22.1.09

Usah Biar Politik Membentuk Kita

maaf pada Tuan punya gambar. (lupa sumber)



erm...sang harimau ni pro-mahathir kn?bole bgtau kepada kami tak,apa jasa yang telah dibuat oleh mahathir hingga sang harimau mengidolakan dan mendambakan beliau sedemikian rupe?hinggakan mahu legasi kuku besi mahathir diteruskan melalui mukhriz...dan juga dasar penswastaan utiliti negara dan perkhidmatan yang mengakibatkan dasar kapitalis semakin menguasai kerajaan...mengakibatkan kebajikan utk rakyat mula pudar dan hilang terus di malaysia ini..atas dasar utk mempercekapkan perkhidmatan yang diberikan...ianya tak dirasai dahulu sewaktu fasa awal pelaksanaannya..tapi mula dirasai 3 tahun kebelakangan ini.. { komentar dari asparados di sini }

Harimau bukan pro-Mahathir apatahlagi anti-Mahathir cuma 5/6 dari hidup Harimau dari zaman Mahathirisme. Harimau sememangnya menghormati Tun namun tidak bermakna Harimau adalah pecacai dan balaci Tun Mahathir. Biar Harimau terangkan serba sedikit pandangan Harimau di sini.

Pada tahun 1998 sehingga sekarang, Harimau tetap tidak bersetuju Anwar Ibrahim diaibkan sebegitu rupa walaupun Harimau tidak langsung tahu kesahihan tuduhan-tuduhan dari Tun dan Kerajaan.

Bagi Harimau, benar atau tidak tuduhan tersebut, sesorang insan tidak wajar dihambat dan dibelasah bertalu-talu dengan pengaiban dan tuduhan sebegitu rupa. Sehingga sekarang, Harimau tidak tahu sehingga berapa ratus tahun lagi Anwar Ibrahim terus dihujani tuduhan-tuduhan yang serupa. Bagi Harimau, Harimau hanya akan percaya dan yakin apabila terbukti depan mata kepala Harimau bahawa kemaluan Anwar menembusi lubang mencirit individu yang lain (maaf, kasar sikit).

Jika tidak, kita yang tidak nampak dan tidak layak menjadi saksi kes tersebut, usah mengundang dosa besar dalam bersubahat memanjangkan fitnah-fitnah itu. Full Stop!

Berbalik kepada persoalan melanjutkan legasi kuku-besi Tun Mahathir dengan sokongan kepada Mukhriz, jika diamati dengan dalam, Mukhriz hanya tersenarai sebagai "Menteri Kewangan" dan bukan Perdana Menteri. Bagaimana pula seorang Menteri Kewangan boleh menidakkan kebajikan rakyat?

Diringkaskan cerita secara rumusan, sememangnya Tun tidak maksum dan ada berbuat kesilapan, kekejaman dan kesalahan. Namun, kita bukannya Tuhan dalam menghukum Tun Mahathir tanpa ada sedikit pertimbangan di atas jasa-jasa besar beliau kepada negara. Cubalah menjadi manusia yang pemaaf dari menjadi manusia kejam. Kita kata beliau kejam sedangkan kita juga kejam dengan tidak memaafkan.

Jadilah insan yang neutral dan tidak terbelenggu dengan kebahalolan prinsip kepartian yang bukan-bukan. Biar kita yang membentuk landskap politik dan bukan politik yang membentuk kita.

Ada bagus dalam UMNO,

Ada bagus dalam PAS,

Ada bagus dalam PKR,

Carilah titik persamaan dan tutuplah perbezaan.

Sesungguhnya kita dari rumpunan yang satu.


Salam penuh neutral.

13 comments:

  1. benar itu wahai harimau... mengapa Melayu tidak boleh bersatu... Adakah bangsa kita sedar bahawa kita semua didalam keadaan yang cukup kritikal... pernahkah bangsa kita fikir yang suatu hari nanti mungkin nasib kita seperti Palestin.. yang mana Singapura tidak henti2 ingin mengganyang kita.. Bangsa2 lain ingin berkuasa di TANAH MELAYU ini. bukan saya berfikiran kolot atau kuno.. tetapi ape lagi yang Melayu ada kat Tanah Air kita ni? sejenak cuba kita lupakan arah politik kita... fikirkan masa depan anak2 kita... masa depan bangsa kita.. adakah kita boleh mengharapkan bangsa lain mempertahankan Bangsa dan Agama kita.. sedangkan DAP terang-terangan melaungkan AZAN TIDAK BOLEH DILAUNGKAN DENGAN KUAT.. Siapa yang membela kita ketika itu? Tolong lah Melayu.. Wahai bangsaku yang Mulia..

    ReplyDelete
  2. Tuan Dark Lord,

    Kita nampak tetapi kita sengaja buat2 tak nampak.

    Senang secrita, kita memilih untuk menjadi buta.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas titipan saudara atas persoalan yang diajukan tempohari...kini sya mengerti halatuju dan perspektif saudara dalam suasana politik negara..saya juga sependapat dengan saudara kerana neutralisasi adalah penting dlm konsep kenegaraan..

    tapi jika diamati benar2..saudara masih berpegang teguh pada konsep ketuanan melayu...ada sedikit unsur rasisme yg melekat dijiwa saudara sang harimau...

    tapi tak mengapa..yang penting berlaku adil kepada semua dan perjuangan utk kesejahteraan umum adalah penting..

    lwn tetap lwn..kwn tetap kwn..
    kwn2 xmau lwn..kwn2 xmau kawen..
    tp kalau dh jodoh,saya sebat je..huhahahaahha

    ReplyDelete
  4. tok rimau, bernas sekali pendapat n alasan tuan...tiada parti yg perfect sebab manusia mmg membuat silap...tetapi bersatu kita teguh n susah kena bom C4 ehehehe
    teruskan perjuangan

    ReplyDelete
  5. Salahkah kalau orang melayu memiliki malaysia sedangkan cina ada China dan india ada negara india?

    ReplyDelete
  6. salam

    bolehkah sepanjang masa kita menjadi neutral?ada ke dalam dunia ni perkara yang neutral?siang lawannya malam.sejuk lawannya panas.jahat lawannya baik.yin lawannya yang.

    sekiranya saudara nampak sesuatu perkara yang buruk atau baik,adakah anda masih lagi bersikap neutral?

    kalau bersifat non-partisan, yup.kita tidak menyebelahi mana-mana parti atau pihak berdasarkan situasi tertentu.even, manusia itu tidak akan bersikap neutral sekiranya terdapat sekolompok yang memperjuangkan perjuangan yang sama dengan matlamatnya.(dalam konteks ini amal makruf nahi mungkar)

    so, saya rasa definisi non-partisan adalah paling sesuai dari neutral.sekadar pandangan dari saya yang daif ini.

    wasalam

    ReplyDelete
  7. Biar saya jawab soalan anonymous11:17 am;

    Apa yang anda sebutkan adalah "pilihan". Jika kita bersikap neutral, tidak semestinya kita tidak membuat apa-apa pilihan.

    Pernahkah anda bertanya pada diri, kenapa Allah menciptakan 2 telinga kepada manusia? Ia untuk kita mendengar kedua-dua pihak.

    Pernahkah anda bertanya kenapa hanya ada satu otak? Ia untuk kita membuat penghakiman, keputusan dan pilihan.

    Pernahkah anda bertanya kenapa kita ada 2 telinga, 2 mata dan cuma 1 mulut?

    Ia untuk kita lebih mendengar, lebih melihat tetapi kurang bercakap.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  8. Tuan Harimau,
    Memang benar TDM banyak buat sesuatu semasa beliau mentadbir. Tuan takrifkan ia sebagai "berjasa besar".
    Dasar Penswastaan terhadap hak asas rakyat seperti air, elektrik, lebuhraya dll yang diperkenalkan Tun dikatakan membawa kebaikan kepada negara adalah benar. Syarikat penswastaan itu dan syarikat2 lain yang berkait mengaut keuntungan dan kekayaan. Kebaikan kepada rakyat?
    -bil dan bayaran yang lebih mahal
    -kualiti tidak seberapa banyak masalah seperti dulu
    Pembinaan KLIA yg menjadi kebanggaan. Dikatakan tercanggih dan mampu menampung kapasiti yg lebih besar.
    Kenapa hendak bina yg baru di Labu? Kata kapasiti mencukupi?

    Pembinaan Putrajaya dan banyak projek mega sapa yg dapat laba?benar ke peruntukan yg diberi diguna sepenuhnya untuk pembanggunan? atau entah2 separuh drpd peruntukan masuk kocek sykt?
    Ini bukan soal kepartian atau neutral dan sebagainya. Jangan kata neutral tapi tutup sebelah mata atas kekurangan2. Kalau neutral kenapa sibuk menyokong sebelah pihak sahaja..

    ReplyDelete
  9. Anonymous, hang tak pernah tengok aku terajang UMNO.

    Kalau salah, ia tetap salah. Mana mungkin boleh jadi betul?

    Yang kamu sebut itu, kesilapan Tun Mahathir...Cuba kamu sebut jasa-jasa dia pula. Takkan takde dalam senarai kot?

    Anwar pun ada jasa, Ezam tu pun pernah berjasa apatahlagi Ibrahim Ali.

    Jangan tengok sebelah jahat saja Mak Anon oiii..

    ReplyDelete
  10. Anon 13:11,
    Sebab KLIA dilihat masih mampu menampunglah, KLIA-East Labu tu ramai tak setuju. Dan ingat, soalan tu bukan untuk TDM, tp PM yg sekarang. Salah tempat nak persoalkan.

    Dan saya setuju, memang, siapa pun pernah buat silap dan akan buat silap. Cuma, biarlah berpada dalam mengkritik. TDM pun manusia, kita semua manusia..yang kita duk sorak TDMnye salah, bandingkanlah kemudahan asas zaman dahulu dengan sekarang. Jangan kerana diri sendiri tak rasa, dikatakan membazir. Kalau macam tu, saya yang tidak ke F1 Sepang boleh kata membazir, sebab saya tak pergi. Tengok F1 kat TV pun tidak. Tapi, tengoklah bagaimana kesannya, sampai Singapura yang sekangkang kera pun nak buat F1 dia sendiri.

    Gunakan akal, mengkritik biar berpada. Baik BN, PAS, DAP dan PKR, kesemua pemimpin dan pembantunya yang buat kerja, memang ada jasanya..

    Walahualam...

    ReplyDelete
  11. Rimau,
    apa jasa besar madey? hang tulih dia berjasa besar...mana lagi besar kalau compare dengan yg telah ditulis wahai mak gimau yg neutral..

    ReplyDelete
  12. http://en.wikipedia.org/wiki/Neutrality_(philosophy)

    saya rasa ada link mengenai 'neutral' di wikipedia.

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.