26.9.11

Aku Tidak Hadir Kenduri Arwah Abah Kerana Sunnah (III)

Aku harap ini adalah yang terakhir bagi tajuk ini. Aku dalam proses cuba mengubah keluarga aku dahulu untuk menjadi Ahlussunnah Wal Jamaah (ikut Al-Quran, Sunnah Nabi SAW, Sahabat r.a. & Ijma' Ulama Salaf). Disamping itu, aku perasan melalui perbincangan aku sepanjang Syawal dengan sahabat- sahabat aku, ramai yang mengaku tidak tahu punca amalan, tidak tahu tentang hadith dan bid'ah dan yang paling mengejutkan tidak pernah mendengar perkataan Ahlussunnah wal Jamaah. Paling sedih, mereka pernah pula mendengar perkataan Syiah.

Aku tetap membuka lantai komen tanpa suntingan atau halangan jika ada sesiapa yang mahu me"wahabi"kan aku (demi Allah, kitab Muhammad Bin Abd Wahab pun aku belum baca). Mungkin mereka lebih kenal wahabi dari Sunnah Rasul SAW. Mereka aku jangka adalah golongan orang hebat yang berdakwah di dalam kelambu. Tidak bernama dan tidak berpandukan kitab. Dari dalam kelambu mereka, mereka mendapat ilham. Hebat.

Dan, suka aku berterima kasih pada pemberi komen bernama samaran PapaD yang memberi link youtube; suatu penjelasan oleh Ustaz Maulana Mohd Asri Yusoff berkenaan isu Bid'ah. Dalam video-video tersebut (ada 4 video bagi satu ceramah), jelas penjelasan berkenaan mana datangnya tahlil, bid'ah menurut Syeikhul Islam Al Imam As- Syafie, jenis Bid'ah (membetulkan kesilapan aku di penulisan sebelum ini) dan penjelasan yang mungkin dapat merungkai "Ijma'-Ijma' orang jahil" yang memayahkan umat Islam untuk bertaqwa dan memberi persepsi - "MENJADI UMAT ISLAM YANG BAIK ITU SUKAR".

Akan datang, aku cuba mengetuk minda kita semua dengan isu tareqat, sufi dan benda-benda pelik yang orang "kita" anggap hebat dan lebih dekat dengan Allah. Muqaddimah sikit, tidak ada satu ayat atau perkataan dari Rasulullah SAW atau para Sahabah RadiAllahu Ajmain tentang Sufi atau Tareqat. Malah, "SUFI" juga bukan perkataan Arab. Dan penghidupnya adalah orang yang sama dengan penghidup fahaman Syiah. Nauzubillah. Akan aku tulis cuma tidak tahu bila. Hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Wahai orang-orang Islam, berlapang dada dan tonton video dibawah. (saya letrak 2 video dan kalian tegok juga 2 video yang lain di youtube.


13 comments:

  1. salam anak cyberku,

    Sungguh bertuahlah anakku kerana pernah menatap wajah ayah dan ibu kamu, dapat mengenali mereka, tahu bagaimana suara mereka dan dibesarkan pula oleh mereka sehingga terdidik sebagai Muslim sejati.



    Sekarang ini sistem pengangkutan dan komunikasi telah menyebabkan segala bentuk ajaran meresap pada kita. Termasuk ajaran agama bukan sahaja agama Islam malah semua Agama. Tetapi bagi diri Mak Cik apa yang penting adalah "Berguru" yang bertauliah secara in person, bukan dari Internet atau semata mata baca buku. Sebab ini juga anjuran Rasulullah s.a.w.

    Rasulullah s.a.w menganjurkan majlis majlis memperingati Allah swt. Kita dianjurkan berzikir dan sentiasa dalam kalimah Allah. Melihat sekeliling kita ciptaan dan kebesarannya.

    Ulama Nusantara dulu2 amat BIJAKSANA, mereka bukan sahaja BERIMLU, bukan setakat BERTIMBUN KITAB dikaji tapi mereka mencari juga CARA menyatukan Ukwah umat Islam ketika itu.

    Mereka gabungan dan anjurkan Majlis Tahlil ini beramai-ramai supaya kita lebih kyusuk. Kesempatan ini juga sepatutnya menguatkan lagi siratulrahim antara kita. Lalu dianjurkan pula sendikit makan minum melepaskan dahaga selepas lama sessi mengaji dan berzikir beramai-ramai.

    Bagi yang baru kehilangan ahli keluarga tercinta terutama ibu bapa: Mereka hadiahkan Bacaan suci buat ruh yang baru menempuh ALAM BARZAKH. Rasullah saw pernah ditanya seorang Sahabat mengenai isu ini dan baginda mengesoyrkan dipohon ampun dan mensedekahkan bacaan suci buat Ruh yang telah pergi.

    Sebab itulah kita Umat Islam di Nusantara mengamalkan dan disyurkan membuat Majlis tahlil untuk memperingati yang telah terdahulu pergi dari kita. Mustahil telah beratus tahun umat Islam di sini hidup dalam kegelapan dan kejahilan.

    Islam juga merangkumi semua aspek kehidupan, budaya, adat resam asalkan tidak bercanggah dari ajaran Quran dan Sunnah. Dalam Quran juga banyak sekali ayat ayat yang menyuruh kita berzikir, mengingati Allah swt.

    Mak Cik pernah menziarah sebuah keluarga yang baru mengkebumikan jenazah ibunya selepas Asar, oleh kerana tak sempat pergi ke rumah mereka masa tu, kami bertolak selepas maghrib dengan niat nak join mereka solat Isyak dan seterusnya baca Tahlil.

    Tetapi rumah itu sunyi sepi, anak anak kecil menonton tv rancangan hiburan. Terkejut juga Mak Cik. AstagfirullahalAzim, tak patut betul. Ibu tercinta yang melahirkan 8 anak2 dan berpuluh cucu2 langsung tak dihormati pemergiannya. Kalau haram ditangisi pun apalah salahnya pakat pakat mengaji beramai-ramai sebab baru menghadapi kematian!! Mak Cik berharap kalau Mak Cik mati janganlah anak anak buat macam ni.

    Berbalik pada isu Tahlil dan baca Yassin. Mengikut Ustaz Mak Cik..melalui pengalaman para Ulama terdahulu yang terlalu banyak berjasa pada umat di Nusantara ini..Surah Yassin pemakbul Doa. Jika kita ada hajat besar, Solat dan mohonlah pada Allah dengan membaca Surah Yassin dan dengan BERKAT ayat ayat suci Surah Yassin semoga doa kita lebih mudah dan lekas dimakbul Allah swt.

    Jadi sebab itulah mereka sarankan semua membaca Yassin. Dan mereka lihat pula pada masa itu daripada duduk duduk berbual kosong lepas maghrib sementara menunggu Isyak diajak anak anak muda masa tu baca Surah Yassin beramai2. Anak anak muda muda dulu dulu tak banyak aktiviti, di kampung pun terhad di surau dan masjid je.

    Anak anak muda muda sekarang terlalu sibuk pula. Maklumlah zaman dah berubah dan semua dah bertambah pandai dan bijak belaka.

    Sama ada anak akan hadir tahlil Arwah Abah terpulanglah pada diri sendiri. Abah kamu yang membesarkan kamu bukan ustaz di u tube atau mana mana ustaz. Apakah berdosa kita berkumpul, bersiratul rahim yang diseliputi ayat ayat suci dan ayat ayat zikir mengingati yang telah mati dan mengingati mati bahawa kita juga akan mati? Bidah kah juga jika kita menghidupkan apa yang disaran Rasulullah, mengingati mati? bersiratu rahim? mensedekahkan ayat ayat suci dan memohon keampunan buat Arwah?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Ibu.

    Saya ada merujuk guru walaupun tidak officially berguru.

    Maaf kalau pandangan saya bertentangan dengan Ibu kali ini. Tidaklah orang tahu betapa saya menyayangi emak dan abah saya. Demi Allah, saya merindui mereka. Saya berdoa kepada mereka selepas solat.

    Namun perkara yang tidak dibuat Rasulullah SAW dan Sahabah radiAllahuanhum Ajmain tidak akan saya buat. Tidakkah mereka lebih faham tentang agama ini? Tidakkah mereka itulah guru asal kepada Imam yang kita ikut jalannya?

    Bid'ah di alam Melayu memang nampak macam betul tapi saya memilih untuk menjauhinya. Saya tidak mengatakan sesiapa salah. Malah, saya merujuk pada pandangan Imam Syafie rahimahullah.

    Saya memohon kepada Allah apa yang saya fahami itu adalah betul. Saya berpesan kepada isteri, jika Allah menjemput saya, usahlah berkenduri tahlil untuk saya. Doa dan bersedekahlah sebanyak-banyaknya.

    Ibu,
    Kita mendakwa kita mengikut sunnah tetapi kenapa kita berbeza dari segi praktikalnya? mengikut sunnah ada 2 cabang; mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabah r.a. dan meninggalkan apa yang tidak dilakukan Rasulullah SAW dan para Sahabah r.a.

    Demi Allah, saya tidak pula memperlekehkan ilmu Ulama Nusantara. Jauh sungguh saya dengan mereka. Saya ini bagaikan sebutir pasir yang umpama tiada dan mereka sehebat gunung Uhud. Janganlah disalah anggap tujuan saya.

    Tidak kiralah ustaz youtube atau apa, ia tetap ilmu dan membuka mata saya.

    Sedar dan sayang dengan Rasulullah SAW dan kisah para Sahabah r.a., saban malam air mata saya bercucur. Saya bersyukur kerana hati saya belum mati. Saya sayang arwah emak dan abah saya tetapi bagaimana saya mahu mendoakan mereka jika saya tergolong sebagai ahli bid'ah? nauzubillah.

    Islam itu mudah. Beribadah itu mudah. Islam itu sederhana. ia tidak ekslusif. Ia nikmat jika diamalkan setelah kita faham. Percayalah, jiwa saya tenang tidak seperti dahulu. Bagaikan seorang buta yang baru mendapat mata.

    wallahua'lam.

    ReplyDelete
  3. Wahai ibu,

    yg penting ilmunya dan sumbernya..mestilah dari dalil2 yg sahih...zaman skg disembabkan internet lah kita mampu mengekses sampai ke segala pelusuk sumber ilmu hatta di Jordan, Mekah, dsb...Jadi dgn akses ini kita boleh sendiri menilai balik diri kita adakah selama ini apa yg kita kerjakan itu berdasarkan ilmu yg sahih sumbernya. Al maklumlah, kita org zaman dulu mengaji bukannya direct dari kitab2 terulung ie hanya segelintir saja..jadi kalau nak kata ade penambahan yg tak sepatutnya itu mmg lah tak dapat nak dinafikan...

    ReplyDelete
  4. Wahai ibu,

    Yg penting dalam ilmu itu adalah dari mana sumbernya...tak kiralah kalau diinternet sekali pon, kalau ilmunye bersumberkan dr sumber yg sohih maka itu adalah yg terbaik...takde gunanya berilmu dgn agamawan sekiranya ilmu yg diajar itu dari sumber yg ragu atau tidak jelas. Jadi tak ada sebab jika seorang itu mendapat ilmu dari internet ke, waknet ke, toknet ke, yg penting sumber ilmu sendiri. Zaman cyber skg ni banyak yg bak dan buruk, terpulang pada kita utk memilihnya...sbnarnya skg ni utk org kembali pada islam yg sebenar itu semakin mudah...hanya ada puak2 yg tertentu tak boleh nak terima dan dituduhnyalah dgn macam2 wahabi lah,extrimislah..walhal takde kena mengena langsung...

    wallahuallam

    ReplyDelete
  5. Terima kasih saudaraku Ejam. Komentar yang bernas.

    ReplyDelete
  6. Semuga Allah membuka hati hati kami dalam beragama seperti agamanya NABI MUHAMMAD SAW

    Sesungguhnya Islam bermula dengan keterasingan dan sedikit...dan di akhir zaman akan kembali asing dan sedikit...berbanding pengikut pengikut kesesatan yang ramai....maka berbahagialah orang orang yang asing...kerana mereka beriman pada Al Quran dan Sunnah dengan kuat dan kukuh ...

    Ya Allah aku berlindung pada Mu dari azab neraka dan azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta fitnah al masih ad dajjal....

    ReplyDelete
  7. Papa,

    Saya pernah dengar ungkapan di atas. Namun tidak pasti sumbernya.

    Doa yang last tu Rasulullah SAW baca sebelum memberi salama dalam solat.

    Siapa kamu ye Papa?

    ReplyDelete
  8. Salam IBU..

    Saya sokong seratus peratus abg harimau..

    Satu..Ustaz2 maupun guru2 bukan maksum..

    Dan saya suka tgk seseorang Ilmuan itu dari ketinggian Ilmunya bukan dari populariti..Ingat tak hadis palsu tentang solat terawikh??tok imam yg tolong lekat kat papan notis masjid..lepas kita tau baru kita buang..betul??

    Tak salah untuk tengok video2 di youtube..sebab melalui internet kita boleh berkomunikasi dengan ustaz2 dan guru2..klu tak faham boleh tanya..even ada sesetengah ulamak menggunakan internet sebagai salah satu cara unt mendekati masyarakat.contoh MINDA TAJDID, Institut AL-QAyyim, Saiful Islam..kita boleh rujuk dan boleh bersoal jawab..kita ada akal dan fikiran..

    Ini adalah pandangan saya..klu salah sila betulkan..

    ReplyDelete
  9. terima kasih Mohammad.

    Terima kssih atas semangat. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  10. blog jamban .....hipokkrit..pileh bulu.....harimau konon....patut laa sunyi aje....toksah laa...buat blog kalau tak berani terima komen...ikut llaa seperti papa gomo...berani kerana benarrr.aku cadangkan toksahlah buboh harimau..buat malu binatang tuu aje...aku cadangkan...kote menaip...

    ReplyDelete
  11. Aztaghfirullah....
    Ittaqillah wahai anynomous....
    smoga engkau mendpt hidayah...
    kpd harimau menaip, teruskan perjuangan mu. mengajak kpd kebenrn tu mmg sukr. tp bersabarlah, rmi lg mrka yg memperjuangkan ASWj di luar sne. dan egt lah, sesungguhnya Allah sentiasa bersama org yg benar....

    ReplyDelete
  12. semoga Allah terus memberi hidayah kpd mu harimau utk terus menulis kebenaran Agama Allah yg dibawa oleh Rasullullah. Sy juga berdoa agar umat Nabi kt Muhammad kembali kpd Al Quran dan Sunnah. Seperti kt Rasullullah: diakhir zaman nnti akn ada 73 golongan Islam dan hanya 1 yg akn masuk syurga...itulah golongan Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

    ReplyDelete
  13. Kita semua orang Islam. Semua berbaik-baik diantara satu sama lain. Redha dan hati terbuka menerima apa sahaja pandangan.Tetapi biarlah pandangan itu mengikuti suara yang lebih ramai. Suara yang lebih ramai dari golongan ulama dan tidak ada pula yang bercanggah dari quran, hadsi, ijma dan qias itulah yang lebih sempurna. Menghimpunkan orang keatah kebaikan bukan kemaksiatan adalah satu yang amat disarankan.

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.