Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

27.1.09

Sebelum Keistimewaan Melayu Dikorbankan...

Jika disebut Hak dan Keistimewaan Melayu, akan ada suara-suara yang menentang tanpa memikir impaknya. Walhal, ia 'dicipta' untuk memastikan anak-cucu-cicit kita yang berbangsa Melayu akan terbela nasibnya, periuk nasinya, pelajarannya, kesihatannya dan kekayaannya. Persoalan samada keturunan kita tidak merasa apa-apa, bukanlah perkara pokok dan utama. Secara total, Harimau tidak kaya atau senang hasil dari Dasar Ekonomi Baru namun tidak pula berminat mahu menerajang habis-habisan konsep "Melayu Itu Tuan".

Mungkin, kejayaan di PR di Trengganu bisa diterjemahkan sebagai Melayu sudah bersedia untuk berkongsi secara samarata yang total dengan kaum-kaum bukan Bumiputera. Persoalannya, bersedia kah Melayu secara 100% untuk disamaratakan? Tidak cukup samaratakah kita sekarang?

Sebagai Anak Tanah Ini (the son of the soil), tidak wajar sebenarnya bangsa Melayu yang dipersoalkan. Yang wajar disoal dan ditanya, adalah kaum-kaum bukan Bumiputera. Sekurang-kurangnya, 3 soalan ini:
  • mereka (bukan-bumi) berkata sistem pelajaran mutakhir tidak bagus dan bersifat perkauman, maka apakah formula yang mahu mereka ketengahkan?
  • mereka berkata sistem politik mutakhir berat sebelah dan menzalimi mereka, maka apa bentuk sistem yang mahu mereka jalankan?
  • mereka kata pemberian kontrak berat sebelah dan prejudis, maka minta mereka bentangkan dahulu idea dan formula mereka.

Percayalah, mereka tiada formula yang bagus. Kita yang terlalu bemimpi dan baik hati. Ingat! Yang kita gadaikan adalah keistimewaan Bangsa kita. Sekali tergadai tidakkan mungkin dapat ditebus.

Pernahkah kalian melihat ketidak-adilan pemberian kontrak di syarikat swasta? Langsung tiada ruang buat orang Melayu! Maaf. Ia suatu fakta.

Orang Melayu dicantas hidup-hidup, projek tahap daging di agih kepada kroni "mereka" tanpa segan dan silu. Anak Melayu yang berkebolehan dan berpengalaman di main-main dan dibodoh-bodohkan. Ia terjadi sekarang ketika Melayu mendabik dada sebagai Anak Tanah Ini.

Bagaimana pula jika keistimewaan itu tiada? Tanya mereka dan pinta mereka bentangkan dahulu. Kalau perlu suatu undertaking letter sebagai jaminan, maka ia adalah wajib diminta. Tengoklah betapa menggigilnya mereka menandatangani surat itu.

Janganlah kita menyerupai konsep Malaysian Malaysia yang takut untuk belajar di Sekolah Wawasan! Cakap tidak serupa bikin.

Harimau : takkan Melayu hilang di dunia.

14 comments:

PAPA GOMO said...

YA BETUL TU BRO...
ADAKAH KITA MELAYU MENGHALANG MEREKA BANGSA PENDATANG INI MENCARI KEKAYAAN DI TANAH MELAYU???

KITA ADA CAKAP KE LU KAUM PENDATANG KUMPUL WANG SAMPAI INI TAHAP JE...
LEBIH TAK BOLEH...

ADA KE KITA MELAYU CAKAP MACAM TU???

YANG BANGANGNYA ORANG PAS DAN PKR.
TAKPA KONGSI SEMUA...
LAYAN DIEORANG BAIK-BAIK...

TAPI SENDIRI JUGAK KAIS PAGI MAKAN PAGI...
KAIS PETANG MAKAN PETANG...

ADA FIKIR KA???

Anonymous said...

Orang Melayu dicantas hidup-hidup, projek tahap daging di agih kepada kroni "mereka" tanpa segan dan silu. Anak Melayu yang berkebolehan dan berpengalaman di main-main dan dibodoh-bodohkan. Ia terjadi sekarang ketika Melayu mendabik dada sebagai Anak Tanah Ini.
-------------------------------------
saudara, sapa yg mengagih2 kn projek2 ni? setahu saya, yg gila mengagihkan projek2 ni tak lain tak bukan adalah parti UMNO - parti perkauman melayu. parti yg majoritinya org melayu-islam , pemimpin melayu islam tp secara terbukti telah gagal meletakkan melayu islam itu kedudukan yg lebih baik. mungkin kedudukan pemempin2 yg berjumlah beberapa kerat tu ja la yg baik. tau pasal apa baik? cube tanya napa masa permiihan ketua bahagian UMNO sampai bertumbuk bergusti. mengalahkan PRU. lu akan tau jwpnnya bro.

aku percaya melayu islam ini kalo berpegang kpd ajaran islam yg sebenar , tak perlukan pn 'ketuaan melayu ' ni. tak payah nak pakai konsep kita tuan, lu cian india dtg ke tanah tuan la, kami tuan tanah la, HELLO!. ini th 2009 la wei.

yg hang takut sgt kita bersaing napa? hang dok nk wujudkan perbezaan pd rakyat m'sia tu buat pa? aku rasa hang kurang berkwn ma bangsa lain. dok kawan ma melayu ja memanjang. ini la jadinya.

aku org melayu-islam. aku x setuju kita dok terpekik2 pasal ketuaan melayu. uda 50 thn agung2kan ketuaan melayu adakah melayu dok tinggi sgt? ketuaan melayu ni mejadikan kan bangsa melayu ni mentaliti subsidi, malas beusaha, malas bersaing, hilang kualiti dan daya saing. paham?

dok pekik2 ketuaan melayu ja yg pasti telah mewujudkan perasaan kurang senang bangsa lain. tak malu ko kita ni bangsa yg dok minta subsidi (krn dlm negara ini keutamaan bantuan, pinjaan d utamakan kpd bumi) walhal bangsa cina itulah yg menyumbang byk dr segi cukai dan pendapatan negara? bangsa cina itulah yg bekerja kuat, berniaga lalu mewujudkan byk peluang perniagaan lalu bangsa kita juga la yg cari mkn d situ. apa jd kita berpaksikan ketuaan melayu ? uda byk buka company besar? pegang ekuti? hakikatnya DEB itu sendiri gagal!!

apa salah bangsa lain yg jadi warga negara d negara ini. ko mungkin x mengerti tp cukuplah ko mengandaikan ko lahir sebagai bangsa non malay d negara ni. salahkah mereka? salah kah mereka dilahirkan sebagai non malay dan krn itu harus dinafikan hak2 sebagai bangsa bukan melayu ?

tahukah ko berapa ramai ibu bapa bukan melayu terpaksa bergadai apa yg ada demi membayai pendidikan tiggi anak2 mrk krn krgnya tmpt dan d nafikan hak mrk d U , kojel awam? cth plg baik kaum india yg melanjutan pengajian d bidang kedoktoran. dan d saat ko , anak2 ko waima seluruh keluarga yg berbangsa melayu itu masuk hospital atau klinik krn sakit, mengapakah ko tidak menolak rawatan yg mereka ( doktor bukan melayu) berikan pd ko atas dasar mereka bukan bangsa kita melayu?

ketuaan melayu itu rasis dan aku sebagai org melayu islam melihat kpd kesaksamaan dan keadilan menantang konsep terbabit.

maafkan ku wahai saudaraku tn harimau andai tulisan ku agak kasar. salam

Anonymous said...

Salam saudara Harimau.

Pasal inilah saya terpaut sangat-sangat pada blog Harimau Menaip.

Satu titipan hebat dan 'menggiurkan'.
Tahniah..!!!

Salam takzim

fital said...

sebok-sebok pasal ketuanan Melayu, orang cina tak payah jadi tuan pun dah jadi tuan besar. Dia menguasai ekonomi> Oleh itu boleh mencaturkan politik negara.Orang Melayu semakin ketinggalan. Orang India semakin lantang menuntut keadilan.

Anonymous said...

harimau menaip nampaknya sangat sayangkan tongkat dan mahu terus menyusu sampai beliau KO...
oleh sebab itu semangat ketuanan melayu yg sangat2 menebal dalam diri beliau...Harimau menaip adalah tokoh Melayu sejati. Kononnya harimau tapi layu saja...Hidup Melayu!! Pertahankan Ketuanan Melayu!!Pertahankan tongkat dan Susu..
kahkahkah...typical malay

Harimau-Menaip said...

Wahai Anonymous 5:22pm,

yg hang takut sgt kita bersaing napa? hang dok nk wujudkan perbezaan pd rakyat m'sia tu buat pa? aku rasa hang kurang berkwn ma bangsa lain. dok kawan ma melayu ja memanjang. ini la jadinya.
----------------------------

Aku cerita bab pengagihan projek swasta. Aku tahu sebab aku jaga jabatan tu. Sila jangan menjerit terpekik terlolong tak tentu pasal tanpa baca ayat aku betul-betul.

Kau cakap aku tak berkawan dengan orang bukan bumi? Kau silap Jose. Aku berkawan baik dengan Cina dan Melayu...namun itu bukan sebab untuk aku jual bangsa.

Aku suruh kau tanya soalan tu, ada kau tanya tak?

Maaf...kasar sikit.

----------------------
Kepada yang lain,

Baca, fikir dan fahami soalan Harimau. Salah ke kita minta jaminan? Ini bukan hal main-main.

Saya tak pernah dengar bukan Bumi mempertahankan orang Melayu...tapi sekarang ramai orang Melayu jadi hero Tamil dan opera Cina.

Bagus. Cuma sekali-sekala, fikirlah juga impaknya.

Harimau-Menaip said...

Tuan Kerajaan rakyat,

Tidak salah kita sediakan payung sebelum hujan. Jangan ikut buta tuli. Kita mahu jaminan.

Sekarang, kuasa politik masih ada. Jika tiada?

Saya menjadi Penolong Pengurus di syarikat swasta selama 4 tahun. Saya tahu bagaimana racistnya di syarikat swasta.

Salahkah kita fair and square? Melayu mentadarah di projek kerajaan dan bukan Melayu mentedarah di projek swasta?

Bukan kah itu realiti yang sedsang berlaku?

Sekadar mengajak kita berfikir sejenak. Jangan emosi.

Salam Takzim pada sahabat Maya, Tuan Kerajaan Rakyat @ Tuan Sofi.

Tai said...

Kepada anoun ni, saya rasa, dia ni, dah jadi melayu bongok. Melayu pelacur yang sanggup gadai apa saja. Kalau anak bini boleh digadai, habeh dia bagi.

Ni aku orang cina nak bagi tau. Tak salah orang bukan bumiputera dilahirkan. Tapi sejarah jangan dinafi. Salahkah kalau orang melayu jadi tuan di Malaysia? Cina sudah punya China, India sudah punya India. jadi, melayu nak bubuh di mana? Takkan bongok sangat? Takkan semua nak digadai termasuk anak bini hang tu lain kali? Awat bodoh sangat? Pakailah otak tu sikit. Sampai bangsa sendiri semua nak gadai. Dah macam pelacur dah aku tengok pembangkang PKR dan Pas ni. Hampa ingat Dap tu nak sangatkah hampa pegang kuasa?

Unknown said...

Salam sdr. Tok Rimau,

Perlembagaan sudah memaktubkan hak-hak orang meluyu jadi kalau disamaratakan kenalah ubah perlembagaan dulu. Tapi kalau tok wakil melayu bersetuju dengan pindaan ini tak tahulah nak kata apa. Sia-sialah perjuangan Mat Kilau dan Tok Gajah, tak bergunalah perjuangan Tok Janggut dan Penglima Naning! Tidak ada nilailah perjuangan mereka.

Harimau-Menaip said...

Tuan Mountdweller, Tuan Fital, Sedingin Salju dan Tuan Gomo,

saya amat hargai pandangan kalian. Samada ia sehaluan atau tidak dengan apa yang saya fikir, ia tidak jadi hal. Saya terbuka. Tidak semestinya saya betul 100%. Saya bercakap kerana saya pernah rasa.

Jangan tersilap baca dengan mengecop saya kaki kipas parti UMNO. Saya neutral.

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku Harimau,

Masa Mak Cik muda-muda dulu lepas MCE bekerja dengan MBF Finance yang sekarang dah jadi AMFinance. Gaji Pokok RM170.00 + kola RM30.00. Pelanggan 95% Cina dan Mak Cik seorang saja Bumi (tu pun anak angkat Cina jugak). Mereka terpaksa ambil Mak Cik sebab kuota Kerajaan.

Apa yang Mak Cik nak pointkan adalah betapa KAYA nya orang Cina. Mereka memang banyak wang sebab net working yang kuat antara satu sama lain. Masa itulah kerajaan bekerja keras nak naikkan taraf hidup dan ekonomi orang Melayu.

Supaya kita dapat rasa 30% pun dari kek ekonomi, 30% pun jadilah. Kita orang Melayu bukan tamak. Dan dalam pada tu kita tak sekat APA pun yang mereka nak buat. Siapa yang punya harta kekayaan atas Gunung di Banjaran Titiwangsa??

UMNO lah yang telah membuat ini semua. Ini sejarah. Betapa macam macam Tun Razak, Tun Hussien Onn, Tun Dr. M telah lalui pada zaman zaman untuk Menaikkan taraf hidup orang Melayu.

Dan juga pejuang pejuang lama lama yang Tuan Mountdweller kita sebutkan.

Jadi tidak ada sebab kita tidak mesti berusaha kekalkan KETUANAN kita orang Melayu. Sebab ini adalah Negara Tanah Tumpah kita. Kita tidak ada lain lain "MOTHER LAND".

Kedua, pejuang dan Pemimpin kita telah bekerja kuat supaya kita berdaya saing dengan bangsa Cina dalam Perniagaan, sebab itu ujud MARA dan sebagainya.

Kita tak usahlah pergi jauh. Lihat sahaja Indonesia. Betapa kaya rayanya Orang Cina dibanding dengan pribumi Indon sendiri. Pemerintah mereka TIDAK menolong mereka, tidak ada MARA, tidak ada apa apa.

Mak Cik lihat sendiri semasa di Jakarta. Betapa Orang Orang Cina di sana berkahwin dalam hotel hotel mewah dan pada waktu yang sama Suami Mak Cik Solat Jumaat di salah sebuah Masjid di mana mereka merintih dalam Khutbah betapa terlalu jauh beza mereka dengan Cina yang Kaya raya, gaji mereka sebagai pekerja biasa rata rata lima ratus ribu rupiah sebulan, cuba anak ku Harimau convertkan berapa RM tu.

Maaf panjang lebar sikit coretan ini. Mak Cik tak faham mengapa Orang Melayu sendiri tak mahu atau marah sangat dengan Ketuanan Melayu ini. Bukan kita nak kacau sesiapa, kita hanya mahu pertahankan hak kita. Itu sahaja.

Pasal Kroni dalam UMNO atau apa pun TIDAK ada kena mengena dengan KeTuanan Melayu, sebab? Sebabnya jika PAS atau PKR pun jadi kerajaan Malaysia mereka juga MESTI/WAJIB pertahankan KeTuanan Melayu.

Itu patut jadi asas Parti Melayu Islam. Kalau Mahu Hukum Hudud ikut Islam, ya memang. Tapi jangan lupa pada perjuangan Bangsa, sebab Bangsa kita Bangsa Melayu dan Tanah air kita, Tanah Melayu.

Kalau semata mata berbaik dengan parti kompenan Cina, India atau Bengali hendak gadaikan dan kompromikan Ketuanan Melayu, tak payahlah. Tak Payahlah kita biarkan Pemimpin macam ini.

Sedarlah wahai Pemimpin Melayu yang duduk semeja pakai baju tradisi merah Cina rayakan Tahun Lembu di tv tadi..kamulah Lembu kalau kamu tak pertahankan Ketuanan Bangsa kamu sendiri. Kubur kamu akan diludah anak bangsa satu hari nanti.

Anonymous said...

Gempak!!!!!!

Blogger Angin Perubahan GAY!!!

Aku dpt maklumat dari sumber yang boleh dipercayai!!!!

Tunggu ...........................

Berita ini akan tersebar sedikit masa lagi!!!

Tai said...

ya betul sangat apa yang makcik kata tu. Saya yang bukan melayu ini, menyokong 100% apa yang makcik katakan itu. Tak tau kenapa si melayu bongok ni begitu sekali bencinya dengan ketuanan melayu.

memang cina kalau kita pergi ke mana pun, mejoritinya, kaya-raya. memang ada yang miskin, tapi, susah nak cari.

melayuangkat
has left a new comment on the post "
Sebelum Keistimewaan Melayu Dikorbankan...":

Assalamualaikum anakku Harimau,

Masa Mak Cik muda-muda dulu lepas MCE bekerja dengan MBF Finance yang sekarang dah jadi AMFinance. Gaji Pokok RM170.00 + kola RM30.00. Pelanggan 95% Cina
dan Mak Cik seorang saja Bumi (tu pun anak angkat Cina jugak). Mereka terpaksa ambil Mak Cik sebab kuota Kerajaan.

Apa yang Mak Cik nak pointkan adalah betapa KAYA nya orang Cina. Mereka memang banyak wang sebab net working yang kuat antara satu sama lain. Masa itulah
kerajaan bekerja keras nak naikkan taraf hidup dan ekonomi orang Melayu.

Supaya kita dapat rasa 30% pun dari kek ekonomi, 30% pun jadilah. Kita orang Melayu bukan tamak. Dan dalam pada tu kita tak sekat APA pun yang mereka nak
buat. Siapa yang punya harta kekayaan atas Gunung di Banjaran Titiwangsa??

UMNO lah yang telah membuat ini semua. Ini sejarah. Betapa macam macam Tun Razak, Tun Hussien Onn, Tun Dr. M telah lalui pada zaman zaman untuk Menaikkan
taraf hidup orang Melayu.

Dan juga pejuang pejuang lama lama yang Tuan Mountdweller kita sebutkan.

Jadi tidak ada sebab kita tidak mesti berusaha kekalkan KETUANAN kita orang Melayu. Sebab ini adalah Negara Tanah Tumpah kita. Kita tidak ada lain lain
"MOTHER LAND".

Kedua, pejuang dan Pemimpin kita telah bekerja kuat supaya kita berdaya saing dengan bangsa Cina dalam Perniagaan, sebab itu ujud MARA dan sebagainya.

Kita tak usahlah pergi jauh. Lihat sahaja Indonesia. Betapa kaya rayanya Orang Cina dibanding dengan pribumi Indon sendiri. Pemerintah mereka TIDAK menolong
mereka, tidak ada MARA, tidak ada apa apa.

Mak Cik lihat sendiri semasa di Jakarta. Betapa Orang Orang Cina di sana berkahwin dalam hotel hotel mewah dan pada waktu yang sama Suami Mak Cik Solat
Jumaat di salah sebuah Masjid di mana mereka merintih dalam Khutbah betapa terlalu jauh beza mereka dengan Cina yang Kaya raya, gaji mereka sebagai pekerja
biasa rata rata lima ratus ribu rupiah sebulan, cuba anak ku Harimau convertkan berapa RM tu.

Maaf panjang lebar sikit coretan ini. Mak Cik tak faham mengapa Orang Melayu sendiri tak mahu atau marah sangat dengan Ketuanan Melayu ini. Bukan kita
nak kacau sesiapa, kita hanya mahu pertahankan hak kita. Itu sahaja.

Pasal Kroni dalam UMNO atau apa pun TIDAK ada kena mengena dengan KeTuanan Melayu, sebab? Sebabnya jika PAS atau PKR pun jadi kerajaan Malaysia mereka
juga MESTI/WAJIB pertahankan KeTuanan Melayu.

Itu patut jadi asas Parti Melayu Islam. Kalau Mahu Hukum Hudud ikut Islam, ya memang. Tapi jangan lupa pada perjuangan Bangsa, sebab Bangsa kita Bangsa
Melayu dan Tanah air kita, Tanah Melayu.

Kalau semata mata berbaik dengan parti kompenan Cina, India atau Bengali hendak gadaikan dan kompromikan Ketuanan Melayu, tak payahlah. Tak Payahlah kita
biarkan Pemimpin macam ini.

Sedarlah wahai Pemimpin Melayu yang duduk semeja pakai baju tradisi merah Cina rayakan Tahun Lembu di tv tadi..kamulah Lembu kalau kamu tak pertahankan
Ketuanan Bangsa kamu sendiri. Kubur kamu akan diludah anak bangsa satu hari nanti.

Anonymous said...

Slm.
Bangsa.
Itula yg menghancurkan ISLAM msa kini.
Itu la yg menyebabkan negara2 arab berpecah belah.
bukan nk menafikan bangsa sendiri.
tapi sedarlah.
pertahankan bangsa melebihi agama??
adakah di padang mahsyar nnti Allah akan bertanya
"Apa yg kamu lakukan utk bangsamu??"
sekadar renungan..