Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

1.7.15

PAS Lupa Untuk Mati

Parti Islam SeMalaysia (PAS) pasca muktamar yang baru lalu ternyata bukan parti PAS yang kita pernah kenali dahulu. Kalau kita bergaul dengan penyokong mereka di media sosial, angkuh mereka sudah mengalahkan penyokong UMNO dah. Mengalahkan PAS sudah terlalu kuat untuk dikalahkan.

Slogan kepimpinan ulama sebenarnya suatu penyakit yang merbahaya dan kesannya telah mulai kita lihat sekarang. Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah batang tubuh yang telah gagal merampas Terengganu dalam 2 siri PRU yang lepas. Malah, tidak nampak lagi tanda-tanda yang Terengganu bakal jatuh ke tangan PAS di PRU ke-14 nanti. Tiada. Poci. Yilek.

Tuan Ibrahim Tuan Man juga adalah contoh pemimpin yang ditolak masyarakat setempat. Dia kalah pada PRU yang lalu.

Acuan 100% ulama dalam saf kepimpinan bukanlah acuan yang terbaik.

Mokhtar Senik, bukanlah nama yang boleh memberi anjakan sokongan terhadap PAS malah status FB yang memaklumkan dia disapa Umar r.a. dalam mimpi di Kemunting (telah dia padamkan) amatlah lucu dan merepek.

Entah bagaimana dia mengetahui wajah Umar r.a., tidak pula diketahui. Hanya ada 2 jawapan mudah dalam kes itu; samada dia seorang pendusta ataupun dia ditipu syaitan didalam mimpinya.

Dengan meminggirkan golongan Progresif dalam saf kepimpinan, ia umpama mencurahkan cuka ke atas luka yang mulai bernanah.

Al-Quran mengajar kita bagaimana kriteria pemimpin yang ideal; LAYAK dan KUAT. Dalam ayat yang lain, disebut LAYAK dan AMANAH. Tidak pula Allah azza wa jalla tegaskan pemimpin wajiblah dikalangan ulama. Rujuklah kisah Abu Dzar r.a. untuk muhasabah diri.

Budaya "Chai" yang disalin tampal dari cara Pemilihan parti UMNO amatlah memalukan. Jika harapkan senarai Chai, monyet pun boleh mengundi. Tidak perlu otak dan akal.

Belum lagilah kita masukkan krisis PAS- DAP, belum lagi kita campur kisah PASMA. Secara mudah, PAS sudah menandatangani surat kematiannya, cuma PAS lupa untuk mati.

Harimau Menaip
Dar Al-Khusus
11.41 pm

babai

5 comments:

lagu tu laa said...

sebab depa ada kepala lotot ,siku dan cakar "limau"

Malaysiabaru said...

Salam Pas tu wujud lagi ker?

abuamir said...

Sokong 100% tulisan TT, janganlah kita terlalu angkuh dgn ilmu agama yg kita ada dan mendakwa kesucian diri sebagai pewaris nabi tetapi akhlak kita tak ikut nabi sedangkan akhlak nabi ikut al-quran. Ilmu tanpa amal menyebabkan lebih banyak kerosakan sebab ia boleh merosakkan & menyesatkan org awam yg jahil & taksub.

Kita seharusnya memegang akidah yg kukuh serta akhlak yg mulia sebagai org Islam sebenar. Kita semua pemimpin yg akan dipersoalkan oleh Allah SWT diakhirat nanti terhadap org yg kita pimpin.

Anonymous said...

cerita sampah

vimax asli said...

ok