Hati meronta-ronta ingin menaip...semoga ada kebaikan darinya.
Selama memencil diri, akal umpama menjadi pasif. Namun, aku sedar bahawa pembacaan blog dari khalayak sudah jauh berbeza. Mungkin setelah dunia di lemaskan dengan aplikasi android dan iphone. Akses ke blog menjadi leceh. Baca mukabuku sudah cukup memberikan maklumat.
Mukabuku menjadi terlalu popular. Twitter juga tidak kurang masyur. Blog sudah jadi kelas kedua. Membaca blog terlalu meleweh. Berbeza dengan twitter, blog penuh dengan fitnah dan andaian. Pengesahan berita amat mudah di twitter dan mukabuku. Kedua-dua medium ini menjadi "maklumat dari punca utama".
Kenapa agaknya mahu menulis blog sedangkan ia sudah menjadi begini dan begitu? Jawapannya mudah. Aku mahu "hidup" kerana diam ibarat mati. Kuku sudah agak tajam. Musim memburu sudah tiba.
No comments:
Post a Comment
Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.