25.1.09

Pandangan Otai-Otai Kampung

Burrpp...Kenyang setelah selesai makan lauk kenduri kawan di Telok Kemang. Paling meletop adalah Asam Pedas Ikan Tenggiri, sambal udang dan air oren. Namun, bukan itu yang mahu Harimau coretkan. Perbualan dengan otai-otai kampung tersebut yang berkisar politik Malaysia amat memeranjatkan. Secara kumulatif dan rumusan, ia boleh anggap sebegini:

Soalan : Siapa paling layak menjadi PM Malaysia?

Jawapan : Anwar Ibrahim.

Soalan : Parti yang patut diundi dan disokong?

Jawapan : UMNO

Soalan : Bolehkah Malaysia mengharungi kegetiran ekonomi 2009?

Jawapan : Boleh. Najib ada jawapannya.

Soalan : Parti mana yang tidak patut disokong?

Jawapan : DAP

Soalan : Berjayakah Pak Lah mengharungi cabaran sebagai PM?

Jawapan : Berjaya. Tapi pendekatannya lembut. Mahu mentadbir Malaysia kena ganas.

Soalan : Bagaimana dengan MB Negeri Sembilan yang ada sekarang?

Jawapan : Okay. Lagi bagus dari Md. Isa. Tapi kronisme dikatakan kuat di Pentadbiran Mohamad Hasan.

Nampaknya, otai-otai tersebut masih terkesima dengan gaya kepimpinan dan pentadbiran zaman Tun Mahathir- Anwar Ibrahim. Ada seorang sahaja pakcik yang bertanya pada Harimau " Selepas Anwar, wujud lagi kah Pakatan Rakyat?"...

Kali ini giliran Harimau pula terkedu dan terpaku...

7 comments:

  1. ha encik, jadinya, kenalah cari depa-depa yang berkarisme lagu DSAI tu.

    ReplyDelete
  2. Salam Tok Rimau,

    Saya juga secara peribadi tokoh lain memang tiada karisma untuk jawatan PM cuma adakah semestinya hanya UMNO yang perlu disokong dan layak mentadbir kerajaan? Bukankah kalau ditelitikan dari segi Perlembagaan parti, PAS adalah lebih baik kerana berpaksikan Agama?

    Kalau dulu Arab yang bersengketa dan berpuak-puak Rasulallah satukan dengan kekuatan Agama Islam, kenapa Melayu tidak? Yang penting ialah PAS perlukan pemimpin yang karismanya setanding Anwar atau Mahathir. Nik Aziz yang lanjut usia sudah tentu terlewat.

    ReplyDelete
  3. Tuan Mountdweller, bukan tiada pemimpin berkarisma dalam PAS tetapi mereka terbelenggu dan menguncup dek karisma Anwar Ibrahim.

    Ustaz Hadi Awang MUNGKIN menjadi ketua disebabkan ILMU dan bukan tokoh KEPIMPINAN.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  4. Tuan Harimau,
    MB NS juga tidak boleh pakai..banyak pembanggunan di NS adalah kesinambungan dari Tan Sri Isa.. Jadi Tok Mat xboleh berbangga. Kemudian beliau tersepit dengan banyak bahagian di ns yg tidak menyokongnya. kemungkinan besar beliau tidak lama didalm politik negeri sembilan yg sememangnya bergolak. yang beliau dapat control hanyalah di kuala pilah.
    mungkin ade benarnya pendapat tuan, umno masih boleh menjadi tunjang. tetapi keadaan sekarang menunjukkan UMNO sakit tenat. Kurang jelas pemimpin2 umno yg ada skrg belum tentu dapat memulihkan umno. Mungkin UMNO memerlukan seorg pemimpin kuku besi seperti Tun mahathir untuk membolehkan ramai pihak akur pada parti tua ini.

    ReplyDelete
  5. Anonymous, kamu orang nogori kah?

    Kawasan mana?

    ReplyDelete
  6. den lobih suko jika Isa jadi PM,,, dio pandai berpolitik,,, tak lah macam mad hasan ni,,,, ikut tulunjuk Azman hasan,,,,

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.