Kadangkadang, gua pelik dengan jabatan- jabatan kerajaan di Malaysia Tanah Tidak Pernah Dijajah ni. Penyebaran agama Islam disekat dengan pelbagai alasan dan keperluan tauliah umpama suatu isu yang wajib dalam Islam. Jika ada pihak yang mahu mengembangkan Ilmu Allah, mengapa disekat-sekat? Ini negara kafir atau negara Islam?
Mungkin alasan mereka, mereka gusar ajaran salah dan sesat akan dikembangkan di Malaysia Tanah Tidak Pernah Dijajah ni tetapi bukankah itu alasan yang kebudakan? Mungkin ada aduan dari mana- mana pihak yang menuduh mana-mana ilmuan/ ustaz/ ulama sesat dan menyesatkan, tetapi usahlah ditangkap dengan membuta tuli. Siasatlah dahulu. Kalau kamu yang keliru dengan ilmu, janganlah pula mengelirukan orang lain.
Yang Syiah tu, tak payah siasat pun gua sokong lu tangkap tapi ni Ahlussunnah Wal Jamaah! Manhaj Salaf!
Jakim dan Jabatan Agama Islam perlukan muka-muka baru; yang bukan sahaja bijak mentadbir tetapi beragama Islam tanpa hati seorang George Bush.
Bagaimana mahu menyampaikan ayat Rasulullah walau satu ayat jika disekat penyebarannya?
Tak pernah pula gua mendengar para Sahabah RadiAllahuanhum Ajmain memberikan tauliah pada mereka yang menimba ilmu dengan mereka. Tak pernah juga gua membaca riwayat pemberian tauliah kepada Al-Imam Syeikhul Islam As-Syafie atau Al imam Nawawi atau Al Imam Ahmad Bin Hambal? Siapa JAIS/JAINS (dalam isu Ustaz Fathul Bari dan Dr. Asri) untuk memberi tauliah? Adakah ilmu mereka setinggi Gunung Uhud? Jangan buat sang kuffar bergelek dengan gendang tari kita yang bunyinya sumbang. Mereka menarik ribuan Muslimin dan Muslimat masuk agama mereka sedangkan kita heboh dengan tauliah dan benda yang bukan-bukan.
Mungkin apa yang gua bangkitkan ini perkara lama tetapi percayalah, jika kita leka sangat dengan politik Malaysia, kita banyak tertinggal perjuangan Islam yang jatuh hukum wajib untuk kita perjuangkan.
Sedang kalian mengatakan kalian berpanas terik ketika PRU atau berpenat lelah ketika menyambut orang kenamaan di tempat kalian atau merasa "azab" pedihnya tembakan water cannon FRU atau berasak-asak memegang sepanduk mempertahankan pemimpin kalian, percayalah, kesakitan dan keperitan Batu di perut Bilal Bin Rabah r.a. berjuta lebih pedihnya azabnya dari itu semua. Itu belum kita bezakan hala tuju pengorbanan dan pernjuangan kita dengan Bilal r.a.; dah tentu berjuta batu jauh bezanya. Ini yang kita yakin sangat kita masuk syurga?
Wallahua'lam Bissawab.
No comments:
Post a Comment
Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.