Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

27.1.09

Maaf, Kau Siapa Ya?

Siapa Marina Mahathir yang kepingin mengajak khalayak menghayati Al-Quran? Adakah ini Marina yang sama yang takut hati anak perempuannya dilukai? Adakah ini Marina yang sama yang gemar kondom dijual secara berleluasa?

Mungkin ini Marina yang lain (sekadar bersangka baik) kerana Marina yang lagi satu umpama menyampaikan mesej "Nak taruk anak betina aku takpa, janji pakai kondom!".

Walaupun begitu, sebagai saudara seIslam, bukanlah Harimau yang naif ini mahu menunjuk pandai, tetapi meluahkan rasa jengkel dan mual yang teramat dengan perangai orang-orang yang gemar menunjuk alim. Bak kata Chua Soi Lek, holier than thou.

Adakah kerana tiket pertalian darah dengan mantan PM itu, sudah cukup untuk kita menunduk dan mengangguk-anggukkan kepala tanpa ada sedikit nawaitu mahu menegur kesilapan dan kekhilafan? No way Jose!

Sokong Mukhriz tidak bermakna kita sokong sepupu-sepapat, adik-beradik dan keturunan beliau. Sayang Tun Mahathir, tidak membawa maksud bahawa Tun Mahathir bebas dari dosa. Tang dosa pasti Allah akan balas tetapi tang kebaikan, kami akan kenang.

Golongan Muda hari ini, bukanlah golongan muda yang telah di'set'kan hanya untuk mengangguk tetapi adalah golongan yang mencari sumber kebenaran, mengkaji, menghadam dan mengamalkan. Yang buruk-buruk akan dimuntah, diludah dan diberakkan.

Wallahualam.

11 comments:

Anonymous said...

Saudara Tiger,

Soal menghayati Quran itu saya tak mahu komen.

Tapi, dalam hal penjualan kondom. Saudara kena faham, budak-budak sekarang, religious atau tak religious sedang buat maksiat. Muda-muda, keci-kecil dah pandai. Daripada jumpa mayat bayi baru lahir di tepi longkang dan tandas, saudara lebih baik ajar mereka. Dua-duanya dosa besar; cuma yang mana satu lebih berdosa.

Lagi satu, AIDS menular secara diam di Malaysia. Penggunaan kondom hanyalah satu daripada langkah pencegahan.

Saya sendiri percaya abstinence; takut Tuhan.. Tapi orang lain?!

Che

Harimau-Menaip said...

Che,

Saya pandang ia sebagai satu kesilapan pnguatkuasaan undang-undang atau kelemahan undang-undang itu sendiri.

Jika sudah tahu undang-undang British itu lemah, mengapa tidak dikuatkuasakan undang-undang hudud? Mungkin Che boleh menerangkan kepada saya mengapa non-muslim takut mengenai undang-undang ini.

Bagi saya, Karpal takut orang tak panggil dia jadi peguam...mungkin dia tidak berstatus peguam syarie?

Kalau nyamuk menggigit, kita akan tampar nyamuk dan bukan membakar kelambu yang silap dipasang.

PAPA GOMO said...

EMMMM SEKALI SEKALA KENA ADAKAN ISU DEBAT MENGENAI KONDOM INI!!!

KENAPA ANWAR SUKA BUNTUT???
http://gomo-no1.blogspot.com/2009/01/anwar-buntut-punya-olang.html

Anonymous said...

Salam saudara Harimau,

Ketelusan dan ketegasan saudara dalam hal ini amat terkesan.

Malang bagi Marina, satu jasad dua budaya.

Salam takzim

Harimau-Menaip said...

Tuan Kerajaan Rakyat,

Malang betul dia. Saya rasa jengkel dan mual. Lama2 boleh muak.

Salam Tuan.

Tuan Gomo,
Tq.

Anonymous said...

Tiger,

Ini bukan soal undang-2 sivil atau hudud. Undang-undang apa sekalipun tidak akan mampu menghalang jika mereka nak buat perkara sebegitu.. Kecuali jika Tiger mahukan pihak berkuasa menubuhkan skuad khas polis untuk memperhatikan setiap gerak-geri anak-anak muda kita. Itupun sekarang mereka akan fikirkan cara-cara untuk kabur dari mata penguatkuasa ini..

Dan mungkinkah akan bebas penguatkuasa ini daripada gejala rasuah dan favouristisme?

Jika anda berpegang kepada pegangan agama anda, misalnya dalam Islam ia dianggap zina; maka sama ada anda dihakimi di muka bumi atau tidak; di akhirat nanti kena menjawab juga dengan Yang Maha Esa? Ya tidak.. Tiada agama Tiger yang menganjurkan hubungan kelamin sebelum berkahwin.

Ini adalah soal pegangan moral dan agama seorang individu. Ini adalah soal asuhan dan didikan ibu bapa kepada anak-anak mereka. Ini soal iman dan ketaatan kepada Yang Maha Esa. Kenapa salahkan undang-undang?

Bukankah bersalah di bahawa syariah Islam untuk berzina? Bukankah ada hukumannya? Bukankah ada sistem untuk mengadilinya?

Saya ambil contoh mengedar dadah di Malaysia. Hukumannya mati. Tiada hukuman yang mungkin lebih teruk daripadanya. Kecuali hukuman nanti di Neraka. Adakah ia terus menerus menyebabkan tiada najis dadah di negara? Walaupun setiap minggu dan bulan ada sahaja yang ditangkap di bawah S39B; kita masih ada orang yang sanggup mengedar dadah.

Manusia jika tidak takutkan Tuhan itu sendiri; tidak akan takut kepada undang-undang; sama ada sivil atau undang-undang Allah..

ps. Mohon maaf; bukan Muslim tak patut gunakan kalimah Allah.

Che

Anonymous said...

Mungkin Che boleh menerangkan kepada saya mengapa non-muslim takut mengenai undang-undang ini.

Saudara Tiger, kebanyakannya bukan takut tapi mempersoalkan kenapa mereka perlu tertakluk di bawah undang-undang Hudud. Saya tahu saudara akan katakan bahawa tiada undang-undang yang lebih baik daripada undang-undang Allah. Itu disebabkan kepercayaan saudara sendiri dan mungkin juga sidang pembaca saudara. Itu adalah inner reflective morality saudara.

Tetapi, kepada seorang penganut agama lain; undang-undang agamanya mungkin dianggapnya betul atau terbaik. Jadikah mungkin di negara kita nanti perlunya undang-undang yang berbeza mengikut fahaman agama?

Agama saya tidak mengharamkan minuman keras walaupun lebih buruknya dari baik. Tapi diberi pilihan kepada penganutnya untuk memilih cara hidup yang disukai. Kalau ingin mengejar kubur cepat sekalipun; dibenarkan.

Islam mengharamkan pengambilan sebarang barang yang intoxicating. Maka wajibnya, penganut agama Islam diharamkan daripada minum arak. Persoalannya jika undang-undang Islam dianjurkan kepada semua orang nanti; mereka ini yang dibolehkan minum akan juga tercabut hak mereka untuk minum.

Saudara akan kata lebih baik mengharamkan sesuatu yang buruk. Saya akan setuju dengan saudara; sebab itu pegangan peribadi saya. Tetapi adakah patut saya menyuruh orang lain mengubah cara hidupnya kerana saya tidak percaya cara hidupnya?

Islam berdasarkan penerimaan secara bebas. Bukan kerana paksaan. Jadi apabila kita memaksa bukan Islam untuk menerima undang-undang Islam; bukankah kita memberi andaian kepada mereka bahawa Islam itu sendiri berdasarkan paksaan. Dan itu bukannya saudara cara berdakwah secara berhemah. Bukan ini zaman persepsi, Tiger. Apa persepsi mereka terhadap undang-undang hudud?

Sekian saya,
Che

ps. Saya tidak minum arak; tidak merokok; tidak berjudi; tidak clubbing atau mengambil dadah; tidak berzina juga. Tidak bermaksud menyinggung sesiapa; cuma menjawab soalan yang ditanya..

kulatlapok said...

Kepada Che Eduardo:

Persolan yg menarik dari Sdr. dan paling tertarik dari Harimau.....

Persolan dari Harimau kenapa Non-Muslim takut akan hukum hudud... suatu penjelasan yg harus Che Edurdo cari...

Harimau-Menaip said...

Che,

Nyata kamu belum faham betul-betul mengenai hudud. Itu biasa. Ramai orang Islam juga tidak berapa faham.

Saya perkatakan isu pelaksanaan hudud kerana negara ini "dikatakan" negara Islam. Noktah.

Kedua, tidak pula saya "salahkan" undang-undang cuma kita perlu bertanya kenapa undang-undang dicipta. Ia mirip dengan soalan "kenapa sebelum telan nasi kita perlu kunyah?". Tujuan yang sama cuma penambahan satu lagi unsur untuk menjadikan proses itu sempurna.

Rasanya, kita bukan bertelingkah disini kan Che? So, tiada persoalan siapa yang benar atau siapa yang salah.

Kepada Tuan Kulat,

Lama trak dengar khabar? Mesti rindu nak blogging kan? Itu ketagih namanya.

Anonymous said...

Tiger,

Nyata kamu belum faham betul-betul mengenai hudud. Itu biasa.

Saudara, sebagai penuntut perundangan, saya disyaratkan belajar Islamic jurisprudence dan Islamic law. Saya memberi jawapan berdasarkan general public view; dan bukannya pandangan dari segi perundangan atau pandangan peribadi. Sebuah negara Islam mesti mempunyai perundangan Islam. Ya, saya tahu. Itu syarat asas dari zaman Rasulullah SAW.

Cuma apabila seorang bukan Muslim bercakap mengenai syariat Islam; siapa yang sanggup mendengar? Mungkin saudara sanggup; tetapi pandangan umum Muslim lain..

Sekian saya,
Che

Harimau-Menaip said...

Terima kasih Che. Amat sayang apabila persahabatan kita direnggangkan oleh idealisme politik dan perbezaan pendapat. Bukankah baik kita cari titik persamaan?

Terima kasih Che.