7.10.11

Kau hanya takut kek kau tak laku ke?

Selain dikecam menerusi twitter dan facebook, perniagaan keknya turut terjejas, apabila ada pelanggan yang menarik balik tempahan GARA-GARA kurang senang dengan komennya. {sini}


Jika redha Allah yang kau damba , sudah tentu kau tidak menceritakan perniagaan kek kau tu wahai sifulan. Apalah sangat kerugian engkau kalau nak dibandingkan dengan azab Allah? Apalah sangat impak pada perniagaan engkau itu jika dibandingkan dengan kerosakan pada Agama Islam yang telah engkau lakukan? Apalah sangat cemuhan pada mak bapak engkau jika dibandingkan dengan cemuhan engkau pada hukum Allah?


Islam agama pemaaf. Aku sendiri maafkan engkau walaupun engkau pernah memijak kepala aku jika aku tersilap tutur kata namun kemaafan aku tidak penting. Kemaafan Allah Azza Wa Jal yang engkau perlu wahai Sifulan.


Tidak bolehkah kalian menyatakan "SAYA TIDAK TAHU" jika diminta memberi komentar? 


Jika aku bersalah melabel kalian bodoh, maka maafkanlah aku. Namun itu sama sekali tidak akan mengubah kebodohan tindakan kalian mencemar hukum Allah Azza Wa Jal.


Celakalah orang Islam yang menghalang Hukum Allah dari dihidupkan di bumi ini. 


Semoga Allah masih berlembut dengan Malaysia.

2 comments:

  1. kita yang membaca komennya pun geleng kepala.tak ada ilmu tapi nak juga nampak mcm pandai :-) byk org mcm ni sekarang.bila dah 'kena batang idung' baru nak menyesal.sudah tu relate kan pada kerugian duniawi pula.dia bukan kesal bg komen mcm tu.kesal sbb perniagaan terjejas.lps ni bolehla dipersalahkan reporter yg tnya soalan tu pd dia

    ReplyDelete
  2. susah nak cakap la mummy...kalau sifulan A insaf, esok akan ada pula klon dia..

    icha 3 tahun dah pi sekolah ekk? tomei anak mummy tu..

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.