5.9.11

Tiada Penjajahan maknanya Tiada Kemerdekaan kan?

Jika dibaca kenyataan di bawah, maka MUNGKIN kita telah ditipu oleh kerajaan jua. Tiada Penjajahan maknanya Tiadalah KEMERDEKAAN??????? apa perlu kemerdekaan yang tiada penjajahan? Untuk apa memerdekakan manusia yang bukan bergelar Hamba Sahaya?? Membazir je aku beli Jalur Gemilang hari tu???

"Mereka tidak pernah bekerja dengan British. Kerajaan Melayu tidak pernah menjadi jajahan British. Kerajaan Melayu dulu secara rasmi dikenali sebagai Negeri Melayu Naungan, iaitu di bawah perlindungan British, tetapi tetap diperintah oleh Raja. Kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan Raja setiap kerajaan.

Pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran, kedaulatan tetap pada Raja. Maksudnya dari segi undang-undang, British tidak pernah menjajah kerajaan Melayu, hanya Negeri-Negeri Selat yang dikenali sebagai ‘Tanah Jajahan Mahkota British.’ Pegawai British utama di Negeri-Negeri Selat dikenali sebagai gabenor, padahal kedudukan pegawai yang sama di kerajaan Melayu dikenali sebagai ‘High Commissioner’ (Pesuruhjaya Tinggi)" demikian ulasan Khoo Kay Kim menjawab persoalan polis di Bukit Kepong adalah pegawai British.

disalin dari http://anginperubahan.blogspot.com

3 comments:

  1. Johor tak pernah di jajah, cuma Sultan Johor melantik pennasihat british.Sebab tu UMNO bantah Malayan Union kerana ia menjadilkan Johor tanah jajahan mutlak British. berbeza dengan Melaka, Pulau Pinang dan Singapura, menjadi jajahan mutlak British.Semuanya di ajar dalam sejarah. Kemerdekaan Malaysia menandakan berakhirnya pentabiran British di Malaysia dan mengembalikan pentabiran Tanah Melayu kepada Rakyat Tanah Melayu dimana Raja sebagai Ketua Negara. Mat Sabu yang bodoh tak faham sejarah. Atau mungkin Mat Sabu tak pernah belajar Sejarah kerana Sekolah tak Habis

    ReplyDelete
  2. Lain mcm je "kona baring" Prof ni..

    Aduhai, patut la gred Sejarah mase gua amik SPM dulu C5 (asal credit je)

    PASAL KEKDG TU DOK PIKIR, BETUI KE IDAK SEJARAH MALAYSIA yg gua BELAJA NI?? HAHAHAHA

    ReplyDelete
  3. hehe..bodoh sgt melayu.Sampai hari ni tak reti2 nak baca game colonization nih.Wiki maksud pon dah paham.

    Yg tak sangka sampai hati kerajaan memainstremkaan pendapat ala anjing penjajah ni.Consequence nya terlalu besar sampai akan mengiktiraf semua pejuang zaman dulu spt tok janggut etc adalah penderhaka sultan.

    Sampai hati UMNO pegi sejauh tu..

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.