Ini adalah berbeza dengan penulis-penulis yang jelas menyokong parti dan pemimpin kegemaran mereka. Di dunia penulisan blog, Harimau dapat lihat 3 jenis penulisan blog yang tersohor dalam ruang politik Malaysia.
- Blog ditulis wartawan/bekas wartawan/ wartawan pencen/ bekas pemimpin.
- Blog ditulis oleh penyokong parti pemerintah.
- Blog yang ditulis oleh penyokong parti lawan/pembangkang.
Yang mahu dikupas adalah transformasi/revolusi penulisan blog di kategori 2 dan 3. Dahulu, persepsi umum terhadap mereka lebih kurang begini :
- blog ahli/penyokong BN = isi berkisar tentang Anwar, Karpal, Teresa dan lain-lain individu di dalam Pakatan Rakyat. Kebanyakan perkara yang dibangkitkan adalah tidak/kurang membantu mengubah persepsi umum terhadap pemerintah. Rempah-ratus terlalu seacuan dengan apa yang dihidangkan oleh Buletin Utama dan Berita RTM.
- blog ahli/penyokong Pakatan Rakyat = kreatif mencari isu, yang menjadi sasaran adalah UMNO dan Barisan Nasional. Menceritakan perihal masalah pokok seperti rasuah, kronisme, nepotisme dan isu-isu semasa.
Kita harus faham, medan penulisan blog (sosio-politik) adalah medan peperangan politik yang berlangsung 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Apa sahaja yang dicoretkan, akan memberi impak kepada landskap politik negara. Samada suasana politik semakin baik atau semakin buruk, ditentukan terhadap isu, ayat, bukti dan sambutan terhadap blog tersebut.
Namun, setelah tumbuhnya beberapa Kesatuan/Perikatan/Persekutuan penulisan blog seperti Bloggers Network, Bloggers Pembela Negara, Blogawan Wawasan, Team Setiakawan dan lain-lain; peperangan politik di dunia blog semakin menjadi-jadi dan menuju ke arah positif. Secara pantas, persoalan dan kebimbangan rakyat dijawab dengan hujah-hujah yang baik dan bagus. Persepsi tradisional khususnya terhadap penulis blog UMNO/BN semakin berubah. Ia umpama suatu persaingan yang sengit jika diambil-kira dari segi rating, hits, followers dan kupasan isu-isu semasa. Dipercayai, apa sahaja tilikan dan angan-angan keputusan Pilihan Raya yang akan datang boleh berputar 180 darjah ataupun sekadar 360 darjah (tiada perubahan).
Tidak dapat dinafikan bahawa mereka yang membaca blog adalah 10 kali lebih kehadapan berbanding mereka yang mengharap maklumat melalui media arus perdana (kajian peribadi). Cuma, kita sebagai penulis blog harus bersama-sama bertanggungjawab menjaga dan memastikan dunia blog tidak diperkosa dengan carutan, caci-maki dan penghinaan terhadap mana-mana pemimpin dan ahli parti politik. Apatah lagi mencampurkan politik dalam apa sahaja isu-isu semasa. Gaya sebegini sebenarnya adalah mirip dengan gaya berita dari UM (bukan Universiti Malaya tetapi Utusan Malaysia).
Undang-undang ini hanya bisa berubah jika agama anutan kita dipermainkan dan ditonjol-tonjol. Noktah.
Kuiz Hujung Minggu
Adakah Barack Obama membaca dan respon terhadap blog Mohd Ali Rustam? { baca sini }
kahkahkah...
ReplyDeleteselepas ali ketam berjaya memberi anugerah kepada SRK, kini beliau mengorak langkah untuk menyuarakan sesuatu kepada obama didalam blognya...
hurm....yb ghimau bilo nak buat persatuan neutral?..hik hik hik
ReplyDelete