26.1.09

Apa? Ada Game Lagi?

tempat landing lompat jauh


Perak bakal digegar lagi... Sepotong kek berkrimkan tahi bakal di baling ke muka-muka mereka yang pernah berkata "Setakat seorang lompat, mana ada rasa!".

Harimau setia menunggu hingga lewat petang samada benar perkhabaran yang dibawa arus elektrik komputer terus ke monitor Harimau { sini }. Nampaknya, semakin hari semakin bergelora pentas politik Tanah Melayu sambil ditonton oleh orang-orang Cina, India, Murut, Kadazan, Bajau, Banjar, Jawa dan sebagainya.

Semalam mungkin ramai yang telah bersorak dan membuat 'ombak' tetapi dengar cerita petang ini akan lebih dasyat lagi.

Tunggu!!!!

8 comments:

  1. erk..asal den sibuk je...ado je berito menggemparkan...sapo pulak lopeh ni..atau apo cito gompaq yang di gemburkan?

    ReplyDelete
  2. Salam anakku,

    Baguslah tu, alang alang Perak pun sekarang negeri PR kan?

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan,

    Tapi heran kenapa pilih nak lompat di tahun baru cina? tak boleh ka tunggu hari lain hee...???

    dari sumber terkini dikatakan ada 4 orang lagi.. entah anak sapa yang penting mereka dari parti keramat...

    ReplyDelete
  4. Salam..
    Aik? bahaya tau tempat landing lompat jauh tu..antara tu sama ada terbenam ke dalam sebab permukaan tempat landing lembut dan tersasar jauh dari landasan sebab permukaan licin..(fikirkan maksud tersirat)

    ReplyDelete
  5. Nong, memang pun saya faham..Kita macam sehati sejiwa plak..hehehe..

    Tuan Fazrul, mereka tidak faham erti " Biar lambat asalkan selamat". Tapi, lagi cepat pun ada baiknya juga...tidaklah kita ternanti-nanti..

    ReplyDelete
  6. Salam saudara harimau,

    Mungkin tiada lagi yang akan umumkan berpindah parti sehingga pertengahan Mac, selepas itu besar kemungkinannya.

    ReplyDelete
  7. Tuan Kerajaan Rakyat,

    Mac tidak jauh lagi. Kita boleh sabar kot?

    ReplyDelete
  8. Salam..
    Heheee, hanya orang yang sejiwa dapat mentafsir dan memahami jiwa orang yang sejiwa.
    Saya pun PENING dengan senario politik negara kita sekarang.. Yang menjadi MANGSA kita semua. Pemimpin kita sekarang ni macam lagu "BANGAU O BANGAU".. cuba nyanyi lagu tu.. hehee

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.