21.1.09

Tersilap Kata Kunci

Jika ada kabilah yang tidak bersetuju dengan ketuanan rakyat dan masih termimpi-mimpi ketuanan Melayu dengan memakai topeng baru - mereka wajib dikenal pasti untuk dibungkus oleh ombak sejarah ketuanan rakyat. { sini }

Fuh. Berapi betul tulisan Hishamudin Rais di Malaysiakini. Semacam tidak pernah ada yang bagus dengan orang Melayu. Harimau tidak mahu komen terlampau dalam penulisan beliau. Beliau cuma menggunakan hak beliau sebagai rakyat Tanah Melayu...ooppss...Malaysia.

Cuma, Harimau sedikit kabur perihal penentangan secara total dan keras terhadap perjuangan memartabatkan Bangsa Melayu di bumi tanah tumpah darah mereka sendiri. Malaysia di penuhi dengan pelbagai bangsa dan di 'majoriti' kan oleh Melayu, Cina dan India (Semenanjung). Pernahkah kita tertanya :
  • Dalam dunia, terdapat negara China yang didominasi oleh Bangsa Cina.
  • Dalam dunia, terdapat negara India yang didominasi oleh Bangsa India.
  • Salahkah Melayu mempunyai negara mereka yang pertama di dunia ini?

Harimau terkadang kabur apabila dikatakan konsep "Ketuanan Melayu" terlalu perkauman dan menindas bangsa lain. Jika diamati secara dalam, semua orang; tidak kira bangsa boleh mengecapi nikmat sebagai Bumiputera dan Melayu. Tidak pernahkah kita lihat dan dengar :

  • seorang India Muslim mendapat keistimewaan taraf Bumiputera.
  • seorang Cina Muslim mendapat keistimewaan taraf Bumiputera.
  • Adakah masuk Islam sama dengan Masuk Melayu? Rasanya YA.

Kawan Harimau yang berbapakan seorang Cina Baba, menikmati keistimewaan sepertimana yang dikecap oleh Melayu melalui bantuan MARA. Di Port Dickson, pernah ada Pengerusi mesyuarat UMNO cawangan yang berketurunan India. Mengapa mereka boleh? Bukankah Ketuanan Melayu itu adalah satu pintu yang terbuka?

Pernahkah kita bertanya kepada orang Cina atau India atau Benggali sekalipun, adakah mereka akan berkongsi kenikmatan dan kewarganegaraan di Tanah ini jika mereka menjadi penduduk asal?

Tak salah bertanya pada mereka bukan? Selepas itu, tengoklah mereka secara tiba-tiba menjadi gagap ketika menjawap.

Kita yang pandai ni, takkan tidak dapat mengagak jawapannya? Harimau sudah banyak kali bertanya dan banyak kali melihat reaksi mereka.

Akhir qalam, Ketuanan Rakyat itu betul begitu juga Ketuanan Melayu. Mengapa kita mahu bertelagah dan menjahanamkan negara? Perpaduan...itulah kata-kunci yang sebenarnya.

Harimau : hanya merasa nikmat diskaun 10% sebagai Bumiputera ketika membeli rumah...

10 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Orang Melayu memang baik hati dan telah banyak mengalah dan berkompromi dalam banyak Aspek sejak merdeka.

    Memang kita faham pentingnya Muhibah, Perpaduan antara kaum di Malaysia.

    Ramai antara kita terkorban atau telah berkorban demi keAmanan dan Perpaduan yang kita rasai sekarang ini.

    ReplyDelete
  2. Identiti Melayu memang semacam cerita katun. Berbapakan India beribukan Melayu diistilahkan Melayu samalah juga dengan berbapakan Cina dan beribukan Melayu dia jadi Melayu.

    ReplyDelete
  3. Salam saudara Harimau,

    Kebimbangan saudara berasas. Walau bagaimanapun, 'Ketuanan Rakyat' tidak mungkin dinobatkan oleh Pakatan Rakyat andainya umno jujur, ikhlas dan telus dalam perjuangannya memartabatkan Melayu melalui slogan 'Ketuanan Melayu'nya.

    Malangnya Ketuanan Melayu telah digunakan oleh UMNO demi kepentingan peribadi segelintir penguasa parti tersebut. Pemimpin umno terus mentadbir tetapi Melayu masih terus terpinggir.

    Sekiranya umno telus, ikhlas dan jujur, pasti Melayu akan terus mendokongnya. Malangnya amanat bangsa telah dikesampingkan oleh umno melalui 'Ketuanan Melayu'.

    UMNO masih lalai, cuai dan mungkin akan terkubur dalam lenanya.

    Salam takzim.

    ReplyDelete
  4. Saya walau pun cina, tetap akan mempertahankan ketuanan melayu di Malaysia. Ya betul. Salahkah melayu ada Malaysia? Cina sudah pun ada China, begitu juga india. kenapa melayu tak boleh?

    ReplyDelete
  5. Di Malaysia, memang sudah biasa dengan konsep yang hebat tetapi pelaksanaan yang palat.

    Mungkin Malaysia perlu menjadi satu-satunya Negara orang Melayu di dunia di samping tidak mengabaikan rakyat.

    Itulah "Ketuanan Melayu Berteraskan Perpaduan Rakyat".

    ReplyDelete
  6. Syabas saudara Harimau,

    "Ketuanan Melayu Berteraskan Perpaduan Rakyat".

    Salam takzim

    ReplyDelete
  7. Terima kasih Tuan Kerajaan Rakyat. Itu cuma pandangan saya.

    Kenapa tidak menggunakan konsep yang lebih baik?

    ReplyDelete
  8. salam

    saya rasa filem '10 tahun sebelum merdeka' ada menceritakan perihal ini mengenai perlembagaan yang di drafkan oleh pejuang-pejuang melayu kemerdekaan pada waktu itu.

    dan seringkali kita lupakan pejuang-pejuang melayu yang membangkitkan kesedaran merdeka terhadap semua kaum di tanah melayu waktu itu.

    cuba cari di youtube.

    wasalam

    ReplyDelete
  9. Berapa kerat sangat india muslim, cina baba yang menerima kelebihan bumiputera dan melayu. Ramai antara mereka tidak menikmatinya. Penulis hanya melihat dari skop dan pengalamannya yang seketul dua itu sahaja. Kalau bangsa lain itu menikmati hak dan perkara berkait dgn adil pastilah aman. Pastilah takde rungutan, tidak wujud hindraf, tidak wujud pakatan rakyat dan DAP atau pembangkang yang lainnya tidak akan ada isu.
    Benar pokok pangkalnya perpaduan. Tetapi perkataan itu hanyalah retorik saja bila masalah perpaduan tidak diatasi. Berjuta2 rm dibelanja untuk untuk menyebarluas perkataan perpaduan tidak ada gunanya kalau masalah perpaduan masih membelenggu. Mereka tidak mempertikai hak istimewa org melayu dan bahasa melayu dan raja2 melayu. yang dipertikai ialah konsep ketuanan melayu yang mendominankan org melayu hingga menutup terus peluang bangsa lain dlm pendidikan dan banyak hal lagi.
    Ketuanan melayu ini hanya retorik kerana tak semua melayu menikmati DEP dll. Istilah ini hanya retorik utk mendapat sokongan org melayu dan bila sudah dpt sokongan, mereka akan mengabaikan melayu dan mengaut keuntungan...

    ReplyDelete
  10. Tuan Rimau;

    Memang didalam buku "The Chinese Dilema" yang di karang oleh seorang Cina yang menetap di Melbourne, Aust, beliau memang berkat bahawa sekiranye org Cina adalah pendudok asal Malaysia, maka pendatang Melayu tidak akan menerima pembelaan seperti penduduk Melayu asal berkian pada pendatang Cina.

    Satu lagi perinagatan pada orang2 Muda yang mungkin tidak tau, pada suatu masa dulu2, sekira nya orang Cina mapus, maka seboleh2nye mereka mau mayat atau abu dibawa pulag ke kampong asal di negara Cina.

    MRSM Kalae Chepo 66/73

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.