22.11.11

Timnas Indon dimamposkan!

Sakit hati aku bila penyokong timnas Indonesia (aku suka perkataan "timnas"..ia agak kenusantaraan) memekak apabila lagu Negaraku berkumandang.

Peduli apa aku jika lagu itu senada dengan lagu lain? Itulah lagu yang aku berdiri tegak selama 11 tahun ketika zaman persekolahan..tidak dicampur dengan pra-sekolah di Tabika KEMAS. Aku marah dan marah aku bertambah ketika minit ke-5.

Sekarang, aku gembira kerana aku merasakan timnas Malaysia seakan - akan sudah menerajang sorang-sorang penyokong timnas Indon.

Akhir qalam, Syabas dan aku merasakan gambar dibawah dapat menterjemah kegembiraan aku dikala ini.


Berdarah kau kepala Garuda tu..;)

4 comments:

  1. Mereka sangat keterlaluan, walaupun terhadap jiran sebaik Malaysia. Kalau Singapore kena macam tu, siap la, bukan setakat AFC, FIFA, silap2 putus hubungan diplomatik.

    ReplyDelete
  2. Salam anakku Harimau cyber yang masih menaip,

    Apa khabar papa Qaseh? Memang SAKIT HATI tak terhahan bila mereka tak hormat langsung NEGARAku dan apa sahaja Malaysia. Kita tak pernah hina negara mereka begitu.

    Tapi yang lebih sedihnya ialah bila ada segelintir amat kecil rakyat Malaysia sendiri dengan senang lenangnya memburukkan Tanah air mereka di Indonesia. Betapalah buruknya Akhlaq sebegini!!!

    Mak Cik baru blogging setelah lama cuti kerana siapkan thesis. Mak Cik bimbang tak dapat in contact dengan kamu kalau tak blogging.

    Selamat Menyambut Hijrah 1433, semuga tahun ini lebih dapat kita menfaatkan untuk kebaikan diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan negara, Amin!

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.