Aku berkira-kira untuk menulis perihal isu Ustaz Azhar Idrus dan tuduhan beliau terhadap ILMU . Aku kasihan kepada Ustaz Azhar Idrus. Beliau lemas dalam populariti dan akhirnya tidak menggunakan hujah untuk mempertahankan kata-kata yang pernah beliau sebut dalam ceramahnya.
Aku memerhatikan isu ini sejak dari ia belum menjadi "kudis". Sekarang, ketidakmatangan khalayak peminat Ustaz Azhar Idrus yang membawa semangat partisan dalam isu ini membuatkan api menjadi marak. Timbul pula ugut- mengugut dan mendedahkan latar belakang Abu Aqif bagi manmbah kecelaruan. Cukup. Ia perlu dihentikan.
Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Fathul Bari adalah 2 tokoh penting dalam isu ini. Abu Aqif adalah pendesak yang berpihak kepada Ustaz Fathul Bari dan ILMU.
Isu ini berputik apabila Malaysia di takut-takutkan dengan isu Wahabi. Namun, bagi mereka yang mengkaji melalui pembacaan dan melalui kuliah-kuliah ilmuan salaf yang belajar di Jordan, Madinah dan lain-lain, menerangkan bahawa isu itu tidaklah sebagaimana yang diwar-warkan. Aku rasa, aku sentuh ia sampai disitu sahaja.
Kemudian, ia dilebarkan dengan perbezaan pendapat dan tafsiran ilmu fiqh dan pemahaman Al Quran dan hadith. Ditambah pula dengan pemahaman Salafussoleh yang diangkat oleh ilmuan Manhaj Salaf yang banyak menerangkan kesalahfahaman umat Islam di Malaysia tentang perkara Bida'ah, Ibadah, Tahyul, Khurafat dan banyak lagi.
Ia mengundang ketidaksenangan pada banyak ilmuan pondok, sufi dan tareqat. Walhal apa yang dibentangkan oleh ilmuan Salaf adalah berlandaskan hujah dan pemahaman Salafussoleh tentang Islam.
Bermula dari ini, maka beranak- pinaklah perselisihan pandangan. Jika ia diselesaikan dengan berforum dan majlis ilmu, maka ia tidak akan menjadi sebegini parah. Islam adalah agama yang tertegak dengan hujah. Bukan dengan "rasa-rasa" dan "dengar cakap".
Ustaz Fathul Bari, Dr. Asri, Ustaz Halim Hasan, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Rasul Dahri dan ramai lagi adalah tetap manusia yang cakap mereka boleh ditolak atau diterima. Mereka tetap manusia seperti kita yang tidak lepas melakukan kesalahan dan dosa. Yang paling utama, kita perlu kembali kepada ajaran Islam seperti pemahaman Rasulullah SAW dan para Sahabah radiallahuanhum Ajmain (dan para tabi'in). Kita kena berhujah dengan asas QolALLAH dan QolaRasulillah.
Maka, aku ada mencadangkan penyelesaian kepada Abu Aqif dan mahu aku kongsikan bersama.
Bismillahirrahmanirrahim.
Dari Hamba Allah bernama **************** kepada Abu Aqif. Assalamualaikum.
Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian Alam. Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga Baginda, para Sahabah radiallahuanhum ajmain, para tabi'in dan tabi' tabi'in rahimahullahutaala.
Saya sudah mengikuti permasalahan UAI dan pengikutnya yang mencampuradukkan politik dalam isu ini. Bagi saya, ia kurang enak dan baik. Saya bersetuju dengan Abu Aqif dan tidak bersetuju dengan UAI.
Namun, Abu Aqif juga perlu mengendurkan kecenderungan politik dalam dakwah. Ia kerana manfaatnya menjadi terhad dan qalam ilmuan manhaj salaf menjadi terkonkong dan tidak menyeluruh. Saya ambil sikap merdeka minda dalam hal ini.
Bukannya saya mahu menidakkan kewajiban mendahulukan agama Islam dalam apa jua hal termasuk politik, cuma dari segi politik partisan, Malaysia belumlah matang.
Jika politik dijadikan lencana, maka dakwah juga akan didengar oleh mereka yang memakai lencana yang sama. Amat merugikan.
Dalam hal memperjuangkan kebenaran, mungkin kita perlu memikirkan kemudaratan seandainya api yang sudah marak disirami minyak petrol.
Cadangan saya, hantar sahaja surat rasmi memohon forum kepada UAI, Surat boleh jadi dari pihak Tuan dan Dr. Asri boleh menjadi moderator. panel adalah UAI, UFB dan seorang yang agak neutral. Mungkin saya boleh cadangkan Ustaz Kazim; memandangkan Ustaz Kazim pernah sepentas dengan UAI. Atau UAI cadangkan satu nama dan masukkan Ustaz Rasul Dahri sebagai panel keempat memandangkan beliau juga pernah menjadi bahan ceramah UAI.
Itu yang terbaik kerana saya lihat di blog Aduka Taruna, UAI seperti berdendam dengan ILMU dan Abu Aqif.
Soalan saya, video pendedahan "siapa Abu Aqif" oleh mereka, betul ke tu bang? Usah takutlah. Berani diorang nak sentuh.
Wallahua'lam.
Bukanlah kerana aku berat sebelah terhadap Ustaz Azhar Idrus (UAI) tetapi beliau seumpama tidak mahu berdepan dengan berhujah dan menggunakan pentas populariti untuk menyerang.
Bukan niat aku untuk menambah kecelaruan tetapi aku bermaksud untuk menghentikan kemudaratan terhadap ilmu dan Agama Islam.
Aku berusaha untuk tidak berpihak tetapi kerana terlalu mengikuti permasalahan ini, mahu tidak mahu, aku berpihak juga. Maaf buat UAI dan penyokongnya.
Akhir qalam, Agama Islam bukan milik bapak aku atau bapak engkau, ia adalah Agama Allah dan Rasulnya. Maka, jangan sempitkan Agama Islam ini dengan pemikiran sempit dan kotor. Usah halalkan sebarang fitnah dan tuduhan tanpa asas walaupun ia datang dari mulut seorang yang kamu sayang. Sesungguhnya, kasih sayang pada Rasulullah SAW wajib melebihi kecintaan kita pada abah, ibu dan adik beradik.
Berlapang dada untuk menerima teguran. Jika kamu tegur aku atas nama Islam, Demi Allah dan RasulNya, aku tidak akan memadamkan komentar kalian.
Wallahua'lam.
Harimau x leh lah perasan sangat setuju itu x setuju ini. Semua telah jelas melaui ulamamak-olamak. Pendapat depa yang dipakai bukan pendapat hamgpa
ReplyDeleteAnonymous, setakat bagi pandangan takde hujah, aku ucap Assalamualaikum. Kau senaraikan aku ulamak yang kau maksudkan bro. Walaubagaimanapun, terima kasih atas komen itu.
ReplyDeleteTuan Rimau,masalah yang utama adalah puak2 yang ngaku salafi nia dalah pengikut anak2 wahab yang nyata mengatakan tuhan tu berjisim dan ada tangan etc. pauk2 wahabi dokongan binbaz albani dan si zalim saud ni dengan mudah mengkapirkan orang lain yang tidak sehalu dengan ajaran anak wahab,,, tapi siapakan anak wahab nie, kenapa ajaran anak wahab ni ngaku dia slafi dan meyesatkanulama2 muktabar dulu2, kenapa keluarga saud dan anak wahab ni begitu setia,,,, sejarah telah berlaku dan sedia untuk dibaca dan difahami, aku berlapang dada berlepas dari ajaran anak wahab setelah aku mengkaji siapa itu anak wahab dan kezaliaman pengikut anak wahab terhadap mereka yang tidak bersetuju denganya.terbentuknya dinasti Saud di tanah arab? saper tu saud?
ReplyDeleteSahabat,Allah ada menerang sifatnya dlm Ayatul Kursi, itu ayat Allah dan klu Allah menyifatkan ia bertangan kt wajib percaya tetapi jgn samakan tangan Allah sama dgn tgn kt kerana sesungguhnyer tgn pencipta tdk sama dgn tgn yg dicipt, jgn menafsir ayat Allah dgn akal kt yg sgt cetek ni tp dgn dalil. Jgn kt jd org yg menafikan dan mendustakan ayat Allah....Nauzzubillah...
Deletesemak balik ayatul kursi dan Allah ada menjelaskan sifatnye. Allah ada menerangkan dia bertangan dan bersemayam diatas arsy. tp jgn kt sama kan tgn Allah dgn tgn makhluk kerana tgn pencipta takkan sama dgn tgn yg dicipta. Adakah kt nak menafikan ayat Allah. saudara jgn menafsir ayat Allah dgn akal kt yg sgt cetek ni tp dgn dalil dan nas yg sahih.
DeleteAnonymous,
ReplyDeleteKasihan. Anta dengar cerita siapa ni? Namun, terima kasih kerana memberi pandangan.
Bertanya untuk consolidasi, yang di sebut manhaj salaf ni pengikut salaf
ReplyDeletemana (Siapa)? era mana?
Akidah 3 serangkai pegangan manhaj salaf ni pastinya bukan dari Rasulullah !Dari mana? Ibnu Taimiyah kah atau Muhammad Abdil Wahab atau dari Golongan Mujassimah Hanabilah?
Apakah hubungan Muhammad Abdil Wahab dengan Muhammad bin Saud dan tokoh Mr. Hampher.
Bagaimana peristiwa pengepongan kota Mekah oleh kaum Wahhabiyun dahulu?
Mengapa Qadhi Sheikh Abdul Wahab, Sheikh Sulaiman Abdil Wahab(Abg MAW) dan guru2 Muhammad Abdil Wahab menolak dan menyesatkan Muhammad Abdil Wahab?
Bagaimana pula keadaannya Muhammad Abdil Wahhab mengkafirkan Ulama2 (termasuk guru2nya) 500 tahun selepas Ibnu Taimiyah.
Siapa dia dan kaitannya dengan keluarga Muhammad Abdil Wahhab iaitu Shulman @ Sulaiman yang berasal dari Bursa, Turki kemudian menetap di Damsyiq tetapi setelah itu dihalau kerana mengamalkan ilmu sihir. Dia melarikan diri ke Mesir tetapi telah menerima kutukan dan penghinaan disana kerana ilmu sihirnya langsung ke bumi Hijaz dan berkahwin serta menjadi bapa kepada Abdul Wahhab.
Apakah hubungan atau kaitan Mordechai atau Markhan bin Ibrahim bin Mushi dengan keluarga Saud?
Adakah benar pada tahun 1943 Duta Saudi di Mesir iaitu Abdullah bin Ibrahim al-Mufaddal mengupah Muhammad Al-Tamimi sebanyak 35 ribu Jinee supaya mengubah dan memalsukan salisilah nasab keturunan keluarga Saud sambil menyatukan keluarga Saud dan Keluarga Wahhab dalam nasab serta menghubungkan /mengklaimkan bahawa punca nasab adalah dari Rasulullah saw.
Apakah pula kaitan Yahudi Donmeh dengan asal usul puak Saud dan Wahhabi?
Harap dapatlah kiranya tuan Harimau
memberikan jawaban kepada persoalan
saya diatas supaya dapat memantapkan pemahaman saya.
Ciut Tok Lubok,
ReplyDeleteSalaf (bahasa Arab: السلف الصلح Salaf aṣ-Ṣāliḥ) adalah generasi pertama dari kalangan sahabat dan tabi'in (dua generasi pasca sahabat) yang berada di atas fitrah (dien/agama) yang selamat dan bersih dengan wahyu Allah. Yang kemudian dijadikan sebagai salah satu aliran dalam agama Islam yang mengajarkan syariat Islam secara murni tanpa adanya tambahan dan pengurangan. Seseorang yang mengikuti aliran ini disebut Salafy (as-Salafy), jamaknya adalah Salafiyyun (as-Salafiyyun).[1]
Para Salafy beranggapan bahwa, jika seseorang melakukan suatu perbuatan tanpa adanya ketetapan dari Allah dan rasul-Nya, bisa dikatakan sebagai perbuatan bid'ah.
SIAPAKAH SALAFY? 1) Siapakah Salafush Sholeh? • Secara sederhana dapat diartikan sebagai “orang-orang shalih terdahulu.” • Secara terminologi bahasa arab bermakna: Siapa saja yang telah mendahuluimu dari nenek moyang dan karib kerabat, yang mereka itu di atasmu dalam hal usia dan keutamaan." (Lisanul Arab, karya Ibnu Mandhur 7/234). • Secara terminologi syariat bermakna: Para imam terdahulu yang hidup pada tiga abad pertama Islam, dari para shahabat Rasulullah shallallahu `Alaihi Wasallam, tabi'in (murid-murid shahabat) dan tabi'ut tabi'in (murid-murid tabi'in)". (Manhajul Imam As Syafi'i fii Itsbatil `Aqidah). Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sebaik-baik manusia adalah generasiku, kemudian generasi sesudahnya kemudian generasi sesudahnya lagi.” (HR. Ahmad, Ibnu Abi ‘Ashim, Bukhari dan Tirmidzi). • Salaf juga bukan istilah baru karena sudah diketahui oleh para sahabat dari sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam kpd putri Fathimah Radhiyallahu ‘anha, yang artinya: ”Sesungguh sebaik-baik salaf (pendahulu) bagimu ialah aku” [Hadits Shahih Riwayat Muslim No. 2450]
sumber: wikipedia
Yang lain tu, maaf. Saya tidak tahu.
siapakah kita nak mempertikaikan semua itu.... buat saja apa suruhan Allah tinggalkan apa laranganNya. bekenaan fahaman, Mazhab serta ikutan no komen.... Siapa diri kita nak membenci dan menyalahkan org lain.... sedangkan Allah tak pernah pun membenci Hamba2Nya...... Semua yang terjadi ini hanyalah angkara Iblis Laknatullah yang sesat lagi menyesatkan........ jgnlah kita menjadi teman2 kepada Iblis ini......
ReplyDeletesye ske tgk entri2 sebegini...hehehe ada sesuatu xkne...pernah dgr prof. syed naquib al-attas? pernah dgr islam sekular? pernah dgr kerosakan ilmu dlm zaman akhir zaman ni...sme je bro...klu nak sgt pham bce lah karya mreke ni...dan susur galur murid prof ni...skadar berkongsi...
ReplyDeleteAssalamualaikum. Dr Asri adalah ilmuan yg saya hormati. Ustaz Azhar adalah penceramah popular yg berusaha memudahkan dakwah dan menarik seramai mungkin anak2 muda. ustaz Fathul Bari pula ulamak muda yg ber prinsip taat kepada pemerintah. Ketiga-tiganya sangat popular ketika ini. Dr asri akan menegur semua pihak yg dirasakn perlu ditegur kerana beliau merasakan ini adalah kewajipan yg tertanggung kepada orang berilmu. tetapi sy belum dengar lagi Ustaz Azhar menegur PAS atau Ustaz Fathul Bari menegur UMNO. Dr Asri dikritik PAS tetapi ramai ulamak dan pemimpin PAS yg hormat pada beliau. Beliau kurang disenangi pemimpin UMNO tetapi sangat disayngi dan mempunyai ramai kenalan dalam UMNO. beliau dihina Ustaz azhar sebagai dajjal namun beliau membela ustaz azhar dengan mengkritik abu aqif dari terus menfitnah ustaz azhar. beliau dikritik ustaz fathul bari namun beliau pernah se-forum dengan beliau. KHILAF adalah rahmat bukan bala. itu menunjukkan penambahbaikan berlaku seiiring dengan perubahan zaman namun, Dr Asri membentengkan nya dengan hujah Quran, Hadis sahih dan ijmak yg kuat. Supaya tidak lari Islam yg diamalkan oleh Rasullah dan sahabat. Beliau dikatakan wahabi bukan kerana x baca qunut pada waktu subuh tetapi kerana menegur bidaah dan amalan2 yg menjadi kebiasaan masyarakat kita hari ini khususnya dalam adat melayu. Buka lah fikiran anda, buangkan kecenderungan menyokong individu atau pencermaha tertentu dan nilaikan pendapat orang lain se adilnya. Semoga Allah merahmati kita dengan rahmatnya. Amin
ReplyDeleteUFB ada juga menasihati kepimpinan UMNO tetapi lebih megutamakan dgn cara yg lebih sopan, tidak mengkritik didepan khalayak ramai hingga menjatuhkan air muka. Maklum je lah kalau depan org ramai kerana mereka akan ulas tak henti henti dgn ungkapan popular " padan muka " olih pihak lawan.
Deletesy bersetuju dgn saudara not now. kerana cara kt menegur seseorg itu melambangkan kebijaksanaan dlm memegang agama Allah. Islam tdk mengalakkan cemuhan dan tuduhan dan mengkafirkan org lain kerana
ReplyDeleteitu hak Allah semata. sy ingin mengingatkan kepada sahabat2 sekalian, apabila kt mengatakan kt umat Rasullullah maka kt kene ikt keseluruhannye yg dtg dr Rasullullah. jika nabi tdk lakukan jgn la kt buat dan jgn kt bnda baik apa salah nyer kt buat. sgt salah pandangan begini kerana seolah olah kt mengatakan ape yg nabi kt bawa tdk cukup baik,cara kt lah lbh baik sbb ada lebih dlm ibadah. Ingat la nabi ada pesan sblm wafatnyer. Aku
telah sempurnakan agama Allah ini. Makna nya agama kt ini telah sempurna dan tak perlu tokok tambah,kira nyer ada tokok tambah seperti kt menghina nabi kt sendiri. Waspada lah.
semak otak je.. pergi mam la
ReplyDeleteTak payah cbuk nak tumpang popularity Uai, masing-masing ada cara sndiri berdakwah, cara Uai masuk deign otak gua, so tak payah nak bising2, Kalo cara Ufb gua ucap adios...buat semak Kepala dan kutu gua jer, sepatutnya Ufb Dan gang pi kursus cara dakwah Uai baru la anak muda boleh masuk...ni bising tak tentu pasal jer....macam bagus
ReplyDeleteUAI pernah kata kalau seorang tu dah bertaubat usahlah diungkit kisah silamnya yg mungkin hitam sbb kisah silam UAI tak lah secerah mana pun. Apa yg disampaikan olih UAI tu betl tapi yg tak faham ialah pengikut UAI. Dok gi korek kisah silam mereka yg tak sebulu dgn UAI, lebih tepat lagi tak sebulu dgn PAS. Mendengar kuliah UAI, soal jawab ugama, memang tak ngantuk bila UAI selitkan contoh yg mencuit hati. Tapi hilang minat bila dengar ceramah. Kuliah agama dan ceramah dua hal yg bebeza. Kalau kuliah agama yg tak bekait politik semua org suka dengar, bila dah sentuh politik satu jemaah je yg suka, jadi rugilah. Adalah lebih bagus kalau smua jemaah suka.
ReplyDeletemaacam mana ni kata ikut quran ,sunnah dan salafussoleh tapi guna sumber WIKIPEDIA!sumber yg x ada autoriti dalam Islam!
ReplyDeleteDua isu yg jadi punca beza fahaman ;
ReplyDelete1. Tafsir ayat ayat dan hadis yg dianggap merujuk Zat Allah.
Satu golongan memahamkan secara literal dgn makna zahirnya, tetapi menafikan kesamaannya dgn makhluk. Spt dikatakan duduk tp dudukNya tak sama dgn duduk makhluk, bertgn berjari tp tak sama dgn tgn dan jari makhluk, begitu juga berwajah tp tak sama dgn wajah makhluk. Pemahaman sebegini dikatakan atau dituduhkan sbg mujassimah musabbihah yg tak jelas.
Golongan yg satu lagi menolak tafsiran dan pemahaman secara literal ini, menganggapnya adalah ungkapan ungkapan kiasan dan menafsir serta menakwilnya dgn takwilan takwilan dan tafsiran tafsiran yg dianggap sesuai, kerana jika ayat ayat dan hadis hadis berkenaan merujuk Zat Allah swt, ianya di luar kemampuan kita memikirkanNya dan telah pun ada larangan dr Rasullullah saw utk kita memikirkanNya apatah lagi membahas atau memperkatakanNya. Golongan ini dituduh sbg ahli kalam yg mengguna logik akal sedang golongan pertama menolak logik akal dlm isu akidah.
2. Isu kedua, isu bid'ah. Golongan pertama menganggap semua bid'ah adalah sesat dan menolak adanya bid'ah hasanah. Golongan yg satu lagi mengiktiraf adanya bid'ah hasanah.
Bahasan kedua isu di atas panjang lebar dr kedua dua pihak.
Yg penting jgn mudah mudah menuduh sesat kufur syirik golongan yg tak sependapat dgn kita, masing masing ada hujahnya masing masing. Yg mana jadi pegangan kita, bukalah minda fikir dgn matang. Di Akhirat masing masing bertanggungjawab dgn amalan dan pegangan masing masing. Jawab sendiri sendiri.