Seandainya kita mengamati kecenderungan gergasi bolasepak dunia, jika prestasi pasukan bolasepak mereka merudum, pasti akan ada individu yang akan 'diterajang' keluar. Individu itu kalau tidak pemain, pasti Pengurus. Kalau tidak Pengurus, pasti jurulatih. Kalau tidak jurulatih, pasti Ahli Lembaga Pengarah dan seterusnya, sehinggalah membawa kepada pengambil-alihan pasukan tersebut oleh entiti yang lebih berduit.
Yang menariknya, panel penasihat, pengurusan paling atas dan barisan eksekutif seringkali terdiri daripada mereka yang arif dan telah lama bergelumang dengan dunia bolasepak. Mereka tidak dari kalangan politikus ataupun seorang bangsawan.
Situasinya berlainan di Malaysia. Merujuk laman web FAM { sini }, barisan pengurusan atasan dan eksekutif-eksekutif adalah terdiri dari mereka; yang berasal dari bidang BUKAN bolasepak. Kalau ada, mereka bukanlah berstatus bintang. Struktur organisasi FAM, ada yang seorang Raja (ampun Tuanku), seorang politikus, usahawan dan lain-lain.
PRESIDENT: KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in BillahIbni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah
DEPUTY PRESIDENTS:
Dato’ Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad
YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar
VICE PRESIDENTS:
Dato’ Haji Che Mat Jusoh
Affandi Hamzah
Haji Ahamad Mohamad
Dato’ Kapt. Gulzar Mohamad
GENERAL SECRETARY:
Dato’ Azzuddin Ahmad
TREASURER:
Dato’ Cheong Keap Tai
EXCO MEMBERS:
Dato’ Abdul Aziz Abd Rahman
Dato’ Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar
Dato’ Othman Haji Abd Aziz
Hamidin Mohd Amin
Haji Ibrahim Shamsudin
Harimau tidak mahu mendesak sesiapa untuk turun tetapi sedarlah bahawa selagi FAM berterusan 'syok-sendiri', selagi itulah pasukan bolasepak Malaysia akan bermain untuk dibelasah.
Bagi Harimau, kalau nak jaga rakyat, jagalah rakyat. Nak jaga pengundi, jagalah pengundi. Tidak payahlah sibuk-sibuk nak jaga bolasepak. Semakin terlungkup nampaknya.
Harimau tidak mendesak, cuma mengajak kalian berfikir demi kebaikan bolasepak. Pasukan Harimau Malaysia mesti diterajui oleh mereka yang berhati Harimau!
Harimau : Kalian boleh mengundi di sebelah dengan memberi pendapat siapa yang patut disingkirkan dari FAM. Selamat mengundi!
8 comments:
bro rimau!
Haha...maklumlah top striker berbini lawa!!main pun slow..
FAM bkn perlu nafas baru,tp nyawa baru!
roger!
Assalamualaikum Anakku Harimau Menaip,
Mak Cik pun terkejut semalam bila dengar Malaysia boleh kalah dengan UAE sampai 0-5.
Buat malu sahaja, kalah dengan UAE pulak tu.
Mungkin kerana pemain-pemain UAE makan seekor kambing seorang.
Tetapi pemain Malaysia se ekor kambing kongsi 11 orang!!
aku suke vote tu..
byk yg minta jawapan last skali tu.
'semuanya'
hehe~
Ibu, Waalaikumussalam.
UAE memang bertaraf dunia berbanding Malaysia cuma mengapa sampai 5-0?
Reez, den pun vote semua.
Aboo, lutut dia dah longgar kot?
Tok Ghimau...memang depa syok sendiri!
Tok Rimau,
Nasihat yang baik. Cuma tak tahulah FAM nak baca dan fikir atau tidak. Saya sendiri dah tulis 5+1 artikel pasal bola sepak sejak November 2008. Sampaikan ada seorang yang bagi komen bagitahu, dia dah tulis surat kat FAM, tetapi diam seribu bahasa...
Aduhai...
On Da Street,
Bila mereka nak sedar? Tertanya juga, FAM tu lubuk duit ke?
Itu la yang hairannya..lambang pakai harimau..tak pulak ambil contoh tok rimau...atau pun nak segala rimau2 kat malaysia ni mengaum ke baru nak faham?
Mungkin, watak kita ni kecil sangat. Itu yang YM Tengku Abdullah komen, barulah slow sikit nada FAM..kalau tak rasanya bertalu-talu B Sathianathan tanggung sesorg...
Ke bola sepak kita pun dah jadi rojak sebab politik? Lepas ni sukan apa pulak? Badminton? Squasy?
Post a Comment