26.1.09

Belum Confirm : 3 Ahli Parlimen Akan Melompat

Tapi yang syok bila dia kata..”Hang jangan cerita kat orang…ada lagi tiga!” OK la…aku tak cerita kat orang. { sini }

Itu sumber Matsamankati tetapi lain pula bunyi sumber Harimau Menaip. Khabarnya, bukan 3 ADUN dari Perak yang lompat parti tetapi Ahli Parlimen dari Negeri-negeri lain. Menurut sumber rapat dengan tuan punya badan yang ingin melompat, Ahli Parlimen tersebut memang die hard fan UMNO dan mempunyai ribuan penyokong. Berkali-kali sumber Harimau menasihatkan bahawa jangan siarkan berita ini kerana belum confirm tetapi Harimau tidak kira.

Di sini ingin Harimau dedahkan khabar angin dari sumber Harimau mengenai siapa Ahli Parlimen tersebut. Ahli Parlimen pertama adalah Ahli Parlimen Kepala Batas, yang kedua adalah Ahli Parlimen Pekan dan ketiga adalah Ahli Parlimen Rembau. Kemungkinan mereka akan melompat pada hari yang sama.

Pelik kan? Habis tu, siapa nak jadi PM bulan Mac nanti? Aku jugak ke?

Harimau : mereka bukannya melompat tetapi terloncat agaknya bila dengar berita ADUN lompat parti...

7 comments:

  1. kenapo yang rombau terloncat...bukan ado effect pun kek dio...sesilap dio pun join melompat....yang duo laie paham la den...pemimpin...dio mano lah tau macam adun bota kan..kalah jadi ketuo bahagian lompat masuk pr...mano tau yang rombau kalah jadi ketuo pemuda masuk PAS....nauzubillah...

    ReplyDelete
  2. Orang cakap, dio yang set semua adun dan mp masa PRU 12 hari tu...sekarang, takkan dia tak rasa apa2 kot?

    Sah lah dio tak salah...tul tak Pet..?

    harimau : den sajo provoke hang..

    ReplyDelete
  3. Eh encik, MP Bandar Tun Razak tak lompatkah? Bagaimana dengan MP Bagan, tak mau lompatkah encik?

    ReplyDelete
  4. bro...

    walaupun benar sekali pun dio yang setkan adun dan mp...dio takkan raso bersalah....kenapo....sobab egot...dio yakin dio buat semuanya betul...dan segala kesalahan dihempukkan ateh kepalo tuan badan....

    den pun kena provoke? hik hik hik

    ReplyDelete
  5. Salam Saudara Harimau,

    MP Kepala Batas lompat ke Australia.
    MP Pekan lompat ke Mongolia.
    MP Rembau lompat sungai di Mambau.

    Kalau Harimau Menaip jadi PM, pasti diwujudkan kementerian perhutanan dan hasil rimba. Siapa menterinya?

    ReplyDelete
  6. Tang hutan dan hasil Rimba...saya lantik Tok Batin Senoi.

    Saya kan seorang PM, Tuan..

    ReplyDelete
  7. lompat apek lompat
    lompat tinggi2
    lompat YB UMNO lompat
    apa nak tunggu lagi
    jangan sampai patah gigi

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.