15.12.11

Semoga Tun Mahathir Bertaubat


Pentingnya Sunnah Nabi Muhammad Saw

Sumber: blog Kereta Buruk 21

HHRS 2.0 - Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petang mu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu. Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! '(Riwayat Tarmidzi)

Dari Ibnu Abbas ra. bahawa Nabi SAW yang berkata: "Sesiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbezaan, iaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahawa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerosakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahawa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Nuffnang Ads

Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku.

Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah ra dari Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga.

Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku. Diterjemah dari fiqhislam/ al-hasanah


NOTE: Baca pada bahagian yang di bulatkan di bawah




2 comments:

  1. Salam Bro;

    Mahatet nih tak kenal "Nur Muhammad". Sebab tu dia melalut. Dia baca Kitab Lord Reid, tak baca Al-Quran maka tak dapat bezakan siapa "AKU" dan siapa "KAMI".

    Nauzubillah....!!!!

    ReplyDelete
  2. Saya rasa dia cakap dalam nada menyindir. Cuba baca perenggan berikutnya. Dia nak cakap yang budaya tak mengenang budi tu tak baik.

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.