Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

17.1.09

Bravo dan Takziah

Dengan kemenangan PAS di Parlimen Kuala Trengganu, nampaknya akan ada satu Pusat Karaoke akan dibuka memandangkan Wan Farid sudah tiada apa hendak dibuat.

Rasanya, keputusan Post Mortem Mac 2008 belum lagi ditelaah, post mortem Permatang Pauh masih dalam proses percetakan; sudah ada tugas baru buat pembedah-pembedah siasat Barisan Nasional. Adakah benar Wan Farid disabotaj?

Kemenangan PAS bukan suatu kejutan kerana sudah diramal Harimau pada pagi tadi { sini }.

Tahniah pada PAS dan Pakatan Rakyat.
Takziah buat Barisan Nasional (sekali lagi). Siapa Pengerusi Pilihanraya Kuala Trengganu ye?

Nampaknya, Putrajaya semakin melambai Anwar Ibrahim. Sesuatu perlu dilakukan oleh semua iaitu :
  • DAP perlu keluar Pakatan (period)
  • BN perlu rombakan besar-besaran.
  • PAS perlu merenung diri.
  • Ezam perlu...bukak semula poster dan bendera kempen. Surat kau dah tak lakulah beb.

Semoga yang baik-baik sahaja buat Malaysia. Jangan lupa kempen memboikot produk ILC!

Salam penuh Neutral,

Harimau Menaip

9 comments:

radens albanjari said...

salam tuan,
terima kasih atas sokongan neutral tuan dlm memberi input kepada kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat.Kepada rakan BN,jangan putus asa,jumpa lagi di PRU13,masih byk perlu diusahakan bagi memenangi hati pengundi melayu,cina dan india.

Sejahtera utk negaraku Malaysia
Takbirr !! Allah hu Akbar..3X

Harimau-Menaip said...

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. Terima kasih Tuan.

MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) said...

salam neutral jugak utk tuan harimau

tapi kelakar jugak kan
bila dah menang
tak timbul pulak isu pengundi hantu
tuan guru siap ucap terima kasih banyak2 kpd SPR & Polis
hihihi
politik2

blogger neutral
ADHA
www.myadha.com

muraisenja said...

Tahniah kpd calon yg menang.....Allahu Akbar....
ada mata tengok, ada akal fikir, ada mulut cakap.... cakap yg benar2 ajer.... nk tunggu PRK yg ke3 pula ke baru nk sedar.....

kulatlapok said...

Salam Puan"

PAS patut ucapkan Terima Kasih kepada EZAM MD NOR.

Tai said...

Tak adil ni tok rimau. Ni kot SPR pakat ngan Pas kot untuk kemenangan. Ni tak adil ni tok rimau. Rasuah ni.

Ai, macam aku pernah dengaq tuduhan liar ni.

ya kawan-kawan, jangan buat itu macam. Ingat, SPR adalah badan yang bebas dan jujur. Yang hantu ni pembangkang. mereka ni nak menang saja tak mau kalah. Ingat kawan, kalah itu ubat. Ubat penyembuh penyakit. Mana ada ubat yang sedap.

Kawan, terimalah kekalahan dengan hati terbuka dan tidak tertutup. Ingat, biar kita matang dan jangan jadi seperti mereka yang takut kalah tapi seronok menang. Bila kalah, semua rasuah, semua konspirasi, semua jahat. Termasuk pengadil pertandingan pun jadi jahat. Takdak sapa yang baik. Dia sorang yang baik, tak jahat. Tapi kalau menang, wah SPR telus, takdak pengundi hantu, semua bagus, diangkat, dijulang macam dapat bini baru.

kawan-kawan, kita jangan begitu. Ingat, kalah itu ubat, ubat untuk menyembuhkan penyakit yang agak teruk. Rajin-rajin makan ubat, rajin-rajinlah berpantang.

Tahniah kepada yang menang. jangan nak pandai cakap dan membebel tak tentu pasai. Penuhilah tanggungjawab kepada rakyat dan segala janji yang telah dibuat encik.

Anonymous said...

salam

Malaysia seharusnye bersedia ke arah politik terbuka.Tahniah kepada pengundi BN yang tidak memberikan kemenangan besar kepada PAS agar 'check and balance' itu berlaku.

Biarlah parti-parti seperti DAP 'engaged' dalam pakatan rakyat bagi emmbolehkan debat terbuka dalam semua hal dijalankan.Ruang Islam dapat dijelaskan disini.

Seringkali kita emmarahi DAP atas kenyataan mereka yang agak 'anti' islam dan melayu bagi sesetengah pihak.Tapi tak taulah kalau ada diantara kita yang BERDOA agar tuhan membukakan hati2 mereka ini agar mempunyai tanggapan yang baik kepada islam.Saya tak tahulah kalau2 Tuan Rimau seringkali mendoakan mereka setiap kali selepas solat terutama dalam solat tgh malam agar orang seperti Karpal Singh dilembutkan hatinya.

Luahkan tak puas hati, luahkan juga tapi harus diingat, 'doa adalah senjata para mukmin'.Selebihnya Tuhan yang akan menentukannya.

wasalam

pemerhati

Anonymous said...

Pakatan rakyat haruslah berhati-hati dengan provokasi BN yang ingin memecahkan gandingan 3 parti itu. Jika ini tidak dapat diatasi sukarlah PR untuk ke Putrajaya. BN pula parti2 yg dipayunginya juga tidak sekuat mana. Kerana ramai ahli MCA dan MIC yang menyokong perjuangan PR dan mereka tidak sebenar2nya membantu UMNO. UMNO sahaja yang terkontang-kanting dari dulu dalam menjawab semua isu.

Anonymous said...

Tanpa DAP , PAS tak akan menang kalau DAP tak mengerahkan Org CINA mengundi PAS. Jaga Ikut suka mulut je nak suruh DAP keluar! . Harimau masih Dikriminasi ?