Di akhir penulisan, akan aku terangkan mengapa tajuknya begitu.
Dari perspektif aku, Nga Kor Ming sudah masuk jerat. Syarikat dimana isterinya menjadi Pengarah telah dilantik menjadi penjahit Lounge Suit walaupun dalam Keputusan Tender, harga mereka paling mahal.(rujuk Cucu Tok Selampit). Bagi aku, jika harga tawaran tender syarikat tersebut paling murah atau kedua termurah, ia bukannya hal besar.
Perkara ini bukan baru di dalam pekung PBT. Seperti di NS, ada Majlis Daerahnya pernah melantik kontraktor dari SELANGOR (dan mengabaikan kontraktor Negeri Sembilan) walaupun harga mereka antara yang paling mahal. Secara purata, kontraktor NS menawarkan harga +-178-188k bagi kerja di Lampu Jalan namun kontraktor Selangor tersebut memenangi sebutharga dengan harga +-194k. Mengapa ia tidak pernah dipertikaikan? Aku ada beberapa kes yang boleh menjadi rujukan namun aku memilih untuk tidak berlebihan dalam hal ini. Bagi aku, terdapat tangan-tangan ghaib yang memainkan peranan sebagi tok dalang. Siapa? Aku tidak tahu.
Aku secara peribadi menyelar apa jua penyelewengan dari mana-mana individu yang memegang kuasa.
Jika Shahrizat Jalil diminta letak jawatan kerana syarikat suaminya, mengapa tidak pada Nga Kor Ming?
Jika blogger Pakatan Rakyat tidak menyelar atau mendesak Nga Kor Ming meletak jawatan, maka mereka sama dengan Papagomo dan Parpukari yang menjadi penyokong kuat UMNO tidak kira betul atau salah. Mengelirukan bukan? Blogger pro-UMNO dan pro-PR memang sama dari segi mempertahankan pemimpin masing-masing namun amatlah malang jika mereka juga SAMA dalam menutup kebathilan dan kezaliman.
Dan, jika perkembangannya begitu, rakyat sudah boleh mulai khuatir kerana tiada perbezaannya antara BN dan Pakatan Rakyat. Akhirnya, hendak undi siapa?
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment
Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.