29.1.09

Kepelbagaian Pandangan Untuk Dirai bukan Untuk Disekat

Antara kehebatan dunia blog adalah kita menjadi bebas seperti merpati di angkasa di mana kita mendapat sumber berita terutama politik Malaysia dengan lebih adil dan cepat. Di alam blog juga, kita mempunyai 2 pilihan; mendengar kedua-dua pihak samada BN atau PR ataupun mendengar dan membaca satu sumber sahaja iaitu parti idaman kalbu.

Namun amat menghairankan Harimau apabila ramai penulis blog memilih untuk memaut penulis-penulis blog yang cenderung atau menyokong dengan jelas parti politik anutan mereka. Tidakkah itu hanya membuat minda penulis blog tidak ubah seperti pembaca akhbar arus perdana?

Penulis blog aliran PAS cenderung memaut penulis-penulis aliran reformasi, Cina DAP dan penyokong PAS. Begitu juga penulis-penulis blog aliran PKR dan DAP. Seperti biasa, penulis blog yang bersukukan BN juga berkecenderungan serupa.

Mengapa kita memilih untuk menutup telinga sebelah walhal kita dibebaskan untuk menimbang kedua-dua belah pihak?

Mengapa agaknya Allah memberi kita 2 belah telinga? Mungkin untuk kita menimbang kedua-dua pihak sebelum membuat keputusan.

Mengapa agaknya Allah mengurniakan kita 2 biji mata? Mungkin untuk kita membaca kedua-dua pandangan sebelum menjatuhkan keputusan; pihak mana yang benar.

Mengapa Allah mengurniakan kita 2 bahagian otak? Mungkin untuk kita berfikir baik atau buruknya satu perkara.

Oleh itu, mengapa kita hanya berfikir satu hala, mendengar dengan satu telinga dan membaca satu aliran? Marilah kita raikan kepelbagaian di dalam dunia politik Malaysia.

Harimau menulis begini adalah untuk menyatakan rasa tidak setuju di atas pandangan insan-insan yang mahukan semua penulis blog didaftarkan dan didedahkan identiti bagi mengelakkan penembak curi dan pelanggaran etika dalam penulisan. Tidak pernahkah mereka menambil ikhtibar dari kata-kata Saiyidina Ali R.A.?
"Dengar Apa Yang Dikata Bukan Lihat Siapa Yang Berkata"

Nyatalah, mereka hanya menggunakan satu bahagian otak dan sebelah mata dan telinga. Kasihan.

Harimau: akan mendedahkan identiti di atas kemahuan sendiri. Cukup-cukuplah memaksa.

21 comments:

  1. setuju dgn pandangan harimau !

    ABO
    al-Banjari

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Tuan Al-Banjari. Saya suka blog saudara yang "pukul keliling". Hehehe..

    ReplyDelete
  3. UMNO kena 'TasaMMUH' TETNTANG PERJUANGAN krana ramai ahli baru yg tiada kualiti perjuangan

    from toksetiu.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. TasaMMuh? Apa itu Tok Setiu?

    Saya bukan Mufti. Sila ajar saya.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  5. 'berlapang DADA' MAKNA UMNO kena terima dengan hati terbuka apa yg sedang berlaku ke atas parti keramat ini..UMNO belum kalah, ia sdg melalui'tribulasi' perjuangan, UMNO masih punyai kekuatan yg saudara sebut' kepelbagaian itu'

    from toksetiu.blogspot. com

    ReplyDelete
  6. salam sdr.ku Tok Rimau.

    Betul tu Tok Rimau. Kita kena keluar dari bawah tempurung. Janganlah bila tempurung itu sempit dan gelap maka kita kata dunia juga gelap dan sempit. Bukan saja kita perlukan keterbukaan fikiran tetapi juga perlukan keluhuran jiwa. Barulah pertimbangan kita bijak.

    Kalau kita nak katakan orang itu betul, kita kena tahu yang memang dia betul dari segi pandangan kita dan begitulah juga sebaliknya. Tidak semestinya bila kita kata betul atau bagus, akan bagus juga untuk orang lain.

    Dari sikap keterbukaan jugalah kita akan mampu menjana pandangan dan pendapat sendiri yang bernas.

    ReplyDelete
  7. Betul pandangan Tuan Mountdweller. Kita yang menentukan mereka betul atau tidak. Itulah namanya Merdeka.

    ReplyDelete
  8. ketaksuban/fanatik yg melampau membuat seseorang itu hilang pertimbangan.
    Walau tak suka namun tak salah mendengar dan menimbang setiap kata2 atau tulisan itu.
    (nasib baik di alam maya, kalo diluar mo x berjalan keja)

    ReplyDelete
  9. Salam Sang Rimau,

    Tepat, jelas dan aku sokong apa yang rimau perincikan. Tapi hal paut memaut itu satu kemudahan untuk akses blog lain. Yang penting fikir yang dijanakan itu. Mesti ada kesamaan dalam pandangan dan itu satu kebetulan selaras dengan fenomena dualisma, kiri atau kanan tak ada tengah punyia.

    TK

    ReplyDelete
  10. Bapak………
    Lihat ladang kita
    Terbentang luas subur dan menghijau tanah yang merdeka

    Bapak…….
    Ini rumah kita
    Pusaka peninggalan untuk melindung keluarga yang merdeka

    Bapak ….
    Yang hendak ku kata
    Pengorbanan mu memberikan kami kelahiran yang merdeka
    Terima kasihku
    Generasi baru

    ReplyDelete
  11. Betul saya turut setuju. Kita wajar membebaskan minda kita untuk menerima dan memberi pandangan. Setakat hari ini jelas dilihat bahawa hanya di pihak Umno/BN sahaja yang bersikap keterbukaan khususnya di kalangan penyokongnya termasuklah bloggers aliran Umno/BN.

    Amat kecewa dan mengecewakan setelah merujuk kebanyakan blog-blog PR, mereka terlalu taksub @ fanatik serta berfikiran amat sempit. Dunia perjuangan mereka hanyalah berlandaskan ideologi politik pemimpin mereka semata-mata. Mereka terus menutup mata, telinga, minda dan hati mereka tanpa mahu peduli untuk mendengar pandangan di pihak bertentangan mereka.

    Umpamanya menunggu arahan apa sahaja para pemimpin mereka katakan. Mereka taat setia mengikut sebuta-butanya. Namun nak menggunakan akal untuk berfikir yang mana betul dan yang mana salah tidak sekali-kali. Susah nak cakap dengan gaya mentaliti mereka yang korup.

    Kehidupan mereka sekarang ibarat katak di bawah tempurung hanya berkelompok di bawah payung puak-puak mereka sahaja. Ini jelas mempamerkan sikap dan sifat cetek akal dan cetek kefahaman di dalam perjuangan. Emosi dan kepuasan dendam menjadi taruhan perjuangan golongan PR biar pun bangsa sendiri bakal menanggung rugi di masa hadapan.

    Mereka sanggup dan tergamak melakukan apa sahaja. Persepsi dan tindakan mereka dirasakan segalanya benar sebenar-benar belaka walhal mereka tidak sedar bahawa mereka telah membohongi diri mereka sendiri. Prinsip dan pendirian diketepikan tanpa mereka sedar sebenarnya.

    PEMUDA PELAPIS

    ReplyDelete
  12. Bro,

    Baca apa yang hati sukalah.. Buat apa baca benda yang menyakitkan hati. Dalam membaca kita mencari keselesaan. Kalau tak selesa membaca, kenapa nak memaksa dirikan..

    Che

    ReplyDelete
  13. tuan harimau memang neutral..Hidup UMNO!!!

    ReplyDelete
  14. Betul3x..
    bace 2-2..then baru 'timbangkan'.

    Ade org pakse bro dedahkan identiti ker?
    Cakar je mereka² itu ekeke;p

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum anakku Harimau Menaip,

    Betul ke semua blogger kena jelmakan identiti mereka?

    Bukan Mak Cik tak nak baca semua blog blog tetapi ada dua tiga yang merapu dan mentaliti mereka agak 'low' dalam beberapa perkara.

    Dan kadang kadang bila baca kita tahu apa yang dia tulis melalut dan kelentong. Buat sakit hati. Jadi lain kali tak payahlah buang masa baca blog sebegini.

    Sebab itu akhirnya kita baca Blog yang boleh kita rasa adalah isi yang boleh kita kongsi 'pendapat' dan 'pengalaman' darinya dan dapat kita selami hati dan perasaan mereka di peringkat umur yang berlainan supaya kita tahu APA yang sedang berlaku dan APA yang di minda orang orang berjenis peringkat usia dari kita. Tak perlu temu wajah tapi sudah tahu perkembangan terakhir dari kota pemikiran masing masing.

    Maaf, tapi inilah hakikatnya.

    ReplyDelete
  16. salam

    tuan, itu yang menjadi permasalahan bagi saya dalam alam cyber.Dikotomi yang wujud antara dua 'aliran' semakin meluas.

    ada juga pandangan yang berada di ruang 'tengah'.Malangnya, golongan ini masih sedikit di Malaysia.

    adakah suasana ini sihat?Apakah Pakatan Rakyat juga masih gagal untuk membentuk acuan pemikiran yang tidak terpaut pada satu aliran sahaja?Dan apakah BN pula masih mahu media arus perdana masih di takuk lama?

    Untuk ini, kita harus lihat di media-media berbahasa Cina.Seperti yang dinyatakan oleh Dr Hoo Kee Ping (think thank MCA), wartawan Cina Malaysia di latih di Taiwan bagi melahirkan wartawan yang mempunyai corak pemikiran yang kritikal dalam semua aspek.

    kalau lihat lagi dalam media-media cina, mereka cuba untuk menjadikan bangsa cina Malaysia supaya berfikiran kreatif dan kritis.Ini tidak terdapat dalam media atau blog Bahasa malaysia.

    wasalam

    ReplyDelete
  17. Wujudnya blog-blog ini bukanlah untuk membuktikan mereka lebih terbuka dari media arus perdana tetapi adalah untuk mengimbangi media arus perdana yang berat sebelah.

    Siapalah pengendali-pengendali blog ini jika mahu dibandingkan dengan peneraju media perdana.

    Mereka lebih berilmu dan memahami tuntutan dan peranan sesebuah media jika dibandingkan dengan pengendali-pengendali blog.

    Kenapa blog-blog diminta berlaku terbuka sedangan media arus perdana terus-terusan senget dan tidak mengamalkan keterbukaan.

    ReplyDelete
  18. Tuan Abd. Rahim Kassim di atas komentar yang bernas.

    Saya bukan menujukan kepada semua blog tetapi segelintir. Sebagai contoh, adakah bila saya bersolat menguna ketayap hijau bermakna saya penyokong PAS? Jumud bukan?

    ReplyDelete
  19. Tapi Tiger, kalau you pakai ketayap hijau; orang memang menyangka you ini PAS, bukan begitu?

    ReplyDelete
  20. Che, ketayap saya ada 2. Satu putih dan satu hijau-putih. Ramai menyangka saya ni hardcore PAS.

    Sempit pemikiran mereka. Adakah hijau itu hakmilik PAS? Susahlah kalau saya nak pakai spender hijau, betul tak?

    ReplyDelete
  21. Tak yah buat link langsung...macam bonda Melayu Angkat! LAGI SENANG! PEDULI HAPA KATA ORANG! hehehehe!

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.