2.11.11

Blogger Berbaris Panjang Menuju Neraka

Dahulu, aku menulis kerana aku ada pandangan yang berbeza dengan parti pembangkang dan kerajaan mutakhir. Aku menulis ikut hati; terkadang emosi dan terkadang tampak tenang. Ramai blogger tersohor di Malaysia adalah seekor anak kucing ketika saat awal aku menulis. Magis sungguh tarikh aku bermula menulis sama dengan tarikh Tun Mahathir mula menulis (semoga beliau bertaubat). Aku tidak hairan langsung dengan populariti apatahlagi rating. Jujur aku katakan, aku agak gembira apabila alam blog dan internet telah membawa aku mengenali Islam. Alhamdulillah. Ahh..itu bukan perkara pokoknya.

Kebelakangan ini, aku melihat senario penulisan sosio-politik di Malaysia hanya menabur fitnah dan pendustaan; jika tidak pun kebanyakannya bersama-sama berkongsi dalam menyebar aib dan keburukan pihak lawan.

Sebab itu aku memilih untuk tidak berpihak. Aku melihat, kedua-dua pihak dalam keadaan rosak dan merosakkan. Jika ada baik, ia amat kurang.

Kaedah blogger sosio-politik Malaysia seakan mudah, Aku formulakan ia seperti dibawah disamping aku versus kan dengan kefahaman agama mereka:

Blogger di Malaysia amat berbangga jika dapat mendedahkan aib tetapi aku percaya mereka sedar membuka aib saudara seIslam itu dimurkai Allah.

Blogger di Malaysia amat berbangga jika dapat menghina hukum Allah jika hukum itu sendiri tidak disokong pemimpin "Agung" mereka tetapi aku percaya mereka sedar bahawa membelakangkan hukum Allah itu dimurkai Allah.

Blogger di Malaysia amat berbangga jika dapat mencari nas/dalil yang menyebelahi parti mereka (walaupun ia bukanlah tafsiran yang tepat) tetapi aku percaya mereka sedar menjual ayat Allah Azza Wa Jalla dan RasulNya itu dimurkai Allah.

Blogger di Malaysia amat berbangga jika dapat mencipta perkataan- perkataan popular walaupun yang dihina itu adalah kalimah Allahu Akbar (Takbir) tetapi aku percaya mereka tahu berzikir itu disukai Allah.

Blogger di Malaysia amat berbangga jika dapat menelanjangkan saudara seIslam di hadapan Sang Kuffar tetapi aku percaya mereka sedar perbuatan itu dimurkai Allah.

Pernahkah mereka terfikir bahawa tulisan, video ataupun apa sahaja bahan yang dimurkai Allah yang berada di layar blog mereka akan MENJADI  BEBAN YANG AKAN MEMBUAT MEREKA DIAZAB? Tidakkah mereka tahu sebagai insan, mereka wajib untuk mati sebelum bertemu Allah SWT?


Jika mereka tahu itu semua dan masih meneruskan, bersedia untuk beratur bersama ahli neraka untuk dihumban ke neraka!


Aku mahu kembangkan penulisan ini.


Bayangkan, jika ada dua pihak yang bertelagah dan membidas antara satu sama lain, sudah tentu ada pihak yang benar dan pihak yang dusta. Sebagai contoh, video seks, kemungkinan yang pasti adalah :


Jika ia benar - pasti ada insan berada dalam kategori sebagai mendedahkan aib saudara seIslamnya sendiri.
Jika ia palsu - pasti ada insan berada dalam kategori menabur fitnah.


Kalau bercakap hal dosa, itu sungguh berat untuk ditanggung mereka. Bertaubatlah (doa ini juga untuk diriku).


Aku ada membaca tentang keluhan blogger yang berada di pihak kerajaan. Mereka bicara hal perjuangan. Yang menulis hal ini mengaku masuk UMNO sejak 2009.


Kalau aku masih seperti dahulu, pasti aku akan menulis "PERJUANGAN ABAH KAU. KAU TAHU KE TIDAK ERTI BERJUANG?"

Namun aku bukan lagi seperti itu. Aku pasti menulis sebegini "jika kau meletakkan harapan pada manusia yang juga tidak tahu nasibnya di esok hari , pastilah engkau kecewa. LETAKLAH TAWAKKAL DAN HARAPAN PADA ALLAH AZZA WA JALLA"






3 comments:

  1. Mohon Link Tuan
    http://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. ORANG ISLAM ITU IALAH ORANG YANG TIDAK MENYAKITI ORANG LAIN DENGAN LISAN DAN TANGANNYA...DAN ORANG YANG BERHIJRAH ITU IALAH ORANG YANG MENINGALKAN APA YANG DI TEGAH OLEH ALLAH >>>>>http://youtu.be/SDNt0W1WmGE

    ReplyDelete
  3. "Magis sungguh tarikh aku bermula menulis sama dengan tarikh Tun Mahathir mula menulis (semoga beliau bertaubat)"

    Macam mana ko tahu Tun tak bertaubat??? Ko dah bertaubat? macam mana aku nak tahu ko dah bertaubat??

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.