Doa kehancuran BN? Wajarkah ia menjadi isu? Bagi aku ia amat tidak wajar menjadi isu apatahlagi menjadikan ia suatu isu besar. Dan amat tidak wajar untuk Azhar Sulaiman menulis dalam akaun laman sosialnya dengan perkataan sinis tetapi bodoh.
Ia perlu jadi isu jika PAS memohon doa dengan berhala. Ia perlu jadi isu jika PAS memohon doa dengan Trimurti. Ia perlu jadi isu jika PAS memohon doa dengan Gereja. Memohon kepada Allah azza wa jalla, apa isunya?
Mungkin BN merasakan mereka tidak pernah menzalimi PAS atau takut dengan laknat Allah; itu aku tidak tahu.
Cuma aku tahu bagaimana untuk menyelesaikan isu ini. Beri pembangkang berkempen di saluran TV kerana selama ini BN kelihatan tidak adil kepada pembangkang. Tidak adil dari segi definasi menyamai dengan kezaliman. Nah! Kan ada sekurang-kurangnya 1 kezaliman yang dilakukan BN?
Status yang ditulis Azhar Sulaiman memberi kita bukti bahawa tidak semestinya kita mempunyai ijazah luar negara dapat membuktikan kita bijak. Percayalah, status sebegitu adalah kebodohan melampau tidak kira apapun niat dia.
Menjadi ahli UMNO tidak sesekali memurtadkan sesiapa. Menjadi ahli UMNO tidak sesekali berdosa walaupun tahap peratusan rasuahnya mencapai 100%. Cuma, mungkin pandangan Ibnu Taimiyah boleh dipakai; katanya (lebih kurang) bahawa jika ada 2 elemen yang memudaratkan, pilihlah yang paling kurang memudaratkan. Aku qiyas, jika ada 2 parti yang mendokong Islam, pilihlah parti yang lebih banyak mendokong Islam.
Aku tidak mahu kempen, tetapi kalian boleh mengagak parti mana lebih wajar dari parti satu lagi kerana Islam menang bukan kerana PAS atau UMNO menang pilihanraya. Islam menang apabila keadilan ditegakkan. Pilih lah parti yang dapat memberi keadilan kepada semua pihak.
Jika membuang status Bumiputera dalam perlembagaan dapat memberikan keadilan, maka buanglah. Allah SWT akan membantu mana-mana kerajaan yang adil walaupun dipimpin oleh orang kafir dan Allah SWT tidak akan bantu kerajaan zalim walaupun kerajaan itu Islam.
Aku qiyas, seandainya kerajaan kafir yang adil memerintah, adakah status Bumiputera itu tetap ada?
assalamualakum anak cyberku yang masih mengaum dan menaip,
ReplyDeleteApa khabar Qaseh? Mesti telah besar dan bertamnbah cute..
Mak Cik dah lulus MA Alhamdulillah dan sekarang sedang tunggu pengesahan nak lanjut lagi pelajaran Dengan Izin yang ESA.
Doa PAS tu semua maklum sebut BN tapi maksudnya UMNOlah. Umum maklum betapa bencinya Nik Aziz pada UMNO. Mungkin ada fakta personal WaAllahuAlam.
Bertambah karut marut dah Politik sesama Melayu Di Malaysia. Semoga Allah swt Ampunkan dosa dosa kita semua dan kita serta negara sentiasa dalam RahmatNYA....
Waalaikumussalam Ibu..
ReplyDeleteLama betul tidak bertanya khabar.
Tahniah. Tinggi darjat Ibu....Allah mengasihi hambaNya yang berilmu...saya tumpang gembira Bu.
Berkenaan Nik aziz, biarkanlah dia. Dia mungkin salah dan mungkin betul. Jika kita rasakan dia salah, kita doakan dia.
Wallahua'lam.
Salam Pak Belang yang masih mengaum.. tak la macam Harimau Malaya yang dah jinak, gigi pun tumpul lalu dibaham Singa selatan semalam...haha
ReplyDeleteJelas maksud Pak Belang..saya senang hati! Kita kena pilih 1 saja antara 2 tu yg lebih Islamik. Coz' cerita 'kureng', 2 2 parti pun ada here & there, so be it.
For better future, kita kena think +ves & forth baru nampak the bigger picture tanpa perlu kita angkat cerita/isu remeh2, kontemporari sebagai alasan kita untuk masih taksub/ cenderung mana2 parti!
ReplyDeleteUMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap BODOH?
2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...
~ BUKTI 1 ~
~ BUKTI 2 ~
~ BUKTI 3 ~
~ BUKTI 4 ~
apa-apa jelah...dua-dua nya pun ada salah ada betul. dua-dua tak layak menganggap mereka tu lebih baik dr yg satu lg sebab dua-duanya pun tak pernah betul.. belum masuk lg perjuangan family dr 'keadilan'. just choose one, sebab negara ni aman, semakin maju, sy pilih BN..tak rugi apapun bg sy... :-)
ReplyDeleteHarimau semangkin tumpul taringnya atau dahpun Poel?
ReplyDeleteWah berani sampai nak menendang syiah dengan kaki?
ReplyDeletesudahlah pak belang...
ReplyDeleteTinggalkan saja 'mendekati pintu2 pemerintah' atas nama menasihati mereka. Dan tinggalkan hizbiyyah, kembali menaut hubungan dengan kibarul ulama' dan cabangan mereka(asatidz) yang ditazkiyyah.
ReplyDeleteDlm dunia ad 2 pekara yg ad ..betul atau salah .menang atau kalah dn lain2 perkataan seumpama yg brlwanan ..jika nk menang hnya mngunakan doa slepas ni x pyah ad parti politik len biar sja ad pas shaja tp klau propesional gunakan otak n gunakan sistem yg dpersetujui bersama time pilihanraya undi mana yg nk db buat pilihan.
ReplyDelete