28.1.09

Tidak Perlu UMNO Untuk Berbicara Perihal Bangsa Sendiri

Mungkin ramai yang menganggap Harimau terlalu UMNO untuk berbicara hak dan keistimewaan bangsa Melayu walhal Harimau cuma dambakan jaminan sambil bersuara atas tiket manusia beragama Islam berbangsa Melayu di bumi Malaysia. Dalam soal ini, sila letak tepi perihal siapa UMNO, siapa PAS atau siapa PKR. Janganlah asal sebut Melayu, ini agenda UMNO. Merdekakan minda kalian.

Kenapa kita sering mencampur-adukkan politik dalam semua hal?

Jika kita menonton siaran RTM lewat malam tadi (saya lupa tajuk nya) yang menjemput 3 panel; seorang Pensyarah banggali, seorang Professor berbangsa Tionghua dan seorang tak tahu apa bangsanya, tentu kita sedar apabila Profesor berbangsa Tionghua itu mendabik dada bahawa Cina zaman moden berani dan sudah mencari rezeki di Taiwan dan China dan ramai yang berjaya membawa balik kekayaan dan kesenangan. Malah, tambah beliau jika beliau ada kesukaran, hanya satu panggilan sudah memadai untuk menyambungkan beliau dengan puluhan ribu warga Malaysia berbangsa Cina di sana. "Untuk apa merebut potongan pai yang telah ditentukan hak?" katanya.

Itu kebanggaan beliau perihal bangsanya.

Kita bercerita pula hal bangsa kita.Bayangkan anda yang berkulit sawo-matang dan berbangsa Melayu, terdapatkah lagi negara yang didominasi Melayu yang boleh kalian bergantung harap?

Jika kalian kata "Ya" kerana mengambil kira Brunei atau Indonesia, kalian memang hebat. Tetapi, berapa kerat pula yang sehebat kalian?

Kita tidak perlu zalim dan kejam kepada bangsa lain hanya untuk menyuap anak bangsa sendiri, kita tidak perlu punah untuk sedar, tidak perlu jahanam untuk nampak. Cukup sekadar kita tanya diri, adakah aku akan dilayan sebegini rupa jika aku disamaratakan? Kalau tidak pun, sebaik yang diterima bangsa bukan bumiputera ketika ini?

Bukan Harimau tidak mahu atau bacul untuk bersaing, malah sudah pun bersaing; cuma kita berfikir tentang jaminan. Soalan asal yang Harimau ajukan, apakah jaminannya?

Ingat! Kita memang SATU Bangsa Malaysia namun ia tidak begitu di atas kad Pengenalan kalian.

Terlanjur berbicara, suka Harimau menjawab seperenggan komentar:
apa salah bangsa lain yg jadi warga negara d negara ini. ko mungkin x mengerti tp cukuplah ko mengandaikan ko lahir sebagai bangsa non malay d negara ni. salahkah mereka? salah kah mereka dilahirkan sebagai non malay dan krn itu harus dinafikan hak2 sebagai bangsa bukan melayu ? { sini }

Tuan,

Harimau tidak berbicara hal bangsa lain apatahlagi mahu hak mereka dinafikan. Kita mungkin bersedia untuk bersaing sama paras dan sama getir dengan sahabat kita bukan-bumiputera, cuma anak bangsa kita yang masih keciciran perlu juga kita fikirkan. Sebab itu hal-hal jaminan, undertaking letter, formula kepimpinan dan pengagihan kekayaan yang Harimau bangkitkan. Kamu mungkin peguam atau Doktor atau seorang professional yang hebat, tetapi bagaimana pula dengan adik-adik kita yang gagal SPM, PMR, buta huruf dan miskin tegar? Jika nasib kalian TELAH diperjuangkan pemimpin-pemimpin lalu (kalau tidak pun pemimpin mutakhir), mengapa kita mahu lalai dalam memperjuangkan nasib anak bangsa kita yang terkemudian?

Benar, kita perlu berhijrah dan berubah. Untuk apa berhijrah ke arah yang tidak pasti? Ke arah yang risikonya adalah kehancuran?

Melayu sememangnya bermentaliti tongkat. Namun tongkat yang ada pada kamu mungkin besar ertinya pada mereka yang buta. Ia tidak perlu dibuang tetapi perlu disimpan.

Akhir qalam, kita boleh bersaing tanpa meminda apa-apa yang telah termaktub. Kita mungkin tidak perlu semua itu tapi manalah tahu ia amat penting bagi anak bangsa kita yang terkemudian.

"Cabaran orang dahulu adalah penentangan bangsa asing manakala cabaran orang sekarang adalah penentangan anak bangsa sendiri" Harimau Menaip, 2009.

8 comments:

  1. Assalamualaikum anakku,

    Benar, yang benar tetap benar walau PAHIT.

    Cabaran orang Melayu sekarang adalah dari Bangsa mereka Sendiri.

    Baik buruk masa hadapan Bangsa Melayu sekarang ditangan setiap mereka!!

    ReplyDelete
  2. cuba lihat kepada Melayu Singapura adakah mereka mendapat layanan samarata.

    cuba lihat Melayu Pulau Pinang dari dulu hingga sekarang masih jauh ketinggalan.Orang Melayu nak kerja dengan syarikat China pun mesti pandai berbahasa China.

    Satu-satunya tempat orang Melayu mendapat kerja adalah kepada kerajaan. Jadi pegawai kerajaan dari sekecil-kecil pangkat hinggalah ke sebesar pangkat.

    Dalam syarikat swasta tempat orang Melayu bergantung harap adalah kepada syarikat milik kerajaan seperti Telekom, TNB, dll. Maka ramailah anak Melayu jadi Pengurus Besar dan CEO.

    Bayangkan kalau negara ini diperintah seperti di Singapura tu adakah tempat untuk orang Melayu. mungkin ada tetapi ibarat melukut di tepi gantang sahaja.

    Kesimpulnya ''lu pikir lah sendiri'' meminjam kata Nash.

    ReplyDelete
  3. Salam, apa yg nak susah ikut ja apa yg tmaktub dlm Plembagaan, senang ceta, tak payah layan jeritan yg x ikut law ni...

    ReplyDelete
  4. ya betul tu. Di penang, kerajaan sekarang, try nak pinggirkan melayu. nasib baik saja ada undang-undang yang menghalang. Dan sekarang, mereka cuba nak meminggirkan bahasa melayu dengan pelbagai alasan.

    Saya yang bukan melayu ni, naik heran. Ada juga melayu yang tak sedar itu semua. mereka dimomokkan dengan khabar yang indah dari rupa sebenar. Sampai bila melayu nak lembut dan bertolak ansur tak bertempat?

    ReplyDelete
  5. Kamu mungkin peguam atau Doktor atau seorang professional yang hebat, tetapi bagaimana pula dengan adik-adik kita yang gagal SPM, PMR, buta huruf dan miskin tegar? Jika nasib kalian TELAH diperjuangkan pemimpin-pemimpin lalu (kalau tidak pun pemimpin mutakhir), mengapa kita mahu lalai dalam memperjuangkan nasib anak bangsa kita yang terkemudian?
    --------------------------------------------------
    salam kpd saudara rimau yg d kasihi. terima kasih krn membuka ruang perdebatan dan perbahasan.

    oleh krn saudraa rimau ada menyuarakan ttg hal pendidikan spt d atas, maka izinkan saya memberikan pandangan berkaitan isu pendidikan dlm negara yg ada kaitannya dgn " ketuanan melayu".

    saudara, bg saya, sepatutnya Universiti yg d yang tanggung/ disediakan krjn itu utk mereka yg terbaik sahaja. utk menjadi terbaik, maksud saya ialah mereka perlu utk memperolehi keputusan baik dan cemerang dlm peperiksaan (SPM).

    masalah di negara kita, universiti awam di bina tak byk. (tak setimpal dgn jumlah manusia yg semakin hari semakin bertambah d m'sia). ada pulak Universiti diperuntukan kouta2 utk setiap bangsa. akhirnya jadilah keadaan dimana yg masuk U hanya melepasi kouta bangsa , wujud masalah kurang b'kualiti dan balik2 repeat paper x pandai2 selesai pengajian.

    bila ini berlaku negara kerugian besar. kemudahan dan kekosongan d Universiti tidak di manfaatkan sebaiknya. berbilion2 d belanja utk byr gaji pensyarah , upgrade fasiliti tp yg dok keluar tak memenuhi tahap yg memuaskan. Ini satu kerugian.

    kenapa tidak kita bina byk Universiti? jumlah yg dapat menampung mereka2 yg terbaik seluruh negara tanpa mengira jantina dan bangsa yg penting WARGA NEGARA MALAYSIA. Kita permudah dan murahkan segara yuran, kos hatta menaggung (biasiswa) utk mereka yg terbaik
    ini sebagai perghargaan krn rajin menuntut ilmu. bilamana mrk selesai pengajian ,kita ikat mereka2 ini dimana mrk harus berkhidmat d dlm negara utk tempoh tertentu krn telah d bayai pengajian mrk sebelum ini.( sebagai tanda penghrgaan dan kesetiaan)


    tahukah saudara betapa ramai yg tidak berkesempatan utk meneruskan pengajian d universiti awam lalu terpaksa study ke luar negara dan bila telah tamat pengajian mrk d beri peluang pekerjaan d negara tersebut sebagai timbal balas kpd kemudahan2 yg telah d terima sewaktu mengikuti pengajian. syg seribu kali syg krn mereka2 ini kebanyakkan nya teribat dlm bidang2 penting spt perubatan . kepakaran mrk di gunakan utk negara lain .dgn pelbagai keistimewaan dan gaji yg lumayan betapa ramai d rmrk yg rela menukar kerakyatan krn merasakan kehidupan lbh baik d sana. keluarga d m'sia? bisa d antar wang bila. ah, uda ada pn yg bwa 1 keluarga menetap terus d negara luar.

    kerana itu sampai hari ini kita ada masalah dlm bidnag perubatan- kita x pernah cukup doktor dan pakar. lalu,kita terpaksa import dr negara india. gaji mereka ckp tinggi. betapa sekali lagi negara terpaksa byk membuang duit.

    ini benar2 terjadi tuan harimau dan mgkin jd akibat dari ' ketuanan melayu' yg dok kita agung2 kan sgt terutamanya dlm bidang penting spt pendidikan pd akhirnya kita semua rakyat m'sia yg majoritinya melayu ckp sukar sekali merasa utk mendapat rawatan pakar perubatan first class dgn harga yg murah.

    dlm konteks pendidikan, kenapa tidak kita khas kn Universtiti hanya tmpt utk yg terbaik. kpd mrk2 yg belum mendapat kptsan baik atau cemerlang, kita bg mrk peluang. bila2 mrk boleh study subjek yg mrk ingin perbaiki s pringkat SPM. belajar la bila2 dan andai dpt kptsan cemerlang, barula lepas ke U dan layak utk mendapat pengajian percuma.(biasisawa).

    bila universiti kita hanya utk terbaik, kita akan berpeluang merasai keadaan di mana bakal pemimpin yg memimpin negara ini fikirannya kelas pertama. bila pemimpin2 bijaksana dan rajin tuntut ilmu, tuan harimau akan tau apa implikasiya akan dtg.

    saya jg berpandangan, andai sesuatu itu uda terbukti gagal, kenapa harus takut utk berubah?.

    ada pepatah mengatakan ' berusaha melakukan sesuatu itu lebih baik dari diam tanpa berbuat apa2'

    saya cukup tertarik dgn 1 babak dlm filem braveheart dimana William Wallace (mel gibson) menjelaskan kpd org2 nya yg takut dan tidak yakin utk bertempur demi perubahan ( kebebasan)memandangkan jum mrk yg sikit, krg senjata .

    http://www.youtube.com/watch?v=WLrrBs8JBQo&feature=related

    mungkin kita boleh sama2 hayatinya.

    sekian.

    ReplyDelete
  6. salam

    sekadar info :

    Program tersebut namanya Di Luar Lingkungan (www.dll.my)

    Tetamu malam itu :

    1. Dr Sarjeet (UPM)
    2. Ann Wan Seng (Cina Muslim dan aktivis PAS)
    3.Dr Khoo Kay Ping (Chauvinist Cina.Saja jemput dia sbb nak tunjuk betapa orang cina memang macam tu)

    tujuan diskusi malam tu nak membangkitkan suasana provokatif terhadap orang melayu supaya dapat berfikir disamping kedudukan melayu islam sekiranya PR memerintah kelak.

    Kita bercakap mengenai penyelesaian yang sepatutnya dilaksanakan bagi mengelak permasalahan yang akan berlaku dalam tempoh 20-30 tahun akan datang.

    Harus pandang ke depan.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih aku...

    Mungkinkah kamu adalah hos rancangan itu?

    ReplyDelete
  8. salam

    tuan, saya bukanlah hos rancangan tersebut.Hos tersebuat adalah Tuan sayed munawar (yang juga merupakan hos Apa Masalahnya di radio 24)

    wasalam

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.