1.7.15

Hasan Malek yang dikagumi

Korang ingat dia kisah dengan apa yang kita nak cakap pada dia? Cakaplah apa saja, dia akan kekal sebagai menteri dan terus kaya dengan gaya dia.

Malam tadi, harga minyak naik...macam biasa. Bukan kita tak biasa. Saja je korang nak create issue.

Bukan sehari dua BN ni memerintah. Tak perlu marahkan YB Hasan tu. Dia tak salah. Dia memainkan watak yang ketua dia mahukan. Ingat senang nak buat kenyataan- kenyataan yang menyakitkan hati macam yang selalu dia buat? Susah ooo.

Kita nak mengaku jahil pun segan. Dia selamba buat kenyataan tahap tadika. Muka keras selamba je.

Tapi masalahnya, dia ni orang Nogoghi. Itu lah masalahnya. Kalau dia orang Kelantan atau Sarawak (sekadar petik nama negeri secara rawak), aku tak kisah de. Ini orang negeri aku ni bhai. Aduhh. Macamana lah dia boleh pengaruhi Bahagian UMNO Pilah tu agaknya. Takkan level ni je pemimpin yang ada kat Kolopilah tu?

"Kita tunggu sahaja jam 12 malam ini, lihat bagaimana"..Nampak...macam orang bangang je kenyataan dia ni. Macam tak tahu mende. Tapi itulah kelebihan dia. Esok dia masih segak dan bergaya. Kita je senyum kelat isi minyak mahal. Puiih.

Kagum...ye..kita kena kagum dengan dia..sebagaimana kita mengagumi YB Ahmad Maslan.

Nota kaki: aku tak mabuk ketika menulis. Hihi.

aku yang baju biru tu poiit

1 comment:


  1. "Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

    Saya percaya petikan di atas berdasarkan kepada kata2 Khalifah Umar Abd Aziz;“Khalifah Umar Abdul Aziz pernah ditanya pandangannya tentang Muawiyyah, lalu Umar Abdul Aziz menyatakan… debu-debu yang melekat di hidung kuda Muawiyyah yang berjihad di jalan Allah lebih mulia dari batang tubuh manusia yang bernama Umar Abdul Aziz...”

    Adakah ianya wajar untuk dijadikan sebagai suatu sumpah??? X salah untuk dijadikan sebagai rujukan dan perbincangan, tetapi rujukan sebenar sewajarnya adalah Al Quran dan Al Hadis. Memahami peribadi Khalifah Umar Abdul Aziz seorang yang zuhud dan sangat merendah diri, kita boleh faham kenyataan beliau apabila ditanyakan soalan yang membandingkan beliau dengan Muawiyyah.

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.