30.1.09

Formula Membunuh Parti Lawan

Merujuk pada laman web www.mykmu.net (forum) bertarikh 25 Januari 2009 bersamaan hari Ahad jam 10.59 malam, dakwaan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah membuat tangkapan khalwat ke atas Adun Selat Klang (Dr Halimah Ali) adalah tidak benar sama sekali. { sini }

Tindakan salah segelintir ahli UMNO dengan menabur dan menyebarkan fitnah adalah wajib dihentikan. Ia amat memalukan dan langsung tidak melambangkan peng"hadhari"an seseorang ahli UMNO. Tindakan seperti ini seumpama memberikan racun arsenik untuk diminum oleh UMNO yang mengakibatkan parti mati secara perlahan-lahan. Racun arsenik itu cukuplah berbisa di saat UMNO dihentam bertalu-talu dari atas, bawah, depan dan belakang.

Penerapan mentaliti "Politik adalah Peperangan" adalah antara punca tindak-tanduk ala-extremis dan tidak mengenal etika dilakukan ahli kedua-dua belah parti (BN dan PR). Menggenggam penumbuk, menghunus keris, berjalan bertaut tangan umpama sebuah benteng perempuh, jerit pekik, demonstrasi dan ugut-mengugut sudah menjadi budaya rakyat Malaysia dalam menentukan kekuatan dan sambutan rakyat terhadap sesuatu parti. Jika ia gagal, serangan bagi menjatuhkan kredibiliti parti lawan dilakukan tanpa batasan dan akhirnya wujudlah pergaduhan, fitnah dan sebagainya.

Tidaklah dapat dikatakan "Tidak" jika kalian mendakwa ini adalah budaya yang dimulakan UMNO dan tidak menghairankan ia menjadi ikutan PAS dan PKR kerana bukankah PAS dan PKR itu asalnya daripada UMNO? Bukankah mereka mempunyai DNA, darah daging dan perangai yang mirip dengan UMNO?

Benarlah kata pujangga "Musuh yang paling bahaya adalah sahabat yang berpaling-tadah". Sekarang UMNO sedang berdepan dengan keadaan paling getir dalam sejarah penubuhannya dan Harimau percaya, jika Tun Mahathir menjadi Presiden pun, tidak mudah bagi beliau mengani permasalahan ini.

Namun, UMNO wajar berterima-kasih kepada rakyat yang tidak menghukum UMNO secara total pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu di mana rakyat masih memberikan mandat mentadbir negara walaupun tiada majoriti 2/3. Hukuman itu bolehlah diibaratkan cikgu sekolah rendah yang menghukum muridnya berdiri di luar kelas dengan harapan muridnya akan sedar dan menjadi murid yang hebat.

Persoalannya sekarang, mahukah UMNO memandang situasi mutakhir sebegitu rupa? Masih selesakah pemimpin atasan UMNO menghisap curut Cuba sambil dihujani penghawa dingin jenama YORK tanpa menyedari tindak-tanduk ala Pesuruhjaya Inggeris itu sudah menimbulkan rasa mual dan meloyakan?

Mungkin ini masanya pemimpin UMNO mengambil ikhtibar dan belajar dari barisan Pemimpin Pakatan Rakyat.

Formula pengukuhan politik Pakatan Rakyat kelihatan mudah. Gunakan kekuatan lawan untuk membunuh lawan. Jika gagal membunuh dari luar, bunuh saja dari dalam. Bagaimana? Itu tugas pemimpin UMNO untuk berfikir.

Wallahualam.

Harimau Menaip

6 comments:

  1. semoga UMNO tahu bahawa ia punyai kekuatan yg amat luarbiasa jika mampu menggerkkan seluruh kekuatan ahlinya supaya bersatu menyerang lawan secara adat 'Panglima'

    from' toksetiu.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Harap Umno dapat berubah encik.

    ReplyDelete
  3. Salam Tok Rimau,

    Perpecahan di kalangan pemimpin dan pengikut di dalam UMNO sudah terlalu parah. Sukar untuk mencari penawarnya.

    ReplyDelete
  4. Salam Tok,

    Sebab dia degil, dia kenalah berdiri di luar kelas. Kalau masih dan terus tak mau dengar cakap, nanti kena buang sekolah. Baru dia tau..!!!

    Salam takzim

    ReplyDelete
  5. Setuju dan sokong saya akan pos ini, Harimau Menaip.

    Cara berpolitik di Malaysia perlu upgraded.

    Mana dia World Class leader kita. Pemimpin UMN nak bersara kah bakal diganti kah, siapa yang teruja?

    Di dunia?

    Di Malaysia, ramai yang pening?

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.