Sudah
sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid
yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat
pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang
digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat
batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak
bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik
pembinaan piramid ini?
Akhbar
Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita
saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat
untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu
yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang
dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan
batu asalnya.
Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan
Jika
dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini
1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat
Al Quran yang berikut:
وَقَالَ
فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ
غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا
لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ
الْكَاذِبِينَ
"Dan
berkata Fir'aun: 'Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan
bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian
buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat
Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari
orang-orang pendusta."
(Al-Qasas: 38)
Para
saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia
dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka
gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di
batu yang mereka tinggalkan.
Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum
menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua
jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang
dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.
Gilles Hug (duduk kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri)
Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah "Journal of the American Ceramic Society" menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.
Lumpur
tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap
air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya
campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat
yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun
mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di
tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.
Profesor Davidovits
Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.
Sebelumnya,
seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari
jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata,
"Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang
barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat
dengan menggunakan tanah liat."
Piramid Bosnia
Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, "Piramid Matahari" dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.
Gambar
di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah
dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik
Rom ataupun Firaun.
Bukti-bukti
dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan
raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam
tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran
adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan
para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.
Kita
tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah
melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah
Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu,
dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui
tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa
Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen
tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.
Ajaib,
1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas
berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen
yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.
Kenyataan
ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw
tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah
swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang
menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi
terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi
kebenaran kenabiannya di kemudian hari.
sumber: http://pemudacheh.blogspot.com/2011/09/misteri-binaan-piramid-dijawab-oleh-al.html
Salam..interesting! Mohon share di belog saya :)
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteUntuk tujuan yang elok tak payah minta izin.;)
Salam Tok Rimau
ReplyDeleteTerima kasih di atas info yang membuka minda dan mengukuhkan mukjizat Alqur'an.