Pak Karamu: Pada pandangan saya hanya ada satu jalan sahaja iaitu hijrahkan UMNO dari semangat bangsa kepada dasar islam dan saya yakin islam itu boleh dan mendapat jaminan daripada Allah, jika kita yang sudah islampun tidak yakin dengan islam itu boleh maka lebih baik kita tidak usah mengakui sebagai seorang islam, di mana keimanan kita kepadaNya? { ummi hanni memetik di sini }
Mungkin kata-kata Pak Karamu itu benar tetapi tertanya pula di benak, bagaimana pula DAP mahu di "Islam" kan? Jangan asyik bercerita perihal jiran sedangkan anak sedang berzina di bilik belakang (sekadar metafora). Jangan ulangi kesilapan pemimpin UMNO mutakhir. Harimau fikir, kita sorot sedikit perihal kekuatan dan kelemahan parti UMNO.
Biar Harimau mulakan dengan persoalan ini, mengambil contoh sebuah kereta lumba Ferarri yang paling laju di dunia yang gagal memenangi sebarang perlumbaan sepanjang tahun. Menurut data teknikal, sememangnya tiada pesaing terdekat atau paling hampir dengan kehebatan Ferarri namun kegagalan memenangi perlumbaan adalah kesalahan pemandunya.
Soalan Harimau, adakah kita akan menukar kereta atau pemandu? Tentunya pemandu.
Seperti UMNO, dasarnya agak bagus dan sifatnya yang perkauman adalah tuntutan biasa mana-mana parti yang berteraskan sesuatu kaum. Ia sama dengan mana-mana parti lain seperti MIC, MCA dan sebagainya. Konsep ini bukan baharu malah telah bermula sejak sebelum merdeka.
Tanyalah Anwar Ibrahim, adakah beliau akan menentang UMNO jika beliau tidak diaibkan oleh Tun Mahathir dahulu? Percayalah, jawapannya adalah "Tidak sama sekali".
Masalah pokok UMNO adalah sikap. Sebutlah apa sahaja sikap-sikap Mazmumah maka ia terlalu sinonim dengan UMNO. Sebutlah apa sahaja jenayah, maka pemimpin-pemimpin UMNO mutakhir tidak lari dari dikaitkan. Itulah kesilapan dan kelemahan UMNO yang paling nampak dan besar.
Bagaimana pemimpin UMNO mahu mencari kekuatan diri sedangkan kelemahan itu adalah diri pemimpin itu sendiri? Umpama mata yang celik namun tidak mampu memandang dirinya sendiri melainkan dengan bantuan cermin.
Pakatan Rakyat semakin kuat dan hebat kerana mereka respon kepada permasalahan rakyat. Rakyat rasa amat dekat dengan Pakatan Rakyat dan rasa terpinggir dengan UMNO yang bersifat bangsawan dan elit.
Peng"Islam"an UMNO bukan perkara pokok kerana UMNO itu majoritinya Islam cuma seperti biasa, UMNO sering dilihat gagal dalam pelaksanaan bukan sahaja dalam parti malah dalam pentadbiran kerajaan. UMNO tempang dalam memperjuangkan isu hudud namun perkara yang serupa juga telah mula berlaku di dalam Parti PAS. Kerana apa? Kerana Melayu memang terkenal dengan sifat tolak dan ansur.
Kesimpulan mudah adalah, UMNO tidak lemah tetapi sedang mereput kerana terlalu menguna-pakai kelemahannya. Umpama budak tadika, tidak akan sedar bahawa kenakalan mereka terlalu jelik sehingga lah ditampar dan ditempeleng di muka.
Sudahkah UMNO ditempeleng?
4 comments:
Salam saudara Harimau,
Kematangan saudara terserlah dalam posting ini. Keikhlasan saudara terpancar jelas.
Saya hormati dan saya sanjungi. Alangkah indahnya umno jika saudara punya suara untuk mencaturkannya.
Saudara Harimau,
Harapan dan doa saya semoga satu ketika nanti saudara berada bersama kepimpinan agar dapat membetulkan sifirnya.
Salam takzim.
Wahai saudaraku.
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.
Saya sebagai hamba allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.
“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].
Ya saudaraku...
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa.
Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.
Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???
Allah SWB berfirman :
" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)
Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!
Ingatlah wahai saudaraku...
Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.
MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???
Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…
Assalamualaikum anakku,
Mungkin inilah ulasan terbaik yang pernah kamu blogkan.
Bila patut kena tempeleng tu bagus jugak. Mak Cik setuju.
Bravooooooo...
Post a Comment