18.7.12

Tidak HARAM Menjatuhkan Kerajaan Sewaktu Pilihanraya


Fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi harus difahami dalam konteks yang bijak. Usah beri ruang untuk akal kita dibodohkan oleh sesiapa kerana Islam mahu umatnya bijak dalam menempuh kehidupan di dunia.

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan adalah haram bagi umat Islam menyokong kumpulan yang berniat atau bertindak mahu menjatuhkan sesebuah kerajaan negara Islam walaupun dalam kepimpinan itu didapati berlaku kesalahan melibatkan hukum syarak.

Kata beliau, ia kerana tindakan menjatuhkan kerajaan negara Islam itu adalah tidak dibenarkan agama, apatah lagi jika umat Islam tersebut mahu menggantikan dengan pemerintahan yang boleh mendatangkan bahaya lebih besar. (di sini)

Sewaktu Pilihanraya, semua harus maklum bahawa TIADA kerajaan ketika itu. Maka tiada istilah menjatuhkan kerajaan. Pembubaran Parlimen dilaksanakan dan tiada Perdana Menteri pun ketika itu. Jika ada pihak yang boleh dinisbahkan sebagai Ulil Amri, sudah tentulah ia adalah Raja-raja Melayu, Yang DiPertuan Agong dan Suruhanjaya Pilihanraya.
 
Namun, seandainya "menjatuhkan kerajaan" itu dilakukan sekarang, sewaktu keamanan dan perpaduan sedang dikecapi, maka ia Haram.

Janganlah kita mudah untuk dibaghalkan dengan berita sedemikian. Fatwa itu adalah ijtihad ulama. Seandainya kamu mendengar hujah yang kamu rasakan kuat dan sohih sumbernya, maka kamu mempunyai ruang untuk mengikut fatwa yang lain. Itulah keluasan Islam. Namun dari sudut ini, Fatwa Dr. Sulaiman Saloomi adalah Fatwa yang dipersetujui ramai Ulama muktabar. Banyak juga hadith-hadith ini dinukilkan dalam kitab Riyadhus Solihin tulisan Imam Nawawi rahimahullah.

Namun, dalam hal ini, saya bersetuju dengan fatwa Dr. Sulaiman Saloomi cuma ia wajar difahami mengikut teks dan konteks semasa.

2 comments:

  1. adakah kerajaan skrg memperjuangkan islam segigihnya?

    ReplyDelete
  2. kalau dah kera-jaan yg ada ni tak nak kpd syariat Islam walaupun namanya macam Islam dan yg bakal dipilih itu jelas memperjuangkan syariat Islam... takkan tak boleh jatuhkan jugak kera-jaan yg taghut tuh... bukannya jatuhkan yg Islam dan naikkan yg kafir... ini hijrah dari yg tak baik kepada yg lebih baik... itu yg Islam suruh... kenalah faham maksud "aman" tu... bukan aman dgn berbuat maksiat dan mempersenda hukum Islam... kalau dah pemimpin pun kaki songlap, kaki betina, kaki botol, kaki rasuah, kaki fitnah, kaki penipu... nak pilih lagi buat apa. Sedangkan yg bakal menggantikan tu jauuuuuuuhhhhh lebih aula...

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.