17.1.09

Bravo dan Takziah

Dengan kemenangan PAS di Parlimen Kuala Trengganu, nampaknya akan ada satu Pusat Karaoke akan dibuka memandangkan Wan Farid sudah tiada apa hendak dibuat.

Rasanya, keputusan Post Mortem Mac 2008 belum lagi ditelaah, post mortem Permatang Pauh masih dalam proses percetakan; sudah ada tugas baru buat pembedah-pembedah siasat Barisan Nasional. Adakah benar Wan Farid disabotaj?

Kemenangan PAS bukan suatu kejutan kerana sudah diramal Harimau pada pagi tadi { sini }.

Tahniah pada PAS dan Pakatan Rakyat.
Takziah buat Barisan Nasional (sekali lagi). Siapa Pengerusi Pilihanraya Kuala Trengganu ye?

Nampaknya, Putrajaya semakin melambai Anwar Ibrahim. Sesuatu perlu dilakukan oleh semua iaitu :
  • DAP perlu keluar Pakatan (period)
  • BN perlu rombakan besar-besaran.
  • PAS perlu merenung diri.
  • Ezam perlu...bukak semula poster dan bendera kempen. Surat kau dah tak lakulah beb.

Semoga yang baik-baik sahaja buat Malaysia. Jangan lupa kempen memboikot produk ILC!

Salam penuh Neutral,

Harimau Menaip

9 comments:

  1. salam tuan,
    terima kasih atas sokongan neutral tuan dlm memberi input kepada kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat.Kepada rakan BN,jangan putus asa,jumpa lagi di PRU13,masih byk perlu diusahakan bagi memenangi hati pengundi melayu,cina dan india.

    Sejahtera utk negaraku Malaysia
    Takbirr !! Allah hu Akbar..3X

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. Terima kasih Tuan.

    ReplyDelete
  3. salam neutral jugak utk tuan harimau

    tapi kelakar jugak kan
    bila dah menang
    tak timbul pulak isu pengundi hantu
    tuan guru siap ucap terima kasih banyak2 kpd SPR & Polis
    hihihi
    politik2

    blogger neutral
    ADHA
    www.myadha.com

    ReplyDelete
  4. Tahniah kpd calon yg menang.....Allahu Akbar....
    ada mata tengok, ada akal fikir, ada mulut cakap.... cakap yg benar2 ajer.... nk tunggu PRK yg ke3 pula ke baru nk sedar.....

    ReplyDelete
  5. Salam Puan"

    PAS patut ucapkan Terima Kasih kepada EZAM MD NOR.

    ReplyDelete
  6. Tak adil ni tok rimau. Ni kot SPR pakat ngan Pas kot untuk kemenangan. Ni tak adil ni tok rimau. Rasuah ni.

    Ai, macam aku pernah dengaq tuduhan liar ni.

    ya kawan-kawan, jangan buat itu macam. Ingat, SPR adalah badan yang bebas dan jujur. Yang hantu ni pembangkang. mereka ni nak menang saja tak mau kalah. Ingat kawan, kalah itu ubat. Ubat penyembuh penyakit. Mana ada ubat yang sedap.

    Kawan, terimalah kekalahan dengan hati terbuka dan tidak tertutup. Ingat, biar kita matang dan jangan jadi seperti mereka yang takut kalah tapi seronok menang. Bila kalah, semua rasuah, semua konspirasi, semua jahat. Termasuk pengadil pertandingan pun jadi jahat. Takdak sapa yang baik. Dia sorang yang baik, tak jahat. Tapi kalau menang, wah SPR telus, takdak pengundi hantu, semua bagus, diangkat, dijulang macam dapat bini baru.

    kawan-kawan, kita jangan begitu. Ingat, kalah itu ubat, ubat untuk menyembuhkan penyakit yang agak teruk. Rajin-rajin makan ubat, rajin-rajinlah berpantang.

    Tahniah kepada yang menang. jangan nak pandai cakap dan membebel tak tentu pasai. Penuhilah tanggungjawab kepada rakyat dan segala janji yang telah dibuat encik.

    ReplyDelete
  7. salam

    Malaysia seharusnye bersedia ke arah politik terbuka.Tahniah kepada pengundi BN yang tidak memberikan kemenangan besar kepada PAS agar 'check and balance' itu berlaku.

    Biarlah parti-parti seperti DAP 'engaged' dalam pakatan rakyat bagi emmbolehkan debat terbuka dalam semua hal dijalankan.Ruang Islam dapat dijelaskan disini.

    Seringkali kita emmarahi DAP atas kenyataan mereka yang agak 'anti' islam dan melayu bagi sesetengah pihak.Tapi tak taulah kalau ada diantara kita yang BERDOA agar tuhan membukakan hati2 mereka ini agar mempunyai tanggapan yang baik kepada islam.Saya tak tahulah kalau2 Tuan Rimau seringkali mendoakan mereka setiap kali selepas solat terutama dalam solat tgh malam agar orang seperti Karpal Singh dilembutkan hatinya.

    Luahkan tak puas hati, luahkan juga tapi harus diingat, 'doa adalah senjata para mukmin'.Selebihnya Tuhan yang akan menentukannya.

    wasalam

    pemerhati

    ReplyDelete
  8. Pakatan rakyat haruslah berhati-hati dengan provokasi BN yang ingin memecahkan gandingan 3 parti itu. Jika ini tidak dapat diatasi sukarlah PR untuk ke Putrajaya. BN pula parti2 yg dipayunginya juga tidak sekuat mana. Kerana ramai ahli MCA dan MIC yang menyokong perjuangan PR dan mereka tidak sebenar2nya membantu UMNO. UMNO sahaja yang terkontang-kanting dari dulu dalam menjawab semua isu.

    ReplyDelete
  9. Tanpa DAP , PAS tak akan menang kalau DAP tak mengerahkan Org CINA mengundi PAS. Jaga Ikut suka mulut je nak suruh DAP keluar! . Harimau masih Dikriminasi ?

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.