Pengorbanan Seorang Ibu
------------------------------------
Ini adalah kisah be...nar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China.
Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah
seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan
dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh
seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua
tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas
belakang dan kepalanya.
Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya
melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita
tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau
bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita
itu telah meninggal dunia.
Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada
bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan
ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke
rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui
celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu.
Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, "Seorang kanak-kanak! Ada
kanak-kanak! "
Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka
memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati.
Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan
selimut berbunga di bawah mayat ibunya. Jelas sekali, wanita itu telah
berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila
rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya.
Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan
penyelamat itu menemuinya.
Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas
beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu.
Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, "Jika kamu boleh
hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." mesej ini telah
dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang
membaca mesej pasti menangis. "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat
bahawa ibu sayang kamu." Begitulah kasih sayang seorang ibu pada
anaknya!!
i luv this story
ReplyDeletehakikat nya baik sebagai kasihnya ibu....itulah islam....sorga terletak dikaki ibuuu..gambar tuu..tak berapa sahih cuma cerita tak logik..adaka seorang penyalamat yang jumpa mayat..tingalkan mayat tuu..tak logik..walaupun niat nya baik..nak bagi tau tentang kasih nya ibu...
ReplyDelete