak pernah mencanang atau mengangkat mana-mana Ulama sebagai "frontline" mereka. Mungkin PKR berbangga dengan status "mantan Presiden ABIM" yang pernah disandang Dato' Seri Anwar Ibrahim namun bukankah Tun Pak Lah juga mempunyai sejarah itu? Apa jadi pada pemerintahan Pak Lah? Maaf jika ia kasar. Pak Lah tewas di tangan anak menantunya yang menyelinap masuk ke dalam UMNO entah dari mana.
Dari sudut pandang saya, PKR mempunyai blogger-blogger yang bijak berhujah dan menggunakan nas-nas Al- quran dan Hadith bagi menerangkan sesuatu isu. Ia memang berlawanan dengan blogger-blogger UMNO yang menggunakan kekerasan dalam menyampaikan mesej mereka (pandangan peribadi). Namun, adakah wajar jika pandangan-pandangan dari blogger PKR disandarkan untuk menyelami/ menyelesaikan sesuatu isu?
Sebagai contoh, bolehkah saya berhujah" Menurut tulisan dan pendapat Hishadudin Vais dari blog "Tukar Tayar" bertarikh 17 Julai 2010, dimana beliau memetik Hadith Qudsi yang berbunyi........."????
Bukankah ia kelihatan janggal?
Sampai bila PKR mahu menumpang Ulama PAS? Atau sememangnya PKR tidak mahu campurtangan Ulama?
Nyatalah, UMNO dan PAS telah dan masih mencuba untuk mengangkat institusi Ulama Islam. Jangan kita memperlekehkan usaha mereka.
Jika saya ditanya hari ini, parti mana yang saya akan sokong,saya akan menjawab, mana-mana parti asalkan mereka berpegang pada tali Allah.
Akhir qalam, raikan Hari Merdeka, bersyukurlah atas nikmat Allah dan merdekakan minda yang terkurung dalam kamar politik yang sempit.
Wallahualam.
Apakah Ustaz Badrul Amin bukan ulamak?
ReplyDeleteBeliau ulamak. Tapi, di mana suara beliau? Saya mengikuti beliau di twitter. Saya tahu kewujudan beliau. sayang..Bila pernah PKR meminta pandangan beliau? Mengapa Shamsul Akin yang berteriak 'qazaf"? Sam itu ulamak dalam PKR?
ReplyDeleteBaca sekali lagi untuk faham isi.