5.8.12

Siri Tanah Kubur memualkan

Aku cukup menyampah tengok Rancangan Tanah Kubur. Mati muka macam beruk la, muka berdarah la, kudis la...Ini pembohongan !

Malu la jika sang kuffar berkata "teruk kalau macam ni, kami kafir pun tak mati teruk macam ni".

Abu Lahab, Abu Jahal..tidak pula mati sebegitu! Benar, Allah Maha Berkuasa. Namun, gunalah akal untuk menzahirkan agama ini. Adakah benda sebegitu menambah iman kamu? Tidak cukupkah alam yang luas ini untuk membuatkan kamu beriman hingga perlukan pembohongan untuk menjadi takut kepada Allah? Ittaqullah!

Kisah dibawah, seribu lebih baik dari siri Tanah Kubur!

disalin dari sumber secondary: Mountdweller


Gambar Janin Berumur 15 Minggu 

Yang Hidup Sampai Sekarang

Hanover, Jerman – Gambar yang anda lihat di atas adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru saja 15 minggu. Janin kecil dan merah itu mempunyai berat 10 ons dengan panjang 10,2 inchi, janin itu kemudian diberi nama Kimberly Mueller.
Setelah dilahirkan janin ini dipeluk oleh ibunya kemudian sebelum akhirnya dibawa pergi oleh para ahli yang bekerja tambahan dengan keras untuk menyelamatkannya. Ayahnya hanya sempat membisikkan ke telinga sang janin “Kimberly, you can do it baby”
 Harapan hidupnya cuma 1 banding 1,000. Bahkan seorang Doktor pakar jantung kelas dunia yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus berjuang dalam dengan liku-likunya untuk terus hidup.
Selepas para doktor dan pakar berusaha keras dan memantau perkembangan bayi ini selama 24 jam, akhirnya ketika janin ini berusia 6 bulan, ianya telah mendapat perlepasan untuk untuk dibawa pulang oleh kedua ibubapanya dan menjalani kehidupan seperti bayi normal yang lain

2 comments:

  1. A'kum Tok Rimau

    Nampaknya kebelakangan ini Tok Rimau sibuk agaknya.... jarang update blog.

    Lama juga saya tak ziarah ke sini. Doakan Tok Rimau dan keluarga di dalam rahmat Allah terutama di bulan yang mulia ini. Insya Allah.

    Benar akhir-akhir ini banyak sangat cerita yang merapu bertujuan mengugut supaya takutkan Allah tetapi implikasinya mereka tak fikir!

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Tuan.

    Saya setiap hari menjenguk blog Tuan. Ranking pun dasyat sekarang..;)

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.