18.1.09

Sembang Kosong : Perihal Golongan Muda


Temujanji Astro Awani telah menjemput YB Khairy Jamaluddin ke studio dan beberapa soalan "suam dan klise" telah diajukan oleh penonton di studio. Yang menarik dan hanya dikesan Harimau setelah selesai rancangan tersebut ialah:


  • Bagaimana Harimau boleh melayan 30 minit penuh rancangan tersebut dan menolak permintaan keluarga untuk menonton Anugerah Juara Lagu. Adakah kerana aura KJ?

  • Terasa kewujudan perasaan sayang apabila seorang individu berbakat dalam bidang politik di hujani pelbagai cerita negatif sehingga ter'endos' pada setiap persepsi rakyat terhadap beliau (Khairy). Samada cerita itu benar atau tidak, itu bukan perkara pokok. Yang utama adalah yang diingini 'mati' akan mati, dan yang disokong akan menang. Itulah agaknya formula majoriti pengamal politik di Tanah Melayu.

  • Tertanya-tanya juga, di mana lagi 2 calon Ketua Pemuda yang bakal bertembung dengan Khairy; kenapa senyap sunyi. Adakah mereka hanya bersuara pada bulan Mac nanti? Adakah isu golongan muda hanya layak diperjuangkan di hari pemilihan?

  • Secara peribadi (maaf), jika dibandingkan dengan Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat mutakhir, macam langit dengan bumi.

Harimau bukan sudah 'dibeli' Khairy tetapi bercakap dari hati dan kesedaran yang tiba-tiba wujud. Namun, Mac masih jauh dan apa-apa boleh berlaku.


Secara ikhlas, Harimau pernah merasakan UMNO sudah salah memilih Datuk Hishamuddin sebagai Ketua Pemuda sejak dulu lagi. Harimau tak percaya yang golongan bangsawan boleh memahami orang bawahan. Perasaan itu kekal hingga kini.


Kepada Parti Keadilan Rakyat, tak mahu tukar Ketua Angkatan Muda itu kah? Macam tak berapa nak dasyat je? Atau perlu masa lagi untuk di'groom' oleh DSAI?


Harimau : Hanya pemuda sahaja mengenali dan memahami masalah pemuda.

nota : bukan bertujuan untuk provoke sesiapa apatahlagi mengampu.

17 comments:

  1. KJ ada potensi kepemimpinan.

    Namun dia perlu pendekatan lebih baik, daripada yang lalu dan sekarang.

    Setakat ini belum nampak pendekatan itu.

    Jika dicontohi golongan muda kini mencontohi KJ, rosak mereka.

    ReplyDelete
  2. Tuan Zubli,

    Kita kumpulkan barisan Pemimpin Pemuda yang ada, adakah yang lebih menonjol (kalau tidak lebih baik?)

    KJ nyata pandai mencari dan merebut peluang.

    Syamsul, Mukhriz, Khir dan Salehudin perlu lebih bijak dan lebih tuntas.

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Mungkin KJ sesuai menjadi ketua tetapi bukan sebagai pemimpin.
    Ketua tidak semestinya pemimpin dan pemimpin bukan semestinya mengetuai.

    ReplyDelete
  4. Saya masih belum tumpu sepenuhnya pemimpin pemuda Malaysia.

    Sekadar, perhati sepintas lalu sahaja.

    KJ muncul di persada politik dengan cara yang berbeza. Namun cara itu masih sukar diterima UMNO dan masyarakat Malaysia.

    Improve sikit, dia boleh jadi pemimpin yang elok. Potensinya cukup baik.

    Mukhriz sukar nak keluar dari bayang bapanya. Boleh, tapi sukar. Dia menampil diri sebagai pemimpin lebih baik dari KJ. Tapi UMNO bukan sesuai sebagai tapak perjuangannya. Pemimpin baik parti tidak baik.

    Khir saya bagi 10 per 100. Pemimpin yang tidak elok. Berdasarkan rekod kepemimpinannya di Selangor.

    Sallehudin, belum ketara sebagai pemimpin yang hebat. Perbaiki ucapan awam.

    Syamsul saya tak kenal lagi. Nampak lantang sewaktu di Kongres PKR. Namun belum jelas wibawanya.

    ReplyDelete
  5. Saya bersetuju dengan Pemandu Teksi.

    Soalan saya, adakah Pemuda Islam dan Melayu ketandusan pemimpin (jika KJ hanya layak sebagai Ketua).

    Tuan Zubli, saya bersetuju dengan Tuan. Bab Syamsul tu, saya rasa wajar kita beri dia masa.

    Saya cuma khuatir nasib golongan muda..Itu sahaja.

    ReplyDelete
  6. Saya harap harimau bukan jenis melayu mudah lupa...

    Ini adalah antara sebab pemilihan dilanjutkan ke bulan Mac 2009 supaya melayu mudah lupa...

    Saya hormati keputusan harimau jika impress kpd KJ tp saya pohon utk tidak sependapat.

    Dengan kedudukan dan pengaruh KJ maka memang dia akan sentiasa muncul dan mendapat perhatian dari media.

    lagipun KJ is infamous not famous dan mungkin itu sebab harimau nak tgk dia...

    Saya pun tgk KJ semasa wacana perdana...Brash, unprepared and nak tunjuk pandai and ingat orang lain x pandai... itu IMHO...

    KJ ada keberanian dan kebijakan kalau x dia x kan berada ditempat beliau sekarang tetapi tiada sikap nationalistik dan berfikiran untuk rakyat...

    Jika dia nationalistik dan berfikiran untuk rakyat maka BN wouldn't be in this sordid affairs...

    ReplyDelete
  7. KJ will not be there if not Pak Lah. None of UMNO youth leaders that were given the opportunity to lead without any special connection even the rise of Anwar was due to Che Det.
    Beza nya Anwar memang berpotensi kerana latar belakang aktibiti dan pengalaman nya dalam menerajui NGO. Pilihan Che Det memang tepat tetapi kenapa beliau di singkir dan di hina hanya Che Det dan ALLAh yang mengetahui.
    The rest of UMNO youth leaders have none of what ANWAr posseses. Take KJ for example, I agree that he can talk and has ideas but he has no guts and blind, buta hati dan mata that is why he remains with UMNO, his fate will just be like ANWAR which at the end was humiliated by UMNO.

    ReplyDelete
  8. salam Bro:

    Dari dulu lagi aku dah perhatikan bahaha KJ merupakan aset saebenar yg UMNO tercari2. Punyai potensi kepimpinan dan idea serta perjalanan panjang beliau mampu untuk merencanakan perjuangan UMNo itu sendiri. Kita belum menguji kempumpinan mereka berbanding dengan Toyo yg telah diuji oleh Mahathir namun beliau telah menimbulkan berbagai masalah pribadi. Bebeza pulak calon yg satu lagi itu lebih kepada membawa suara orang lain iaitu hanya bercakap bagi pihak mantan Perdana Menteri. Wallahualam.

    PS: UMNO perlu muhasabah bahawa kepimpinan tua perlu ditukar ganti. namun kelapa tua tidak semestinya dibuang begitu saja kerana masih lagi minyak yg ada didalamnya.

    ReplyDelete
  9. Che Dean dan Anonymous,

    Kenapa orang sering membandingkan KJ dengan Anwar? Bukankah sepatutnya dia dibandingkan dengan Syamsul atau Salehudin?

    Begini, saya bukan menyokong atau mengampu KJ, cuma kita perlu mencari "lawan yang betul-betul melawan" untuk di pertembungkan dengan KJ.

    Rasanya, kalau Syamsul tu, selamba je KJ cantas.

    Maaf jika saya terlalu melulu. Namun, itu pendapat saya.

    Saya tetap hormat pendapat kalian.

    ReplyDelete
  10. Tuan, KJ memang berbakat. Dengan bermodalkan title menantu Pak Lah mudah saja beliau naik dan menikmati projek2 yang dananya ialah duit rakyat. Samaada KJ mampu menguatkan pemuda UMNO mungkin itu hanya mimpi. Kerana antara faktor kekalahan BN dalam PRU 12 adalah kerana beliau. Kempen Pade Doh juga tersasar jauh, dan beliau sendiri telah kalah di Rembau dan menang kerana undi pos Port Dickson dibawa ke Rembau untuk menyelamatkan KJ.
    Jika dibandingkan dengan AMK PKR macam langit dengan bumi. Mungkin benar kerana KJ sangat korup dan sangat kaya dengan kontrak2 kelas A dan projek mega, manakala AMK ini pula memperjuangkan rakyat.

    ReplyDelete
  11. Salam,tak tgk AJL pun xpe.
    kecewa M.U.Huseng menang.jauh tersasar dr andaianku huhu~

    KJ ? nama ni belum 'menusuk dlm hati'
    masih dlm pemerhatian.

    ReplyDelete
  12. Anak ku Harimau,

    KJ memang ada potensi dan berkaliber, ada leadership quality.

    Orang Melayu tak nampak sebab "Dalaman" mereka terlalu dipenuhi HASAD DENGKI.

    Salam.

    ReplyDelete
  13. KJ memang berasal dari sebuah keluarga sedarhana di N9. Nasibnya baik kerana menjadi menantu PM. Ditambah dengan kebijkasanaan beliau mengambil peluang dan kesempatan. Sebagai pemimpin muda, beliau kena diberi asuhan yang baik. Insyallah akan menang le tu.

    ReplyDelete
  14. terima kasih harimau kena menghormati pendapat kami...

    tentang perbandingan Anwar...saya memang x teruja dgn anwar n perbandingan dgn anwar bagi saya tidak ada apa2 makna...kalu x caya pegi tanya Tun...

    IMHO jika nak melawan dalam cakap berdegar2 memang KJ tiada tandingan dari pemuda PKR tp untuk substance haprak kosong..

    now kita nak cakap berdegar2 atau substance itu persoalannya... n rakyat kebanyakkannya IMHO nakkan substance atau jiwanya bukan rupa dan suaranya...

    harimau buat pilihan...

    Mungkin UMNO memerlukan Ketua Pemuda yang cakap berdegar2 n substance tidak penting...mungkin itu yang terbaik UMNO can come up with kerana KJ dan Pak Lah adalah bukan pnyebab keputusan PRU 12...

    ReplyDelete
  15. Tuan-Puan semua,

    Saya mahu menulis lagi berkenaan Pemuda tetapi saya mahu tumpukan perihal post-election Kuala Trengganu.

    Kalau ada komentar lagi, silakan. Saya sedia mendengar kalaupun tidak menjawab.

    Ingat! Mengkritik bukan bererti menentang dan bersetuju bukan ertinya sokongan total.

    ReplyDelete
  16. "Everyone have a right to their own opinion"Izinkan saya utk tidak sependapat dgn semua yg mengatakan KJ mempunyai bakat yg baik utk memimpin.Saya tidak menilainya dgn membandingkan dgn mana2 individu.Masing2 mempunyai style masing2.Apa yg dapat saya lihat,KJ hanya pandai membelitkan kenyataan.Dan kenyataan2 darinya,kebanyakkan adalah retorik semata2.Pemimpin begini ada banyak diwarong2 di kampong saya,malah lebih baik lagi.Cuma mereka tidak berpeluang ketengah seperti KJ yg mempunyai segala kelebihan sebagai menantu PM.Dlm debat dgn Husam Musa,baru2 ini,langsung saya tidak nampak kewibawaannya sebagai pemimpin.Soalan2 panas yg ditanya,hanya dijawab dgn kenyataan2 yg boleh dianggap sebagai "loyar buruk" saja.Sangat menghampakan.Kenyataan2nya hanya membenarkan tanggapan saya bahwa KJ cuma pemimpin picisan.Hanya kedudukannya sebagai menantu PM menampakkannya gah!!!

    ReplyDelete
  17. Salam Harimau,

    Perbandingan saudara tepat..!!
    Khairy seharusnya dibandingkan dengan Shamsul, bukan Anwar. Dan dalam perbandingan ini Shamsul tewas 90 peratus.

    Walau bagaimanapun, titipan 'pemandu texsi' bernas.

    Salam takzim

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.